Tuesday, November 10, 2009

182:ALHAMDULILLAH

SALAM SEMUA

DAH BRP HARI PULAK TAK UPDATE BLOG ISY3 ASYIK DUK BARING2 JE SAMBIL HBSKN MASA DGN MEMBACA, MERENUNG DIRI DAN BERFIKIR APA YG PATUT DIFIKIRKAN.

ALHAMDULILLAH,HR ISNIN DAPAT JUGA KE BANDAR WALAUPUN DALAM KEADAAN HUJAN LEBAT. SYUKURLAH. SEBAB DAH LAMA SUNGGUH TAK KELUAR KE MANA-MANA. ISY3

KALAU KELUAR KE BANDAR, TAK SAH KALAU TAK MASUK KEDAI BUKU. KALAU TAK MASUK, RASA MACAM LAIN MACAM SANGAT2 ISY3

AKU BELIKAN MAJALAH DEWAN PELAJAR UTK ANAK BUAH AKU, AKU PULAK TERGERAK HATI NAK BELEK MAJALAH PELITA BAHASA, AGAK LAMA JUGAKLAH TAK BELEK2 MAJALAH PB TU...SELALUNYA MAJALAH TUNAS CIPTA ATAU DEWAN SASTERA JE LAH YG AKU SUKA BELEK. DALAM DUK BELEK2 TU, TIBA2 TERNAMPAK NAMA SENDIRI TERUKIR DI BAHAGIAN 2,3 HELAI DARI BELAKANG. MEMANG STAIL AKU, KALAU BACA PAPER KE MAJALAH KE, MMG SUKA BUKAK BAHAGIAN BELAKANG DULU ISY3 MACAM2 YE!. ALHAMDULILLAH KELUAR SAJAK AKU YG AKU DAH HTR TAHUN LEPAS..ISY3 LAMBATNYA TERSIAR YE! INGATKAN DAH SELAMAT DLM BAKULSAMPAH. RUPANYA MASIH ADA YE, ALHAMDULILLAH...

NAK BACA KE SAJAK AKU YANG TAK SEBERAPA TU?. NAK..BAIKLAH KEJAP YE! AGAGAGA...

KALAU ADA SESIAPA NAK BAGI KOMEN, SILAKANLAH...

CERITA TEMAN TENTANG BAHASA
Kata sahabatku:
Aku bukan seorang pujangga
bukan juga seorang penulis
yang mampu mengukir bicara
dengan puitisnya bahasa.
Yang nyata aku tidak pandai
berbicara dalam lenggok bahasaku
kerana terlalu bangga berbahasa asing
menjadi pertuturanku sehari-hari
hingga lupa aku melayu
punya bahasa yang menjadi jati bangsaku.
Aku malu pada diriku sendiri
yang tak pernah kenal nahu dan tatabahasa
bahasa baku juga bahasa suku.
Balasku pula:
Matahari tersenyum di pagi hari
ceria tergambar menyinari bumi
berkembang bunga tanda riang di hati.
Tanah subur rahmat Ilahi
usah khuatir wahai sahabatku
andai bunga bahasa tak kau ketahui
belajarlah daripada gurumu
yang sering membaja ilmu
tanpa jemu.
Di situ kau tahu
taman ilmu
menyambut tetamu
tak mengira
warna kulit juga bangsamu.

Friday, November 6, 2009

181:TERMENUNG PULAK...

SALAM SEMUA

BANGUN PAGI NI...LAMA AKU TERMENUNG KAT PC...ISY3 APA YANG AKU FIKIRKAN YA?ISY3 MCM2...ENTAHLAH...SEJAK AKHIR-AKHIR NI RASA PENAT BETUL OTAK NI...ISY3 MACAM2 BENDA NAK BUAT, TAPI...TAKUT APA YANG NAK DIBUAT TU TAK MENJADI, PENING JUGAK KEPALA AKU NI..

SEMALAM HUJAN TAK HENTI-HENTI, NAMUN...PAGI NI MATAHARI TERSENYUM BERSERI-SERI. CADANGNYA NAK KE BANDAR HARI INI, ENTAH JADI ENTAHKAN TIDAK...LAMA JUGA TAK KE BANDAR. LAMA JUGA TAK BELI BUKU

INSYAALLAH3X YOU'LL FIND YOUR WAY..BEST LAGU MAHER ZAIN NI..DENGARLAH YE...

OK....CUKUPLAH ITU SAJA...ASALKAN UPDATE YE TAK?AGAGAGA

Thursday, November 5, 2009

180:HUJAN YG TURUN

Salam semua

Tgh buat apa semua? Masih tidurkah? isy3 bangun2...tahulah musim hujan sekarang,kalau baring2 atas katil memang beh woooo huhu Pagi tadi terjaga dalam pukul 3 pagi, hujan dah mula turun.HInggalah blog ini dibasahi (hihi), hujan masih belum berhenti. Kalau hujan terus turun tanpa henti, tak mustahil banjir akan berlaku. Isy3 Maka bersiap sedialah.

Photobucket

Perancangan selepas ini, dah beres buat kerja rumah...nak menulislah...Semalam berborak di YM dgn seorang penulis, wah semangat aku makin berkobar-kobar sampai ke Segamat hahaa Syok sangat berborak, setelah sekian lama melupakan dia...(bukan lupa tapi takde mood utk berborak hal2 menulis hihi) banyak pula yang diceritakan.Alhamdulillah...tak sia2 menegur dia di YM...rupanya ada cerita menarik yg dapat kami kongsikan bersama. Walaupun diri ini hanyalah penulis yang tak bernama penulis (hehe blhkan?) berbeza dengan dia yang sudah ada novel, diri ini tetap dilayan dengan baik. Yelah...kalau kita buat baik ,pasti baik jugalah balasannya. Ya, tak?

Dan...gambar dan kata2 di bawah ini membuatkan aku lebih menghargai erti sebuah persahabatan. Dan...isy3 tetiba rasa rindu pada dia mula membanjiri hatiku. Bila agaknya dapat berjumpa?. DAn...tetiba tekak teringin makan keropok lekor..isy3 apalah aku ni...lama betul tak makan tau!. Sabar jelah...

Photobucket

Oklah...malas nak panjang2 nanti diri ini juga yang pening. Hujan oh hujan...titis-titismu bernyanyi merdu, menyampaikan ada rindu membawa kepadaku...ewah...merepek pulak pagi2 ni...isy3

Salam...permisi dulu...

Tuesday, November 3, 2009

179:KEMBALIKAN DAKU

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

APA KHABAR AGAKNYA ANDA DI LUAR SANA. DEN DI DALAM NI SHT ALHAMDULILLAH...

ISY...
ISY...
ISY...
HAHACUMMMMM TERBERSIN DIBUATNYA HEHE EH!MEMANG RASA NAK SELSEMA JE HIDUNG NI...

LAMA TAK KEMASKINI BLOG NI. AGAK-AGAK SENGET JUGA KEDUDUKANNYA HUHU...

KEMBALIKAN DAKU KE SINI...ALHAMDULILLAH SEKIAN LAMA MENYEPI,BUKAN KE MANA-MANA PUN,MEMANG SENGAJA NAK MENDIAMKAN DIRI BUAT SEKETIKA...MENULIS? BOLEHLAH SEADANYA...MEMBAJAK PENA MEMANG SERONOK...ISY3 HASILNYA NANTI DAPAT JUGA DIGUNAKAN UTK KE SESUATU TEMPAT YANG INDAH...INSYAALLAH

OKLAH...JAGA DIRI SEMUA...HARAP DAPAT BERSIARAN LAGI SECARA TERUS MENERUS ISY3...

SALAM...

Sunday, October 4, 2009

178:NAK MENULIS

Photobucket

Kita suDAHpun melangkah masuk ke hari Isnin hari ni. CPt dan efisennya masa berlalu meninggalkan kita ek? hehehe ALhamdulillah, kita masih diberi nafas dan usia subsidi ini oleh Allah untuk terus bernyawa dan menikmati apa yang ada di muka bumi ini. Maka syukurilah...

HAri ni aku nak menulis je sampai letih kih3 Sebenarnya dah 2,3,4 hari aku semak cerpen aku ni. Naik lenguh mata. Hari ni insyaAllah aku hantar ke Tunas Cipta. Rasa macam dah hilang skill menulis cerpen sebab dah lama sungguh aku tak mnulis cerpen. Mulalah rasa terkebil-kebil bang bil bayar bil hahahaha Tapi walau apapun dugaan dan cabarannya, aku sanggup hadapi. Jangan putus angsa tau hahaha Aku ingat satu lirik lagu daripada kumpulan nasyid ni,,,tapi aku tak ingat nama kumpulan nasyid ni...Liriknya lbh kurang mcm ni,

"Ujian adalah tarbiah dari Allah..."

Ada siapa2 yang tahu tak?. Lagipun aku dah lama tak dgr lagu ni diputar dan menang (hahaha) ke udara. ATau...akukah yang terlepas?

Hari ini, memang aku nak menulis dan kalau dapat aku nak menulis 2 bab novel remaja yg dah lama terbengkalai. Isy...macam duduk dalam rumah terbengkalai pulak kihkih

Ok...salam semua. Aku perMISI dulu. Jaga diri semua.

jfty

177:BACA APA LAGI?


Photobucket
Sinopsis Buku JILID 1
Novel ini menggambarkan masyarakat Tanah Melayu di sekitar tahun 1954-57 iaitu suasana hampir mencapai kemerdekaan. Penulis secara teliti menceritakan corak kehidupan lima golongan anggota masyarakat waktu itu; pentadbiran British, pejuang kemerdekaan, anggota tentera, rakyat jelata dan pengganas komunis. Novel ini juga mengimbas kembali suasana perjuangan menuntut kemerdekaan dan memaknakan kemerdekaan itu bagi bangsa dan tanah air."

(diambil dari laman sesawang Dawama

Photobucket
Sinopsis Buku JILID 2
Novel ini mengembangkan watak-watak utama iaitu Kazman, Izma dan Jasin. Kazman menghadapi pergolakan dan suka duka seorang remaja; Izma telah menjadi seorang dewasa yang matang dan bertanggungjawab dalam menempuhi hidup baru setelah kehilangan kekasih; Jasin telah mengubah corak hidupnya dan ini telah memberi kesan yang besar terhadap diri dan rumahtangga."

(diambil dari laman sesawang Dawama)

Mahar Asmara~EMIESHA NUR MK (rhythm publishing)

Mengisahkan seorang gadis bernama Arwani yg jatuh hati pd Harris Hakimi, jejaka yg dikenalinya menerusi emel. Namun dia hanya membiarkan perasaan itu terpendam di lubuk hati kerana takut dikecewakan...Apakah kesudahan cerita ini,sama2lah kita nantikan!)


Ok ya! itulah antara buku yang aku baca dan masih membaca walaupun adakalanya terlekalah juga hahaha

Pesan aku pada semua, rajin-rajinlah membaca. Org yang membaca luas pengetahuannya. Membaca itu jambatan besi ilmu hihii pandai2 je tambah sendiri...inilah akibatnya kuat membaca. Ewahhhhh...

Kalau malas membaca buku, bacalah papan tanda takpun baca diri sendiri...supaya anda semua tak sesat jalan dan hilang pedoman. Aku tahu mcm ada yg tak faham je...takpelah, lu pikirlah sendiri...daaaaaa


jfty

Friday, October 2, 2009

176: BACA APA?

Photobucket



Sinopsis:
Anis, minatnya pada ikan hanya mengundang amarah mamanya. Namun, jauh di sudut hati, dia tahu mamanya amat menyayanginya. Papanya, Mak Cik Ayu dan teman-teman baiknya sentiasa menyokongnya. Peristiwa-peristiwa menarik menjadi kenangan terindah dalam hidupnya. Yang paling penting, tidak salah untuk minat dalam sesuatu perkara asalkan tahu batasannya serta tahu perkara yang diminati itu boleh memberi manfaat kepada diri. Dan... yang paling penting, minat perlu berdasarkan ilmu pengetahuan yang berguna, barulah minat akan menjadi impian dan impian membuahkan kejayaan.

(Di ambil drp blog KARNADYA)

`Alhamdulillah...aku dah habis baca buku kawan baik aku ni. Tak rugi beli sebab banyak info yg boleh kita dapat dan pelajari. Aku sendiri pun seronok baca SI BELANG ni...

Pada yg ada anak2 tu, aku syorkan anda beli. Memang berbaloi-baloi hehehe Eh! bukan sebab dia kawan baik aku maka aku puji lebih2 tp kenyataan seperti di papan kenyataan buku ni memang banyak memberi pengetahuan kepada kita semua. Soal buku hati tak boleh bohong hehehe (mcm iklanlah plak kan...tp aku tak sure iklan gapo gak kui3-Yie btl ke perkataan negeri ko tu?kih3)



Photobucket

Tun Lepat disumbat dalam tahanan?
Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di Istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah budaya dan pemikiran.Pokok bicara bukan sekadar jalan-jalan cari makan kita nanti, tetapi apa falsafah pada makanan itulah yang bermakna sekali. Tapi kenapa Tun Lepat ditangkap?

(Diambil dari blog iklan buku~sorry aku tak sempat ambik tahu td kah3)

~Aku tak hbs baca lagi. Hari raya org makan ketupat, sedangkan aku duk baring ats katil sambil kunyah ketupat cinta mamat ni. Aku mmg respek habis kat pengarang muda seperti FT ni. Aku galakkan beli, memang tak rugi. Oit...kata tak hbs baca lagi, tapi promote srh beli.Hehehehe...alah...aku yakin anda semua akan puas baca. Sebab, novel2 dia sebelum ni pun buatkan aku puas hati baca dan kena bukak minda luas2. Kena byk fikir oooo...

Buku terakhir yang aku sedang baca KOMPILASI DUA BUAH NOVEL CINTA...TIADA AKHIRNYA DAN DURI dari penulis hebat dan aku kagumi, Kak Fauziah Ashari.

Ok ya...kalau aku dah habis 'kunyah' KETUPAT CINTA DAN novel Kak Fauziah tu, aku tulis di entri akan datang. Eh! bila ntah agaknya akan datang tu ek? kih3 Tunggu jelah...tak sabar2...