Friday, February 20, 2009

Geram+Marah+Kecil Hati

Nmpk ganas plak tajuk ni. Tapi itulah luahan hati panas terik matahariku pd hari ni huhuhhuhu. Tadi aku YM dgn kawan aku yg merupakan penulis separuh masa. Dia dah ada buku yg diterbitkan di pasaran sdgkn aku yg jadi penulis sepenuh masa ni br je nak diterbitkn buku aku tu, tu aku tk kisah sgt, insya Allah akan terbit juga setelah MATAHARIKU bersinar esok hari hehehehe

Aku br je kenal kwn aku ni melalui bengkel penulisan yg dibuat oleh satu penerbitan yg agak terkenal jugak ar kat Malaysia ni. Dia ok,kepala pn gila2 mcm aku hehehe kdg kala hari2 kami YM.Skrg ni dah kira rapat mcm Gunung Rapat ar kamii berdua ni, ada je lawak spontan dan ada cerita pasal penulisan yg kami kongsikan bersama bak kata semua cerita adalah hehehe

Berbalik kpd cerita tadi, kwn aku bagitau, sajak aku tersiar bln 3 thn lepas dalam sebuah majalah ( majalah apa biarlah rahsia hehehe aku tak mau jatuhkan org, lebih plak bangsa sndiri) dan dia tanya samada aku sudah terima bayarannya atau tdk. Aku kata tak dan aku kata aku pun tak tahu yang sajak aku tersiar.Ya lah...tak semua majalah aku beli. Dia pun buka cerita dia, katanya pada bln yang sama di mana sajak aku tersiar, sebuah cerpen dia pun tersiar jugak, oh! ada link ni hehehehe Dia pun cakap lagi, dia dah coba mintak bayaran cerpen dia, tapi haram...dia pun dah coba call tuan punya majalah ni, tak diangkat dan mcm nak mengelak. Hisy...apa pnya manusia ni, kan?. Tau takutlah tu!. Kwn aku tak putus asa dan angsa heheeh dia coba call lagi. Kali ni dapat. Kwn aku tnya bila nk byr duit cerpen dia. Nak tau tuan majalah ckp pe, "
'ala, xpe yg pntg publish'.Hampeh....Dia ingt, karya kami free ke?.Apalah...Takkanlah setakat 30 ke 100 ringgit pun dia tak mampu nk bayar kat penulis?. Dia bukan sengkek. Dia orang yang ada status tau...bukan calang2 orang. Tapi bila dia buat mcm tu...aku rasa nk bkr je syarikat dia tu huhuhuhu Ganas tahap gaban gak akunih hehehehe Dan...jgn main2 dgn keturunan aku tau!. Dia ingat dia sorg je ke ada status, aku pun ada ar! Saja malas nak show off huhhhuhu
Kawan aku dah letih dah nak minta bayaran. Dia mintak aku pulak yang buat claim untuk sajak aku dan aku pn nk tolong kawan aku ni claim cerpen dia, manalah tau lembut hati tuan punya majalah tu hehehehehe

Aku punyalah geram, marah dan kecil hati jugak. Kalau selalu tak dibayar, macam mana. Fikirlah sikit, kan?. Mcm aku ni hah, mmg full time menulis, kalau tak menulis apa aku nak makan?. Jangankan nk makan nasi makan angin yang free tu blm tentu aku dapat tau hehehehe

Aku nak pesan sikit kat tuan majalah tu, kalau rasa dah tak mampu nak bayar pada penyumbang, tutup je syarikat awak tu!. Ingat...tanpa penyumbang dan pekerja, majalah awak tak akan ada pembelinya.Fikirlah sikit pakai otak...kALAU nak jadi melayu maju, teruslah ke depan, fikirkan nasib org lain sama.
Aku takut...one day, dia akan terkontang kanting sampai Banting huhuhuhu buat keje penerbitan, menulis, mengedit dan penghantaran sorang diri.Aku takut je dia jadi mcm tu!. Jgn main2...aku ni kalau bercakap, memang masin mulut ...sbb aku selalu mkn kicap masin hahahahaa!
Takpe...hari ni hari awak...esok lusa tulat hari saya pulak.

(WARNA MERAH TANDA MARAH)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP