Tuesday, May 15, 2012

MASAK DIMASAK MEMASAK MASAKAN...

Salam semua sahabat,



Hari Jumaat yang penuh berkah. ALHAMDULILLAH, saya masih lagi diberikan nafas untuk hidup lagi pada hari ini. Perjalanan kehidupan adalah seperti biasa. Memasak, mengemas, membasuh, membaca, online, menulis, menulis dan menulis...



I made this kuih two days back. Oh! well done to me hehehe Kuih itu diberi nama Buah Melaka Kukus. Sebenarnya saya tidak pernah sekali pun buat kuih tersebut sebelum ini, hanya tahu makan saja hehe Tapi bila terasa nak makan jadi saya buatlah. Alhamdulillah menjadi juga akhirnya. Jangan ingat bila saya ada buku masak, saya pandai segala-galanya. Oh! tidak.








Yesterday I made Nasi Dagang Terengganu Darul Iman, Malaysia hahaha macam-macam. Alhamdulillah menjadi juga. Sebelum ini saya hanya tahu makan apabila orang bagi ataupun beli sahaja di gerai. Huh! teruk betul hehe Tapi sebelum saya cuba buat sendiri. Alhamdulillah sedak nanang hahaha Sila jamu mata ya! Maaf, gambar agak kabur.






Bie: Masih banyak masakan yang perlu dipelajari kemudian cuba buat. Jangan asyik nak beli saja *sigh*

Read more...

Monday, May 14, 2012

B SALBIE SALLEH GANTI A SAMAD SAID?

Salam semua...


Alhamdulillah saya masih bernyawa. Ketika menulis ini, hujan meludah bumi. Tiada satu bunyi yang menyumbang kecuali titis-titis hujan yang melagukan irama malam. Mata mula membidik tepat ke empuknya tilam. Dan, rindu mula menganyam.



Buku-kesayangan-hamba hehe Sedang menjamu harumnya buku Pak Samad Said :P


Hahaha lucu pula dengan tajuk entri saya pada kali ini. Bolehkah saya? Mampukah saya? Anak-anak buah saya kata begitu. Kawan-kawan saya juga berkata demikian. Ada kala berbau sindiran pula. Huh! Tidak... tidak, saya tidak mahu berfikir negatif apatah lagi berburuk sangka.




Apa jawapan saya? Mudah saja. InsyaAllah, saya cuba. Tapi, lebih baik saya jadi pengganti Pak Samad Said dengan cara dan gaya saya sendiri. Maksud saya cara dan gaya orang muda haha




Ok babai! Jaga diri semua.




Bie: B Salbie Salleh itu memang osem. Jom jenguk-jenguk Cik Beah Osem di youtube haha

Read more...

Wednesday, May 9, 2012

MEMBACA ITU MAKANAN MINDA,KANNN?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua,


Bertemu lagi. Pada kali ini atau boleh tak andai ditukar... Pada darab ini hihihi saya hendak membaca buku-buku yang saya beli di PBAKL 12 tempoh hari. Banyaknya buku? Hehe saya suka makan buku sebab mengenyangkan Haish!!! wachaaaa


Membaca amalan mulia. Mari membaca. Dop gitu?








Bie: Entah bila dapat habiskan kesemuanya. Saya tak tahu, anda tahu? hehe


Read more...

Monday, May 7, 2012

SEHARI DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2012,PWTC

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua,


Apa khabar semua di luar sana? Saya di dalam ini kurang sihat,batuk dan sakit urat badan,senang cerita...saya demam huhuhu


Tapi, jari terasa mahu mengUP date belog yang sudah lama berdebu... Adakah suci dalam debu? hehehe Saya tak boleh duduk saja, penat woooo


Cerita saya pada hari ini adalah, suatu ketika di PBAKL 2012... tengok sajalah.



Terima kasih buat anak-anak buah saya yang sudi menolong makcik mereka yang seorang ini hehehe


Wah! terpampang nama saya..gelama kejap haha



Tergantung di awangan haha Terima kasih KarnaDya... Lain kali gantung lagi besar daripada itu ok! haha



Bersama penulis-penulis hebat dan gelama. Yang berbaju merah di belakang saya namanya Ridh Reewani. Depan saya yang bertudung hitam Kak Aina Emir dan di sebelahnya Kak Mimie Afinie.Fuh! berpeluh saya hehe Siapalah saya di antara mereka. Saya hanyalah penulis kasta bawahan hehe



Bie: Malu. Berpeluh. Lemas. Rimas. Huhuhuhu


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP