Thursday, February 18, 2016

NOVEL BAHARU SAYA NAK ENGLISH A!

post signatureAs salam semua,

Apa khabar hari ni? Dah baca surat khabar? :)


Cerita pada kali ni adalah, nak beritahu adik-adik sekalian di bumi ini bahawa novel saya yang baharu sudahpun terbit. Silalah beli kihkihkih...

Sekian, terima kasih.




Judul         : Saya Nak English A!

Penulis      : Salbie Salleh

Penerbit    : Ana Muslim Sdn. Bhd.,

Read more...

Thursday, November 19, 2015

post signatureAs salam semua,

Hehe... sudah lama belog berkarat. Entah apa nak jadi. Alhamdulillah saya masih punya nyawa jari untuk membuah fikiran di sini. 

Saya doakan semua sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya. Tahun 2015 sudah ke penghujungnya dan saya baharu hendak memulakan cerita di tahun ini. 

Semalam saya buka kotak mesej di fb, Hehe...itupun satu lagi laman sosial yang agak lamaaaa tidak saya kunjungi. Saya dapat berita baik. Novel saya yang bertajuk Alahai,Chef Shanmir ! telah terpilih untuk perpustakaan desa. Walaupun tak banyak, cuma 502 buah namun ianya satu penghargaan buat saya. Terima kasih JS ADIWARNA untuk itu, saya amat menghargainya. SUmpah tak terhingga.

Selain kerja saya menulis, kini saya maju ke depan sikit. Saya kini menjadi orang biznes. Tetapi, biznes yang sedang-sedang saja macam badan saya hehe.. Alhamdulillah. Nampak hasilnya. Apa biznes yang saya buat ni? Musykil je kalau tak diberitahu hehe Saya jual coklat dan jejari ketam. Saya jual di butik cafe. Kiranya saya lebih maju dari Setapak(KL) hehe

Oklah. Sekian, terima kasih.

Read more...

Monday, October 7, 2013

Saya Sangat Suka Menulis...Hehe

post signatureAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera to all readers,

Hai... apa khabar semua? Agak lama tidak mencoret sesuatu di sini.  heheya tahu tiada siapa pun nak menjenguk ke sini hehe.

Apa cerita tengah hari ini? Sudahkah anda menikmati hidangan tengah hari atau lunch anda? Oh, saya sudah. Hehe saya sangat lapar. Makan agak awal pada hari ini. Itu satu cerita.

Cerita kedua... saya membawa jari berjalan ke belog orang terutama belog author atau pengarang. Ya saya sangat teruja... Novelis Carlos Cooper? Hehe agak asing kepada saya. Saya cuba membaca sesuatu di belog beliau. Memang sangat osem.

Alhamdulillah, saya bersyukur menjadi seorang penulis sebab saya boleh duduk di rumah sambil menulis hehe Ya, saya bersyukur. Tapi, ramai juga yang tak faham kerja saya. Mendengar kata-kata yang kurang menyenangkan masuk ke telinga itu sudah menjadi kebiasaan kepada saya. Ya, saya sudah lali. Tak mengapa, katalah apa saja asalkan jari saya terus rajin menulis dan bukan rajin mengata orang. Kan? hehehe

Gollll eh silap hehe Goal? Ya my goal is to write a lot a lot and a lot... Steady! cool dan bergaya menjadi seorang penulis. Ya di tika ini hujan turun melebat dan idea saya datang mencurah-curah bak air yang turun dari atas bumbung

Tarik nafas dan hembus. Ya, nama  saya Salbie Salleh dan saya seorang penulis. Syukran.


Sekian terima kasih.


Read more...

Thursday, August 29, 2013

'ANAK BAHARU' EH?

post signatureSalam buat semua,

Hari Jumaat yang mulia sudah menjenguk diri. Saya pula sudah lama tak mengemas bersihkan rumah sendiri hehe Kesibukan menyiapkan kerja sekolah memang memenatkan hahaha Maaf, saya hanya bergurau. Sekolah apanya, dah tua bangka macam ini mana pergi sekolah dah hehe

Eh, entri saya itu betul ke? Hehe saya hanya gelak. Yalah, betul-betul bukan cobaaan. Maksud saya ialah novel remaja saya baharu saja diterbitkan oleh JS Adiwarna. Terima kasih buat penerbit. Walaupun terlajak sudah mengandungkan 'anak' itu iaitu setahun namun saya hadapi dugaan dengan hati yang tabah hehe Adakah ayat saya menggelikan kaki atau menggelikan ketiak? Hah, sila jawab sendiri ya! hehe

Novel saya bertajuk Alahai, Chef Shanmir mengisahkan apa? Oh! sudah tentuu kisah pasal saya hehe Nak tahu lebih lanjut elok saja jika anda semua memilikinya. Nak beli dengan saya pun boleh, beritahu saja. Ewah ewah... macam ada yang nak beli hehe


(Saya cedok dari web JS Adiwarna-ehem! ada yang kata hensemnya Encik Shanmir itu hehe)

Oklah! saya berundur dulu, di hari Jumaat yang penuh barakah ini marilah kita berselawat ke atas Nabi Baginda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan membaca surah al kahfi.

Salam.

Read more...

Monday, February 18, 2013

2013:MUSIM SATU SANGAT OSEM KE?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar semuaaa? Saya doakan kalian sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya.

Wah! lama betul tidak menulis apa-apa di sini. Ya, di sini bukan di dinding rumah Mak Senah heheeee... Tak mengapa tidak menulis apa-apa sekalipun kerana saya tahu tak ada sesiapa mahu menjenguk pun ke belog yang tak seberapa ini.

Apa kaitan tajuk entri dengan isi kandungan di dalam? Entah, tak ada jawapan heheheee

Saya hendak kongsikan sajak saya yang pernah tersiar di Dewan Sastera sisipan Tunas Cipta keluaran Januari 2008 heh! sudah lima tahun berlalu.

MALAM TANPA BINTANG

Usia malam itu terlalu pendek masanya
usah biarkan ia pergi tanpa sinar
accum  ia agar menembus masuk
ke lorong yang terbuka
pintu rahmat bagi yang bertakwa
lalu ia bangkit menyucikan diri
penuh lumpur hitam
bertakung di dada hati.

Lorong malam sepi
tanpa bintang
sujud penuh sayu
mencari sinar keredaan-Mu
biar nampak terang bila pulang
kepada pencipta-Nya.

Salbiah Salleh
25 Januari 2005.


Read more...

Wednesday, October 3, 2012

My PlayGround » Binary Conversion » Binary to Text (ASCII) Conversion

post signatureSALAM=0101001101000001010011000100000101001101



Hahaha what happened? Haish tak ada apa-apa. Let's play someting wakaka



Apa khabar semua. Saya doakan kalian sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya

=010000010111000001100001001000000110101101101000011000010110001001100001011100100010000001110011011001010110110101110101011000010010111000100000010100110110000101111001011000010010000001100100011011110110000101101011011000010110111000100000011010110110000101101100011010010110000101101110001000000111001101100101011011100111010001101001011000010111001101100001001000000110001001100101011100100110000101100100011000010010000001100100011010010010000001100010011000010111011101100001011010000010000001110010011000010110100001101101011000010111010000100000011001000110000101101110001000000110110001101001011011100110010001110101011011100110011101100001011011100010110101001110011110010110000100101110


Apakah semua ini? Wakaka saya sengaja merapu dan merepek kerepek di malam yang panas berapi bak naga mengeluarkan api dari dalam mulutnya. Haih... memang merepek. wuhahaha



A special message for you... Wakaka. Enjoy!

 011010010010000001101100011011110111011001100101001
0000001111001011011110111010100100000011011010111100
1001000000110011001110010011010010110010101101110011
0010000100000011001100110111101110010011001010111011
0011001010111001000100000011000010110111001100100001
00000011001010111011001100101011100100000110100001010


 Bie: Pening 'bermanuskrip' auuu!!!

Read more...

Tuesday, September 18, 2012

SAYA IPHONE LIMA


Salam ,



Apa khabar anda semua di luar sana? Saya doakan anda semua sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya.



Eh, tajuk entri itu apakah maknanya? wakakaka Tajuk itu osem kan? Sila angguk kepala macam burung belatuk tanpa henti wuhahahaha



Iphone Lima? Cantik, tertarik, solid, seksi dan sewaktu dengannya hihihi Jadi, tunggu apa lagi. Iphone Lima dikatakan cantik, menarik, saya rasa saya dan iphone lima, jauh kuali dari api kot hehehe



Bie: 5...nombor ganjil! mood:Saya tiada kerja selain merepek bermula daripada jam 5 petang tadi hehe

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP