Monday, October 7, 2013

Saya Sangat Suka Menulis...Hehe

post signatureAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera to all readers,

Hai... apa khabar semua? Agak lama tidak mencoret sesuatu di sini.  heheya tahu tiada siapa pun nak menjenguk ke sini hehe.

Apa cerita tengah hari ini? Sudahkah anda menikmati hidangan tengah hari atau lunch anda? Oh, saya sudah. Hehe saya sangat lapar. Makan agak awal pada hari ini. Itu satu cerita.

Cerita kedua... saya membawa jari berjalan ke belog orang terutama belog author atau pengarang. Ya saya sangat teruja... Novelis Carlos Cooper? Hehe agak asing kepada saya. Saya cuba membaca sesuatu di belog beliau. Memang sangat osem.

Alhamdulillah, saya bersyukur menjadi seorang penulis sebab saya boleh duduk di rumah sambil menulis hehe Ya, saya bersyukur. Tapi, ramai juga yang tak faham kerja saya. Mendengar kata-kata yang kurang menyenangkan masuk ke telinga itu sudah menjadi kebiasaan kepada saya. Ya, saya sudah lali. Tak mengapa, katalah apa saja asalkan jari saya terus rajin menulis dan bukan rajin mengata orang. Kan? hehehe

Gollll eh silap hehe Goal? Ya my goal is to write a lot a lot and a lot... Steady! cool dan bergaya menjadi seorang penulis. Ya di tika ini hujan turun melebat dan idea saya datang mencurah-curah bak air yang turun dari atas bumbung

Tarik nafas dan hembus. Ya, nama  saya Salbie Salleh dan saya seorang penulis. Syukran.


Sekian terima kasih.


Read more...

Thursday, August 29, 2013

'ANAK BAHARU' EH?

post signatureSalam buat semua,

Hari Jumaat yang mulia sudah menjenguk diri. Saya pula sudah lama tak mengemas bersihkan rumah sendiri hehe Kesibukan menyiapkan kerja sekolah memang memenatkan hahaha Maaf, saya hanya bergurau. Sekolah apanya, dah tua bangka macam ini mana pergi sekolah dah hehe

Eh, entri saya itu betul ke? Hehe saya hanya gelak. Yalah, betul-betul bukan cobaaan. Maksud saya ialah novel remaja saya baharu saja diterbitkan oleh JS Adiwarna. Terima kasih buat penerbit. Walaupun terlajak sudah mengandungkan 'anak' itu iaitu setahun namun saya hadapi dugaan dengan hati yang tabah hehe Adakah ayat saya menggelikan kaki atau menggelikan ketiak? Hah, sila jawab sendiri ya! hehe

Novel saya bertajuk Alahai, Chef Shanmir mengisahkan apa? Oh! sudah tentuu kisah pasal saya hehe Nak tahu lebih lanjut elok saja jika anda semua memilikinya. Nak beli dengan saya pun boleh, beritahu saja. Ewah ewah... macam ada yang nak beli hehe


(Saya cedok dari web JS Adiwarna-ehem! ada yang kata hensemnya Encik Shanmir itu hehe)

Oklah! saya berundur dulu, di hari Jumaat yang penuh barakah ini marilah kita berselawat ke atas Nabi Baginda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan membaca surah al kahfi.

Salam.

Read more...

Monday, February 18, 2013

2013:MUSIM SATU SANGAT OSEM KE?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar semuaaa? Saya doakan kalian sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya.

Wah! lama betul tidak menulis apa-apa di sini. Ya, di sini bukan di dinding rumah Mak Senah heheeee... Tak mengapa tidak menulis apa-apa sekalipun kerana saya tahu tak ada sesiapa mahu menjenguk pun ke belog yang tak seberapa ini.

Apa kaitan tajuk entri dengan isi kandungan di dalam? Entah, tak ada jawapan heheheee

Saya hendak kongsikan sajak saya yang pernah tersiar di Dewan Sastera sisipan Tunas Cipta keluaran Januari 2008 heh! sudah lima tahun berlalu.

MALAM TANPA BINTANG

Usia malam itu terlalu pendek masanya
usah biarkan ia pergi tanpa sinar
accum  ia agar menembus masuk
ke lorong yang terbuka
pintu rahmat bagi yang bertakwa
lalu ia bangkit menyucikan diri
penuh lumpur hitam
bertakung di dada hati.

Lorong malam sepi
tanpa bintang
sujud penuh sayu
mencari sinar keredaan-Mu
biar nampak terang bila pulang
kepada pencipta-Nya.

Salbiah Salleh
25 Januari 2005.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP