Monday, February 18, 2013

2013:MUSIM SATU SANGAT OSEM KE?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar semuaaa? Saya doakan kalian sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya.

Wah! lama betul tidak menulis apa-apa di sini. Ya, di sini bukan di dinding rumah Mak Senah heheeee... Tak mengapa tidak menulis apa-apa sekalipun kerana saya tahu tak ada sesiapa mahu menjenguk pun ke belog yang tak seberapa ini.

Apa kaitan tajuk entri dengan isi kandungan di dalam? Entah, tak ada jawapan heheheee

Saya hendak kongsikan sajak saya yang pernah tersiar di Dewan Sastera sisipan Tunas Cipta keluaran Januari 2008 heh! sudah lima tahun berlalu.

MALAM TANPA BINTANG

Usia malam itu terlalu pendek masanya
usah biarkan ia pergi tanpa sinar
accum  ia agar menembus masuk
ke lorong yang terbuka
pintu rahmat bagi yang bertakwa
lalu ia bangkit menyucikan diri
penuh lumpur hitam
bertakung di dada hati.

Lorong malam sepi
tanpa bintang
sujud penuh sayu
mencari sinar keredaan-Mu
biar nampak terang bila pulang
kepada pencipta-Nya.

Salbiah Salleh
25 Januari 2005.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP