Thursday, August 29, 2013

'ANAK BAHARU' EH?

post signatureSalam buat semua,

Hari Jumaat yang mulia sudah menjenguk diri. Saya pula sudah lama tak mengemas bersihkan rumah sendiri hehe Kesibukan menyiapkan kerja sekolah memang memenatkan hahaha Maaf, saya hanya bergurau. Sekolah apanya, dah tua bangka macam ini mana pergi sekolah dah hehe

Eh, entri saya itu betul ke? Hehe saya hanya gelak. Yalah, betul-betul bukan cobaaan. Maksud saya ialah novel remaja saya baharu saja diterbitkan oleh JS Adiwarna. Terima kasih buat penerbit. Walaupun terlajak sudah mengandungkan 'anak' itu iaitu setahun namun saya hadapi dugaan dengan hati yang tabah hehe Adakah ayat saya menggelikan kaki atau menggelikan ketiak? Hah, sila jawab sendiri ya! hehe

Novel saya bertajuk Alahai, Chef Shanmir mengisahkan apa? Oh! sudah tentuu kisah pasal saya hehe Nak tahu lebih lanjut elok saja jika anda semua memilikinya. Nak beli dengan saya pun boleh, beritahu saja. Ewah ewah... macam ada yang nak beli hehe


(Saya cedok dari web JS Adiwarna-ehem! ada yang kata hensemnya Encik Shanmir itu hehe)

Oklah! saya berundur dulu, di hari Jumaat yang penuh barakah ini marilah kita berselawat ke atas Nabi Baginda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan membaca surah al kahfi.

Salam.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP