182:ALHAMDULILLAH
SALAM SEMUA
DAH BRP HARI PULAK TAK UPDATE BLOG ISY3 ASYIK DUK BARING2 JE SAMBIL HBSKN MASA DGN MEMBACA, MERENUNG DIRI DAN BERFIKIR APA YG PATUT DIFIKIRKAN.
ALHAMDULILLAH,HR ISNIN DAPAT JUGA KE BANDAR WALAUPUN DALAM KEADAAN HUJAN LEBAT. SYUKURLAH. SEBAB DAH LAMA SUNGGUH TAK KELUAR KE MANA-MANA. ISY3
KALAU KELUAR KE BANDAR, TAK SAH KALAU TAK MASUK KEDAI BUKU. KALAU TAK MASUK, RASA MACAM LAIN MACAM SANGAT2 ISY3
AKU BELIKAN MAJALAH DEWAN PELAJAR UTK ANAK BUAH AKU, AKU PULAK TERGERAK HATI NAK BELEK MAJALAH PELITA BAHASA, AGAK LAMA JUGAKLAH TAK BELEK2 MAJALAH PB TU...SELALUNYA MAJALAH TUNAS CIPTA ATAU DEWAN SASTERA JE LAH YG AKU SUKA BELEK. DALAM DUK BELEK2 TU, TIBA2 TERNAMPAK NAMA SENDIRI TERUKIR DI BAHAGIAN 2,3 HELAI DARI BELAKANG. MEMANG STAIL AKU, KALAU BACA PAPER KE MAJALAH KE, MMG SUKA BUKAK BAHAGIAN BELAKANG DULU ISY3 MACAM2 YE!. ALHAMDULILLAH KELUAR SAJAK AKU YG AKU DAH HTR TAHUN LEPAS..ISY3 LAMBATNYA TERSIAR YE! INGATKAN DAH SELAMAT DLM BAKULSAMPAH. RUPANYA MASIH ADA YE, ALHAMDULILLAH...
NAK BACA KE SAJAK AKU YANG TAK SEBERAPA TU?. NAK..BAIKLAH KEJAP YE! AGAGAGA...
KALAU ADA SESIAPA NAK BAGI KOMEN, SILAKANLAH...
CERITA TEMAN TENTANG BAHASA
Kata sahabatku:
Aku bukan seorang pujangga
bukan juga seorang penulis
yang mampu mengukir bicara
dengan puitisnya bahasa.
Yang nyata aku tidak pandai
berbicara dalam lenggok bahasaku
kerana terlalu bangga berbahasa asing
menjadi pertuturanku sehari-hari
hingga lupa aku melayu
punya bahasa yang menjadi jati bangsaku.
Aku malu pada diriku sendiri
yang tak pernah kenal nahu dan tatabahasa
bahasa baku juga bahasa suku.
Balasku pula:
Matahari tersenyum di pagi hari
ceria tergambar menyinari bumi
berkembang bunga tanda riang di hati.
Tanah subur rahmat Ilahi
usah khuatir wahai sahabatku
andai bunga bahasa tak kau ketahui
belajarlah daripada gurumu
yang sering membaja ilmu
tanpa jemu.
Di situ kau tahu
taman ilmu
menyambut tetamu
tak mengira
warna kulit juga bangsamu.
6 comments:
Bie...
Bagus2....bahasanya mudah tetapi cukup bernas...orang faham kita faham...ini buat sajak org tak faham dan si penulis sendiri pun x faham....tahniah...teruskan.
hehe ye ke antie?bernas ek?sbb saya mkn beras BERNAS tu yg jd mcm tu agggaaa gurau je antie.
Terima kasih antie ats komen antie tu. Saya amat hargainya dan membakar semngat saya utk trskn perjuangan yg tak siap2 ni aggaaga
wah, tahniah kak bie!! macam kata auntie ziekiera, bahasanya mudah dan senang difahami. bahasa jiwa bangsa =)
lama juga tak membelek majalah Pelita Bahasa tu. huhuhu...
dah lama tak bertenggek kat sini, salam dan apa khabar? macam tulis surat kiriman lak, hehehe....
yang kurik itu kendi yang merah itu saga yang cantik itu budi dan yang indah itu bahasa
bahasa kan menunjukkan bangsa
baik bahasa baiklah bangsa
tahniah.. syukur ada karya diterbitkan. :)
terima kasih kak...alhamdulillah
Post a Comment