Monday, September 10, 2012

SAYA DAN APG=???

Salam semua,



Ketemu lagi kita pada hari ini. Alhamdulillah sudah hari Selasa, esok Rabu, lusa Khamis dan seterusnya tekalah sendiri hehe Eh, cup! entah ada lagi entahkan tidak saya pada esok hari. Jangankan esok hari, untuk dua jam lagi entah apa yang berlaku kepada saya semuanya misteri. Hanya Allah Maha Mengetahui.



Tajuk entri kat atas macam sedap dan lazat saja macam makan pisang goreng cicah sambal kicap, kan? Lama pula tidak makan pisang goreng huhu Apa itu APG? Sejenis penyakit atau sejenis makanan atau sejenis kereta atau apakah? Haha Kepada sesiapa yang biasa berbelog sana sini akan tahu makna APG itu.



APG itu maknanya Akulah Penulis Glamer haha gurau saja. Tidak ada maknanya. Apa Perlu Glamer?=APG wakaka. APG=Angel Pakai Gucci atau Angel Wears Gucci=AWG itu yang sebenarnya. Pelik sungguh! bagaimana ada yang bertanya saya ini orang yang sama ke dengan APG itu. Jawapan saya tet tet tet...BUKAN. Ya! jawapannya bukan. Saya ialah saya dan tidak ada kena mengena dengan APG, sekian terima kasih wakaka



Jika hendak dibandingkan saya dan APG memang jauh ikan panggang daripada pemanggang api keh keh keh Makna APG merujuk kepada diri saya hanyalah Akulah Pisang Goreng sedangkan APG yang itu Angel Pakai Gucci. Pengikut belog saya pun berapa kerat sangatlah jika hendak dibandingkan dengan si APG itu. Jadi, memang sah saya bukan APG seperti yang dipersoalkan oleh orang tersebut. Dalam hati saya senyum seorang diri auuuu!!! Macam-macam pula. Bagaimana boleh terlintas pertanyaan itu ya? Hahaha

kredit Hahaha



Bie:Entah kenapa tiba-tiba saja nak tulis entri ini haih!!! :D

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP