164:MEMELUK KASIH-NYA
Entry terbaru aku adalah mengenai sebuah sajak aku yang telahpun tersiar di Majalah Tunas Cipta keluaran Bulan Julai 2009. Silalah baca sajak daripada seorang penulis kerdil seperti aku ini.
Memeluk Kasih-Nya
Malam penghujungnya sepi
ada sungai air mata yang mengalir
menenggelamkan warna kolam derita
yang pernah subur mencalit mimpi ngeri.
Tuhan, di kamar dada yang kosong ini
berikan aku sehelai selimut kasih-Mu
menjadi lilitan untukku beradu
memeluk kasih seharum kasturi dari syurga-Mu.
8 comments:
kasih kesuma pujangga jiwa
kasih teman suka dan duka
kasih keluarga menghilang lara
kasih bapa membawa bahagia
kasih ibu terapi ke syurga
Kasih Rasul suci abadi
kasih Tuhan satu hakiki
hohoho ahli sajak sudah menyerang.Faham2
Salbie, biar kerdil, namun berbakat besar :)
K Manjlara~Hehehe no komen
Besar ke bakat saya ni?Boleh sampai ke angkasa tak?eh! angkasa konon, nak ke angkasapuri pun tak lepas2 lagi ni!kah3
cantik sekali puisi anakanda.Kadang-kadang kita ikut alpa akan kasih-Nya yang tak berbatas itu
YA ke Pak cantik? Betul tu pak,saya sndiri pun adakalanya leka dan alpa pada-Nya, sbb itu terhasil sajak trsebut, bkn mengingatkn diri org lain tp lbh kpd diri sndiri.MOga saya dan kita semua tak trs leka dgn dunia yg fana ini.
tahniah kak bie!! ada saya membacanya. memang terasa menyusuk hati. hai, biala agaknya saya boleh menulis sebegini? huhu...
tahniah sekali lagi kak! :)
ya erk?kih3 biasa je tu ridh.
Anyway...Trima kasih ya...
InsyaAllah ridh kena byk baca sajak2 yg ditulis oleh penyajak2 terkenal...insyaAllah blh tulis macam tu
ewahhhh yo yo ooo jerk!kah3
Post a Comment