RINDU PADA ZAMAN NEOLITIK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semalam sudah pergi hari ini datang pula di sini. Sudah petang yang senja. Sudah tua tapi nampak muda. Sudah kenyang tapi lapar. Sudah mandi tapi tidak terasa basah. Sudah menulis tetapi macam belum.
Haih! Apa yang sayamerepek ni? Kenapa saya merepek? Adakah saya sedang menikmati sebungkus kerepek pisang cap pisang berbuah dua kali? Wuhaha …
kredit
Anda tahu apa itu zaman neolitik? Sudah ada yang angkat kaki wuhaha dan kening kerana tidak tahu akan jawaban itu.
Heh, saya secara jujurnya tidak minat pada subjek sejarah sebabnya… haha RAHSIA! Cup cup tak bermakna saya buta sejarah okey! At least saya tahu juga Hari Kemerdekaan pada tahun ini yang ke berapa tahun, kannn???
Saya rindukan zaman belajar dahulu. Aduhai! Terkenang kawan-kawan di sekolah rendah dan menengah hohoho Mereka mencari saya di FB sedangkan saya amat kurang di situ. Itu dulu sekarang saya rajin sedikit huahuahua Dan ada pula kawan di alam maya Karin hahaha menyindir saya huh!
kredit
Bukan saja kawan-kawan di zaman sekolah rendah dan menengah tetapi juga kawan-kawan ketika di ITM dulu [kini UiTM]. Daripada situ kami saling bertukar-tukar fikiran eh? Silap bertukar-tukar nombor telefon dan sewaktu dengannya. Seronok! Memang seronok dan terasa muda kembali keh keh keh.
Entah bila hendak berjumpa. Ada seorang kawan membuat cadangan di adakan Gathering untuk kita-kita aje! Wuhahaha Tapi, sampai saat ini tiada respon apa-apa.
Huh!!! Sungguh menghampas tebu sekali. Sungguh, saya rindu untuk bertemu kawan-kawan lama sob sob sob. Terlalu banyak kenangan di sana sini.
Selesai.
Bie: Al Fatihah buat arwah Izza Azrin Abdul Hamid. Rest in peace, dear comrade.
0 comments:
Post a Comment