Sunday, March 29, 2009

113:Oh! AKu

Tok tok tok salam...

Apsal tak ada org jwb salam aku ni? Aku tolak je sesuka hati aku pintu umah ni hahaha

Sekali tolak mak ai, berdebu, bersawang dan berhabuk sana sini geli betul aku hehe Check punya check, umah sendiri daa...huhuu alamak! termalu suda...hehehe

Terima kasih pd yg mengunjungi umh aku yg dh hampir nak di makan anai-anai ni! Aku ada...tapi kadang2 mcm takde.Macam mana tu? hehehe

AKu tgh kumpul duit nak buat umh batu, tu pasal tak muncul2 dan up date umah sendiri tu...kalau buat umah batu, anai2 takde kan?heheh

oklah...semua. Aku chow dulu. Aku tgh mood nak menulis, sbb tu hilang tu hahaha

Take care ya!

Read more...

Friday, March 6, 2009

112:Lapar Pulak Wei

Dah 1.31 pagi. Mak ai rasa lapar mula mencengkam perutku ini hihihihi Tak elok lah nak makan pagi2 gini nanti tkt g_ _ _ _ hah! korang isilah tmpt kosong tu sendiri ya hehehehe Ada2 je aku ni kan di pagi hari ni kan kan kan?. Pasni turun bwh dan melantak sikit2 hehehe Dah mkn tdr lah kan?heheheh erm.....aduh! tgklah brt badan aku nanti huhuhuhu aku tkt gak g_ m_ _

Photobucket

Photobucket

Read more...

111:Macam2 Aznil hehehe

(1)
Aku rindukan watak2 yg aku tls tu. Oh! rindunya...Sejak 2 menjak ni aku asyik senyum sorang2 heheheh dah angau ke apa aku ni? Entahlah...yg pasti di saat ni, aku rindukan watak2 yg aku lakarkn.Oh! tdk...
Aku senyum sorg2 bkn bermakna aku sewel ya!hehehe

Photobucket


(2)
Aku terkenangkn salasilah keluarga aku. Bila teringat, laa...rope2nya, aku ni ada gak keturunan org asli.Yg benar dong! patutlah dlm setiap keluarga aku dan saudara mara aku, ada yg berambut kerinting hehe Yg paling kuatnya adalah datuk saudara aku. Sbb apa? Sbb mengikut urutan, keluarga dia yg berada di tangga yg teratas. Ya Ampun, rambut dia mmg kerinting sikit sbb ayah dia drp keturunan org asli. Datuk sedara aku tu ropenya org ternama kat Malaysia ni. Dulu mmglh dia ternama sekrg ni pun msh ternama lg tp kuranglah. Tak payahlah disebutkan namanya sbb pada aku biarlah rahsia hehehe Aku sendiri pun sebenarnya tak tahu yg aku ada seorg datuk sedara yg terkenal di Malaysia ni sampailah satu hari tu ada perjumpaan keluarga aku dan dr situ barulah aku tahu yg dia datuk sedara aku.Sebelum ni mak dan arwah abah aku bukannya nak bukak mulut bercerita pasal keturunan kami.
Semlm, aku cari maklumat tentang datuk sedara aku di internet.Erm...aku tahu ada buku yang ditulis pasal dia. Rasa mcm nak jumpa je dia, saja borak2 tapi segannya sbb dia org byk ilmu daa...hehe

(3)
Aku tertanya-tanya, bilalah aku nak buat perjumpaan dgn teman2 lama ketika bljr di ITM dolu. Hah...rindu jugak pada mereka tu semua. Tapi apakan daya, masing2 sibuk dgn urusan masing2, erm...dgn teman baik aku yg sorg tu pun aku tak prnh berjumpa cuma kami rajin ber SMS je! hah...boleh kalahkan Raja SMS ni heheheh

(4)
Nak bercuti-cuti Malaysia. Cadangan drp salah seorg ahli keluarga aku, hujung thn ni nak ke satu destinasi yg jauh. Entahkan jadi entahkan tidak. Takut...angan2 Minah Jenin je huhuhu

(5)
No more. Aku nak terus menulis, menulis dan menulis A sampai Z tanpa jemu dan putus angsa hehehehe Kalau tak menulis, miss soru beb! Sebab itulh sumber asli pendapatan aku. Nasib baik tak sumber org asli hehehe

Oklah...

Read more...

Thursday, March 5, 2009

110: Menulis

Hari Khamis sudah menyusul menjengukkan wajahnya. Hujan masih belum berhenti di luar sana. Aku...aku masih belum juga menyudahkan mss yang terhenti seketika apabila kusyuk sangat mendengar Ustaz Akhil Hayy berdoa munajat. Sedih dan hiba.
Photobucket


4.15pm
Masih mencari idea utk menulis.Eh! seronok sangat hari ni sebab aku boleh menulis dgn lancar dan tenang tanpa gangguan. Suasana sunyi dan sepi begini memang memudahkan aku. Ada masanya tersekat juga ideaku. Tapi tak mengapa, ambillah buku ke atau dengarlah radio ke itupun blh mendatangkan idea,kan?. Ibu Mimie Afinie, Kak DS, Kak Seri dah angguk2 geleng2 dah tu! hehehe

Photobucket

4.17pm
Ermmm...dalam kepala duk fikir, bilalah agaknya dapat aku pergi bercuti. Nak ajak Fidza lah kawan lama yg dah berbelas tahun aku tak jmpa tapi kami hanya berhubung melalui sms je!. Kalau bercuti nak ke mana ya?. Aku terbayangkan Pulau yang indah. Memang aku suka pergi pulau sbb rasa tenang dan damai. Last aku pergi bercuti, Pulau Langkawi. Syok lah dpt bercuti. Yalah ada yang support tiket flight dan makan2 serta penginapan hehehe Agaknya bila nak dpt free lagi ek!.Oh! ya...aku hampir nak ke Pulau Bali tapi hampa betul sbb aku tak sempat nak buat passpot.Huh! melepas btl. Tak apalahkan, dh bukan rejeki aku sik!hehehe

Oklah...nak sambung menulis sblm seruan azan asar dtg memanggil.

Read more...

Wednesday, March 4, 2009

109:Tak Lena Tidur 3

Semalam,

Aku tertanya sendiri, kenapa tdrku tak lena. Payah benar rasanya nak lelapkn mata. Di saat aku menulis untuk en3 ni, aku agak letih dan terasa mahu tidur sebentar. Tapi niat itu ku batalkan memandangkan jam sudahpun menunjukkan ke pukul 4.15 pm. Waktu asar bakal menyusul.

Hari ini,

Aku menanti dan terus menanti proposal yg dihtr namun masih jugak tak ku dapat jawapannya. Huh...nak dpt jawapan pun ambik masa satu hingga 3 bln. Emmmm...tunggu jelah! Sabar.

Esok,

Aku tak ada apa-apa perancangan nak ke mana-mana cuma duduk di rumah menulis saja. Sesungguhnya tak siapa pun tahu apa yg bakal berlaku esok kecuali DIA.

Ya ALLAH, hanya padaMU kuserahkan segala-galanya.AMIN.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP