Friday, May 29, 2009

126:JODOH ITU KETENTUAN TUHAN

Emel trbaru aku terima dr my best fren. Emmm...trmenung aku sekejap. Merenung diri...diri sendiri, sendiri mau ingat!.
(Fidza thanks...aku hargai emel ko ni!. Dan Sebenarnya..kita serupa.Hnya kita je yg tahu kan heheh)
Jodoh Itu Ketentuan Tuhan
www.iLuvislam.com dihantar oleh: bintang_hati Editor: everjihad
iluvislam
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Read more...

Thursday, May 28, 2009

125:PELIK II

Pelik
Pelik
Pelik
Ah! Pelik...
Memang Pelik...
Memang Pelik sangat...2 hari ni ada kepelikan berlaku kat aku...nk cite pn susah, takpelah...KU TERIMA SEGALANYA...

ghgj

Read more...

Tuesday, May 26, 2009

124:KENAPA YA?

Kenapa ya? Sejak dr smlm aku rasa mcm tak bermaya, nk menulis pun tak de mud pak mahmud jun huhuhuhu


Aduh...kenapa ya?
kenapa ya?
Rasa lemah je badan aku ni, nak menulis pn mcm tak larat, sudahnya aku duk surf internet. Hmmm...tangguh lagi menulis...

Photobucket

Hmmm...baru aku teringat knpa bdn aku mcm tk bermaya karin tu hehe sbb aku krg minum air. Tak sprti biasa...kdg kala minum air sampai 10 gelas termasuk air manis. Aduhai...

Hari ni...aku minum air seperti biasa. Tak mahulah kurang air, nanti bdn lemah tk bermaya karin plak...dan susah plak nk menulis. Aku tak sanggup nk tangguh keje lagi, tidak...aku nk minum air sebanyak ini biar mcm bateri eveready everlasting tenagaku...huhu

Photobucket

Read more...

123:TO MY BUTTERFLIES

SEGALANYA KUTERIMA.BYK BTL EMEL DR KWN BAIK AKU YG SORG NI...MCM2 DIA HTR. SO...ZASSSSSSSSSS LAYAN JE BACA DAN HAYATI. KALAU NK NAIK RAMA-RAMA TU PUN BLH...

My friends:,

Always a wonderful reminder...................
Time passes. Life happens. Distance separates. Children grow up.
rmagmbr
Jobs come and go. Love waxes and wanes. Men don't do what they're supposed to do
m
Hearts break. Parents die. Colleagues forget favors. Careers end.
hgf
BUT......... Friends are there, no matter how much time and how many miles are between you. A girl friend is never farther away than needing her can reach.
jjjj
When you have to walk that lonesome valley and you have to walk it by yourself, the women in your life will be on the valley's rim, cheering you on, praying for you, pulling for you, intervening on your behalf, and waiting with open arms at the valley's end.
rma
Sometimes, they will even break the rules and walk beside you...Or come in and carry you out. Girlfriends, daughters, granddaughters,
m
daughters-in-law, sisters, sisters-in-law, Mothers, Grandmothers, aunties, nieces, cousins, and extended family, all bless our life!
The world wouldn't be the same without women, and neither would I. When we began this adventure called womanhood, we had no idea of the incredible joys or sorrows that lay ahead. Nor did we know how much we would need each other. Every day, we need each other still.
Pass this on to all the women who help make your life meaningful. I just did. Short and very sweet: There are more than twenty angels in this world. Ten are peacefully sleeping on clouds. Nine are playing.. And one is reading her email at this moment.

Read more...

Sunday, May 24, 2009

122:MENULIS

SALAM

Seperti yg aku janjikan semalam, pagi2 aku bangun dan nak menulis, menulis dan menulis.


Photobucket
Aku nak langsaikan hutang2 menulis yg bertimbun-timbun. Hehehe bertimbunnya...


Photobucket


Berjaya jugak aku cabar diri aku. Sbb aku mmg pantang dicabar hehehe

Photobucket

Read more...

121:DAN SEBENARNYA...

Salam

Dh pukul 1.24 am...mata blm mengantuk Sejak akhir2 ni mmg aku payah sgt nk tdr. Apsal ntah? Hari ni tak menulis. Dan Sebenarnya...nyanyian YUNA heheh terbabas produk babas plak aku ni...hehehe sejak akhir2 ni aku suka sgt dgr lagu ni, apsal ya?. Pelik...betul!. Apa sebenarnya yg bermain di minda aku ek?...hmmmmmm oh bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi, dan lagu2 di radio seolah-olah memerli aku, pabila kau bersama yang lain, adakah perasaan benci ini sebenarnya CINTA...

dan
(copy dr YOUTUBE)
kata
Hah! CINTA?entahlah...buat masa ni serius aku tak jth cinta lagi.Hmmm...hah...kalau jatuh cinta dgn yang ini mungkinlah kot? Sila tgk di bwh ini.Kalau berCINTA dgn yg ini mungkinlah. Aku dh buat ulangkaji kali kedua nvl CINTA ADALAH CINTA hehe AKu syorkn supaya korang baca, mmg best nvl ni. Bukan sekadar novel cinta, tapi ada pengajaran di dlmnya. AKu tak tipu. Bkn sbb akak penulis ni aku kenal maka aku puji dia lbh, bkn langsung...dan sebenarnya, nvl tu mmg bagus. Seronok plak tu hehehe

hihi
Dan sebenarnya...DH 3 hari jari jemari aku tak menaip mss...aduh...mmg byklah yg tertangguh, sajak jadi tajak, novel jadi togel, cerpen jadi cerbin hehehe bkn takde mud pak mahmud hehehe juz because adanya anak2 buah aku. Bila diorg ada, maknanya mmg aku payah nk usik komputer aku sendiri hehehe takpe...acik tak kisah, gunalah...tak luaknya komputer tu. Plan aku esok, pagi2 aku nk duk dpn komputer...menaip. Aku serius, jgn cabar aku sbb aku pantang dicabar hehehe
Dan sebenarnya...ku megharapkan di sebalik senyumanmu itu...senyuman siapa? hehehe senyuman sang suria lah, bukan sapa-sapa pun...

Read more...

Friday, May 22, 2009

award

Salam...Ini award dari KAK SARNIA. tRIMA kasih dAuN MiaNg K3lAdi laa....hehe Sudi Gak Puan Akk ni nak TAG kita. Nasib Baik SMART TAG kita byk lagi bakinya, so blh ar kita jwb TAG pn akk ni...huhuhuhu

1. copy award di atas dan letak di blog anda;
~Dah letak pun.Mcm plak jln2 cr makan pulak ek?heheh~
2. nyatakan 5 fakta ttg pemberi award ini;
i. AKU tk knl dia, tp bila dh kenal dia, mmg ok...
ii. SELALU layan gila2 aku hehe
iii. SUKA mnlis, mnlis dan mnlis sbb tu dia jd PENULIS...klu dh mnlis tk ingat dunia.Pastu hbs dinding umh dicontengnya mengalahkn anak kecik dia hehehe
iv. SUKA jln2 cr angin, jln2 cr mkn dan jln2 cr pasal huhuhu
v. SUKA mkn ikan masin dan asam masin hakhakhakhak
3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya;
1- suka layan bila aku melawak
2- suka menulis, membaca dan mengira 3M hehe
3- suka mence(kek) coklat dan cheese(cis)
4- suka baca komik
5- gila2
6- suka melihat lelangit (hehe)
7 - suka pulau (bkn kena pulau atau pukau hehe)
8- suka lagu rap (kata nk bljr ckp laju2 hehe)
9- baca Al Quran dn zikir
10- rajin dan cekap buat keje


4. anda perlu memilih 10 penerima seterusnya dan describe ttg mereka ;-

1-YATTY=cOMEL (tv3) hehe Suka gelak bila aku buat lawak
2-ASNA=sesuka sesuki hati dia je panggil aku SENGAL.Mmg aku SENGAL pn, sengal kaki hehehe
3-KAK SERI=yg skrg dh tkr profesion dr novelis ke chef seri hehehe
4-ANTIE ZIE=rajin buat lawatan sambil bljr kat blog aku hehehe
5-ANTIE DURRAH FATIHA -dia rajin menulis dan beri semangat kesukanan kat aku hehehe
6-PAK MERSIK=dia ngan aku prnh ditayang muka dlm paper BH(Banyak Hairan) hahaha
7-AZNIL HJ NAWAWI - yang sentiasa muda hehehe (gurau je yg ni!tk ku kenal lngsung)
8-CHEF WAN -aku nk jd cam dia huhuhu layak ke?
9-ANTIE MIMIE AFINIE - suka ketawa2 cam aku heheh hahaha hhuhuhu
10-KAK DS-Dia pn ok...rajin gak layan lawak aku...

*OK KAK, SAYA DH JWB TAG AKAK SAMPAI TAK ADA BALANCE DH SMART TAG SAYA TU HEHEHE ANYWAY, THANKS YA! AND HARAP AKK TAK MARAH DGN GURAU SENDAKU ITU. ANDAI ADA YG TERLUKA...KU MOHON AMPUN.MAAP KAN PATIK YA!HEHEHE

Read more...

Thursday, May 21, 2009

119:CANTIK...

Photobucket

Boleh tak jgn nilaikan cantik itu dr luaran je. Aku mmg tak suka kalau de yg pndg luaran je tp dlman?. Yg di dlm tk dipndg. Hbs tu camne? Ada plak, tak nk pndg yg tak cantik, kalau blh yg cantik2 dan mengancam saja yg nk dipndg. Ooo...yg tak cntk tak mengancamlah?. Jgn tak th, sbnrnya yg cantik tu lah yg memberi ancaman pd kita, aduh...fhm ke ni?. Lbh baik, lu pikirlah sendiri...!!! Bukak mata, buka minda, buka hati.Akn terang segalanya.
Harus diingatkn...tak semuanya begitu, sesetengah je.

Aku mmg suka perhatikn manusia. Kalau ke mana2 tmpt tnpa membeli apa2 tak jadi masalah asalkan aku dpt tgk jenis2 manusia ni!. Sampaikn ada yg ckp, "pandang mcm nk telan org" hahaha

Kdg2 aku perhatikn, ada yg cantik tp sayang perangainya buruk, yang tak berapa nk cantik pulak (mcm aku~hehe) memang tak brp nk dipandang, tp kalau mata asyik nk menatap dia je berkali-kali, aku faham maksudnya...maksudnya ada sesuatu yg mnrik di dalamnya.
Kan aku dah bilang, tak semua yg cantik itu cantik, yg tak brp nak cantik itu tak cantik. Cantik yg sebenarnya terletak di dalam. Bukan dalam mangkuklah, maksudnya di dalam itu ialah hati. Yg dalam mangkuk tu, hati ayam, buat makan je!.

*sesungguhnya aku bkn sekdr mengingati org lain saja, tp lbh mengingati kpd diriku sendiri juga*

(SABDA NABI S.A.W: DI DALAM DIRI SESEORANG ANAK ADAM ITU ADA SEKETUL DAGING YG MANA KALAU BAIK DAGING ITU MAKA BAIKLAH MANUSIA ITU DAN KALAU BUSUK DAGING ITU, MAKA JAHATLAH MANUSIA ITU.ITULAH HATI)

Read more...

Al-Waaqi'ah

[1]Apabila berlaku hari kiamat itu,

[2]Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

[3]Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

[5]Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

[6]Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

[7]Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya)

[8]Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

[9]Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

[10]Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

[12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang
terdahulu;

[14]Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

[15](Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

[16]Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

[17]Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka,

[18]Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

[19]Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

[20]Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

[21]Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

[22]Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

[23]Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

[24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan

[25]Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;

[26]Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain)

[27]Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

[28]Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

[29]Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

[30]Dan naungan yang tetap terbentang,

[31]Dan air yang sentiasa mengalir,

[32]Serta buah-buahan yang banyak,

[33]Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

[34]Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

[35]Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

[36]Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

[37]Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

[38](Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

[39]Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

[40]Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

[41]Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

[42]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

[43]Serta naungan dari asap hitam,

[44]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

[45]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

[46]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

[47]Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

[48]"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "

[49]Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

[50]"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

[51]"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

[52]Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

[53]"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

[54]"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

[55]"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".

[56]Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

[57]Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

[58](Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

[59]Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

[60]Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

[61](Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

[62]Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

[63]Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

[64]Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya

[65]Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

[66](Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

[67]"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "

[68]Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

[69]Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

[70]Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

[71]Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

[72]Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

[73]Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

[74]Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

[75]Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran,

[76]Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

[77]Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

[78]Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

[79]Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

[80]Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

[81]Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

[82]Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

[83]Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya,

[84]Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya,

[85]Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

[86]Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami),

[87]Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

[88]Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

[89]Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

[90]Dan jika ia dari puak kanan,

[91]Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".

[92]Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

[93]Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

[94]Serta bakaran api neraka.

[95]Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

[96]Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Read more...

Wednesday, May 20, 2009

117:HUG...

hug
(gmbr yg di ambil dlm photo bucket pasni masuk ke photobusketbin huhu)
Hisy! rasa nk peluk je bantal time ni...guling2 mcm pilim Hindustan hehehe Oit! mn blh...bkn ke elok aku menulis, menulis dan menulis. Byk lg yg tertangguh...
HUG...
Hug...
HUG...
Hug...

Read more...

116:RUANG RINDU

Lama ek aku tk update blog. Rasa rindu betul. Memang aku rindu sesangat rindunya. Ruang rindu memang luas terbuka tapi ruang waktu sering menghimpit. Aduh...sungguh aku rindu.
Sekrg ni, sambil jari menaip karya, aku nak taip di ruang blog juga. Nanti ada plak yg tanya...'Bila nk update blog'...lenguh mulut jari menaip nanti heheheh
heart2

Read more...

Tuesday, May 19, 2009

115:KEMBALI

Salam Semua
Aku datang kembali ke rumah asalku. Usah ditanya ke mana aku menghilang lenyapkan diri?hahaha Aku ada...cuma aku bz fokus kpd penulisan. Itu aje!.
Apa citer semua kwn2 aku di sana ek? Harap semuanya berada dlm keadaan yang sht.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP