Sunday, October 4, 2009

178:NAK MENULIS

Photobucket

Kita suDAHpun melangkah masuk ke hari Isnin hari ni. CPt dan efisennya masa berlalu meninggalkan kita ek? hehehe ALhamdulillah, kita masih diberi nafas dan usia subsidi ini oleh Allah untuk terus bernyawa dan menikmati apa yang ada di muka bumi ini. Maka syukurilah...

HAri ni aku nak menulis je sampai letih kih3 Sebenarnya dah 2,3,4 hari aku semak cerpen aku ni. Naik lenguh mata. Hari ni insyaAllah aku hantar ke Tunas Cipta. Rasa macam dah hilang skill menulis cerpen sebab dah lama sungguh aku tak mnulis cerpen. Mulalah rasa terkebil-kebil bang bil bayar bil hahahaha Tapi walau apapun dugaan dan cabarannya, aku sanggup hadapi. Jangan putus angsa tau hahaha Aku ingat satu lirik lagu daripada kumpulan nasyid ni,,,tapi aku tak ingat nama kumpulan nasyid ni...Liriknya lbh kurang mcm ni,

"Ujian adalah tarbiah dari Allah..."

Ada siapa2 yang tahu tak?. Lagipun aku dah lama tak dgr lagu ni diputar dan menang (hahaha) ke udara. ATau...akukah yang terlepas?

Hari ini, memang aku nak menulis dan kalau dapat aku nak menulis 2 bab novel remaja yg dah lama terbengkalai. Isy...macam duduk dalam rumah terbengkalai pulak kihkih

Ok...salam semua. Aku perMISI dulu. Jaga diri semua.

jfty

Read more...

177:BACA APA LAGI?


Photobucket
Sinopsis Buku JILID 1
Novel ini menggambarkan masyarakat Tanah Melayu di sekitar tahun 1954-57 iaitu suasana hampir mencapai kemerdekaan. Penulis secara teliti menceritakan corak kehidupan lima golongan anggota masyarakat waktu itu; pentadbiran British, pejuang kemerdekaan, anggota tentera, rakyat jelata dan pengganas komunis. Novel ini juga mengimbas kembali suasana perjuangan menuntut kemerdekaan dan memaknakan kemerdekaan itu bagi bangsa dan tanah air."

(diambil dari laman sesawang Dawama

Photobucket
Sinopsis Buku JILID 2
Novel ini mengembangkan watak-watak utama iaitu Kazman, Izma dan Jasin. Kazman menghadapi pergolakan dan suka duka seorang remaja; Izma telah menjadi seorang dewasa yang matang dan bertanggungjawab dalam menempuhi hidup baru setelah kehilangan kekasih; Jasin telah mengubah corak hidupnya dan ini telah memberi kesan yang besar terhadap diri dan rumahtangga."

(diambil dari laman sesawang Dawama)

Mahar Asmara~EMIESHA NUR MK (rhythm publishing)

Mengisahkan seorang gadis bernama Arwani yg jatuh hati pd Harris Hakimi, jejaka yg dikenalinya menerusi emel. Namun dia hanya membiarkan perasaan itu terpendam di lubuk hati kerana takut dikecewakan...Apakah kesudahan cerita ini,sama2lah kita nantikan!)


Ok ya! itulah antara buku yang aku baca dan masih membaca walaupun adakalanya terlekalah juga hahaha

Pesan aku pada semua, rajin-rajinlah membaca. Org yang membaca luas pengetahuannya. Membaca itu jambatan besi ilmu hihii pandai2 je tambah sendiri...inilah akibatnya kuat membaca. Ewahhhhh...

Kalau malas membaca buku, bacalah papan tanda takpun baca diri sendiri...supaya anda semua tak sesat jalan dan hilang pedoman. Aku tahu mcm ada yg tak faham je...takpelah, lu pikirlah sendiri...daaaaaa


jfty

Read more...

Friday, October 2, 2009

176: BACA APA?

Photobucket



Sinopsis:
Anis, minatnya pada ikan hanya mengundang amarah mamanya. Namun, jauh di sudut hati, dia tahu mamanya amat menyayanginya. Papanya, Mak Cik Ayu dan teman-teman baiknya sentiasa menyokongnya. Peristiwa-peristiwa menarik menjadi kenangan terindah dalam hidupnya. Yang paling penting, tidak salah untuk minat dalam sesuatu perkara asalkan tahu batasannya serta tahu perkara yang diminati itu boleh memberi manfaat kepada diri. Dan... yang paling penting, minat perlu berdasarkan ilmu pengetahuan yang berguna, barulah minat akan menjadi impian dan impian membuahkan kejayaan.

(Di ambil drp blog KARNADYA)

`Alhamdulillah...aku dah habis baca buku kawan baik aku ni. Tak rugi beli sebab banyak info yg boleh kita dapat dan pelajari. Aku sendiri pun seronok baca SI BELANG ni...

Pada yg ada anak2 tu, aku syorkan anda beli. Memang berbaloi-baloi hehehe Eh! bukan sebab dia kawan baik aku maka aku puji lebih2 tp kenyataan seperti di papan kenyataan buku ni memang banyak memberi pengetahuan kepada kita semua. Soal buku hati tak boleh bohong hehehe (mcm iklanlah plak kan...tp aku tak sure iklan gapo gak kui3-Yie btl ke perkataan negeri ko tu?kih3)



Photobucket

Tun Lepat disumbat dalam tahanan?
Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di Istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah budaya dan pemikiran.Pokok bicara bukan sekadar jalan-jalan cari makan kita nanti, tetapi apa falsafah pada makanan itulah yang bermakna sekali. Tapi kenapa Tun Lepat ditangkap?

(Diambil dari blog iklan buku~sorry aku tak sempat ambik tahu td kah3)

~Aku tak hbs baca lagi. Hari raya org makan ketupat, sedangkan aku duk baring ats katil sambil kunyah ketupat cinta mamat ni. Aku mmg respek habis kat pengarang muda seperti FT ni. Aku galakkan beli, memang tak rugi. Oit...kata tak hbs baca lagi, tapi promote srh beli.Hehehehe...alah...aku yakin anda semua akan puas baca. Sebab, novel2 dia sebelum ni pun buatkan aku puas hati baca dan kena bukak minda luas2. Kena byk fikir oooo...

Buku terakhir yang aku sedang baca KOMPILASI DUA BUAH NOVEL CINTA...TIADA AKHIRNYA DAN DURI dari penulis hebat dan aku kagumi, Kak Fauziah Ashari.

Ok ya...kalau aku dah habis 'kunyah' KETUPAT CINTA DAN novel Kak Fauziah tu, aku tulis di entri akan datang. Eh! bila ntah agaknya akan datang tu ek? kih3 Tunggu jelah...tak sabar2...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP