Friday, October 2, 2009

176: BACA APA?

Photobucket



Sinopsis:
Anis, minatnya pada ikan hanya mengundang amarah mamanya. Namun, jauh di sudut hati, dia tahu mamanya amat menyayanginya. Papanya, Mak Cik Ayu dan teman-teman baiknya sentiasa menyokongnya. Peristiwa-peristiwa menarik menjadi kenangan terindah dalam hidupnya. Yang paling penting, tidak salah untuk minat dalam sesuatu perkara asalkan tahu batasannya serta tahu perkara yang diminati itu boleh memberi manfaat kepada diri. Dan... yang paling penting, minat perlu berdasarkan ilmu pengetahuan yang berguna, barulah minat akan menjadi impian dan impian membuahkan kejayaan.

(Di ambil drp blog KARNADYA)

`Alhamdulillah...aku dah habis baca buku kawan baik aku ni. Tak rugi beli sebab banyak info yg boleh kita dapat dan pelajari. Aku sendiri pun seronok baca SI BELANG ni...

Pada yg ada anak2 tu, aku syorkan anda beli. Memang berbaloi-baloi hehehe Eh! bukan sebab dia kawan baik aku maka aku puji lebih2 tp kenyataan seperti di papan kenyataan buku ni memang banyak memberi pengetahuan kepada kita semua. Soal buku hati tak boleh bohong hehehe (mcm iklanlah plak kan...tp aku tak sure iklan gapo gak kui3-Yie btl ke perkataan negeri ko tu?kih3)



Photobucket

Tun Lepat disumbat dalam tahanan?
Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di Istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah budaya dan pemikiran.Pokok bicara bukan sekadar jalan-jalan cari makan kita nanti, tetapi apa falsafah pada makanan itulah yang bermakna sekali. Tapi kenapa Tun Lepat ditangkap?

(Diambil dari blog iklan buku~sorry aku tak sempat ambik tahu td kah3)

~Aku tak hbs baca lagi. Hari raya org makan ketupat, sedangkan aku duk baring ats katil sambil kunyah ketupat cinta mamat ni. Aku mmg respek habis kat pengarang muda seperti FT ni. Aku galakkan beli, memang tak rugi. Oit...kata tak hbs baca lagi, tapi promote srh beli.Hehehehe...alah...aku yakin anda semua akan puas baca. Sebab, novel2 dia sebelum ni pun buatkan aku puas hati baca dan kena bukak minda luas2. Kena byk fikir oooo...

Buku terakhir yang aku sedang baca KOMPILASI DUA BUAH NOVEL CINTA...TIADA AKHIRNYA DAN DURI dari penulis hebat dan aku kagumi, Kak Fauziah Ashari.

Ok ya...kalau aku dah habis 'kunyah' KETUPAT CINTA DAN novel Kak Fauziah tu, aku tulis di entri akan datang. Eh! bila ntah agaknya akan datang tu ek? kih3 Tunggu jelah...tak sabar2...

2 comments:

cerpelai October 3, 2009 at 7:30 AM  

Edehh.. Title Ketupat Cinta pun ada? Pasni gua nak buat satu tajuk Ketuat Cinta buleh? Kehkehkeh..

Rajin buat review novel dia nih..

Bie'z October 11, 2009 at 9:55 PM  

Kahkahkah apalah ko ni bro. Kalau kau buat tajuk nvl ko KETUAT CINTA aku pulak..hmmmm KELEPET CINTA kah3 boleh ke bro?
Rain ke?isy isy isy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP