177:BACA APA LAGI?
Sinopsis Buku JILID 1
Novel ini menggambarkan masyarakat Tanah Melayu di sekitar tahun 1954-57 iaitu suasana hampir mencapai kemerdekaan. Penulis secara teliti menceritakan corak kehidupan lima golongan anggota masyarakat waktu itu; pentadbiran British, pejuang kemerdekaan, anggota tentera, rakyat jelata dan pengganas komunis. Novel ini juga mengimbas kembali suasana perjuangan menuntut kemerdekaan dan memaknakan kemerdekaan itu bagi bangsa dan tanah air."
(diambil dari laman sesawang Dawama
Sinopsis Buku JILID 2
Novel ini mengembangkan watak-watak utama iaitu Kazman, Izma dan Jasin. Kazman menghadapi pergolakan dan suka duka seorang remaja; Izma telah menjadi seorang dewasa yang matang dan bertanggungjawab dalam menempuhi hidup baru setelah kehilangan kekasih; Jasin telah mengubah corak hidupnya dan ini telah memberi kesan yang besar terhadap diri dan rumahtangga."
(diambil dari laman sesawang Dawama)
Mahar Asmara~EMIESHA NUR MK (rhythm publishing)
Mengisahkan seorang gadis bernama Arwani yg jatuh hati pd Harris Hakimi, jejaka yg dikenalinya menerusi emel. Namun dia hanya membiarkan perasaan itu terpendam di lubuk hati kerana takut dikecewakan...Apakah kesudahan cerita ini,sama2lah kita nantikan!)
Ok ya! itulah antara buku yang aku baca dan masih membaca walaupun adakalanya terlekalah juga hahaha
Pesan aku pada semua, rajin-rajinlah membaca. Org yang membaca luas pengetahuannya. Membaca itu jambatan besi ilmu hihii pandai2 je tambah sendiri...inilah akibatnya kuat membaca. Ewahhhhh...
Kalau malas membaca buku, bacalah papan tanda takpun baca diri sendiri...supaya anda semua tak sesat jalan dan hilang pedoman. Aku tahu mcm ada yg tak faham je...takpelah, lu pikirlah sendiri...daaaaaa
0 comments:
Post a Comment