Sunday, February 21, 2010

196:AYAM TEMPURA...

Salam

Hehe dah lama x update kan?. Sengaja je kot?kih7...
oklah kali ni nak share resepi...ayam tempura...lapo punya pasal semalam, masak je ayam tempura.
Resepi ni aku dah letak macam2 dalam tu...tapi sedaplah...mudah je. Dah jadi blog resepi plak dah skrg ni hehe...YUkkk..kita tgk apa bahan2 yang diperlukan.

AYAM TEMPURA..
(aku buat utk aku sorg je ni...nnti pandai2 lah ubah sndiri)

1 keping ayam
1/2 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
air sejuk(betul2 sejuk)
sedikit serbuk kari
sedikit bawang merah kisar
garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya;
1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas.
2. Pukul bancuhan hingga sebati.
3. Celup ayam dalam tepung.

Aku biarkan seketika, biar meresap ke dalam ayam. Baru goreng.

Cubalah...sedap je kat tekak aku bila dah lapo kih7...




Read more...

Sunday, February 14, 2010

195:TGK JELAH...




tgk jelah........................anak2 buahku....




Read more...

Wednesday, February 10, 2010

194:SANTAI BOWL.

Salam semua...

Lama x update blog. Hari ni aku nak promosikan sesuatu. Tolong kawan..apa yang penting kerjasama hihi



Photobucket

GATHERING SANTAIBOWL NASYIDFM

TARIKH : 6 MAC 2010
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : AMPANG SUPERBOWL (METRO POINT KAJANG)
YURAN : RM20


bAgi sesiapa yang berminat untuk menyertai gathering ni, silalah layari web di bawah untuk keterangan lebih lanjut
http://www.nasyid.fm/?i=infobasenfg

Read more...

Tuesday, February 2, 2010

193:MASAK2...


sALAM

eH! eH!..Aktif btl hari ni update belog. Apa kena dengan aku ni ye? Buang tebiat ke apa ek?...Layan jelah...ni resepi Opor AYam yang nampak macam sedap..tp memang sedap pun. Sapa ntah yang masak, aku lupa nak tanya naMa chef tu tadi..huang7...


Jom kita main masak2...

OPOR AYAM

Bahan-bahan yang diperlukan;

4 ketul ayam

3 sudu BESAR bawang merah kisar

1 sudu BESAR cili kering kisar

1/2 labu bawang BESAR dihiris

1 sudu BESAR rempah opor

1 inci lengkuas diketuk

1 inci halia dimayang

1 mangkuk sedang santan

1/2 biji lada merah dibelah

1/2 biji lada hijau dibelah

1 batang serai diketuk

1 batang kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

2 bunga cengkih

1 sudu BESAR kerisik

garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

minyak untuk menumis

Cara Membuatnya;

1. Panaskan minyak Tumis bawang bawang merah kisar dan cili kering kisar hingga garing.

2.Masukkan rempah opor. Masak lagi sampai garing.

3.Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, halia, lengkuas, serai dan santan. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

4.Masak hingga kuah hampir kering baru masukkan ayam. Kacau.

5.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau lagi hingga sebati.

6.Akhir sekali masukkan lada merah, lada hijau dan bawang BESAR hiris. Masak seketika dan tutupkan apinya.

7.Sedia untuk dihidangkan.


DAh pun siap...ini stail aku masak. Main belasah je. Senang. Ada yang suka masak kering dan ada yang suka berkuah. Aku suka ada kuah sikit.

Oklah..cuba sampai ke negara CUBA haha resepi tu...ubah selera sekali sekala.


Read more...

192:RASA TAK KENYANG

sALaM...

Cuaca sekarang tak menentu kan?. kejap hujan kejap panas. Aku pun macam cuaca juga, kejap ok kejap tak,,,tapi selalunya aku akan kata ok ok ok je walaupun pada masa tu aku kurang ok he7...

HAri ni matahari muncul lagi, panas menyembah bumi. Jemur kain memang kering, jemur ikan kering pun kering kalau jemur orang sekali pun boleh kering hi7...ada2 je!...Siapalah sanggup kena jemur panas2 mcm ni, ye dhak?.

Sekarang ni, memang aku kuat minum air, kadang2 sampai 10 gelas air sehari isy7...Makan? huhu makan tu memanglah makan, tapi tak rasa apa2 pun huk7..macam2 hal lah aku ni, ada saja masalahnya. Apa sebabnya ya?. Kawan aku kata, aku ni kuat merindu..tu yang makan tak kenyang tu! ahahahaha aku senyum lebar bila dia kata gitu. Auuu~~~

Boleh ke aku kata, aku yang suka sangat warna ungu(tanda kejayaan) ni kuat merindu orangnya. Aku tak tahulah korang boleh terima ke tidak bila aku katakan, UNGU TANDA RINDU. Bila aku ckp kat kwn2, diorg kata...eh! tak pernah dgr pun...ye ke tak pernah dgr? isy7

Entahlah...apa nak jadi dengan aku ni, makan RASA TAK KENYANG ADAKAH DISEBABKAN UNGU TANDA RINDU ITU?HUK7...ISY7......sabo jelahhhhhhh!!!!

Photobucket

Read more...

191:BELIAU SUDAH PERGI


SALAM SEMUA...

Apa khbr? Sudah lama tak update belog hu7...biasalah orang sibuk menyibuk macam aku ni jarang sangat nak lawat umah kedua ni...apa2 pun..hari ni rasa rajin nak update belog...hi7 mcm bermimpi pulak...

Photobucket

(keratan akhbar bertarikh 24 september 2005 sabtu dr simpanan sendiri)

Arwah dikenali sebagai King Ghaz kerana tegas dalam menjalankan tugas-tugasnya.

Terkejut aku bila dgr kat tv3 hari tu. Beliau sudah pergi menghadap Allah Yang Esa. Sedihnya. Beberapa hari sblm pemergian arwah, aku ada sebut2 nama arwah dan berhajat nak jumpa, tapi...tak kesampaian huk7

Siapakah arwah? Apa kait mengait buah rambutan aku dan diri arwah? Memang ada pun.



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP