Tuesday, February 2, 2010

193:MASAK2...


sALAM

eH! eH!..Aktif btl hari ni update belog. Apa kena dengan aku ni ye? Buang tebiat ke apa ek?...Layan jelah...ni resepi Opor AYam yang nampak macam sedap..tp memang sedap pun. Sapa ntah yang masak, aku lupa nak tanya naMa chef tu tadi..huang7...


Jom kita main masak2...

OPOR AYAM

Bahan-bahan yang diperlukan;

4 ketul ayam

3 sudu BESAR bawang merah kisar

1 sudu BESAR cili kering kisar

1/2 labu bawang BESAR dihiris

1 sudu BESAR rempah opor

1 inci lengkuas diketuk

1 inci halia dimayang

1 mangkuk sedang santan

1/2 biji lada merah dibelah

1/2 biji lada hijau dibelah

1 batang serai diketuk

1 batang kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

2 bunga cengkih

1 sudu BESAR kerisik

garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

minyak untuk menumis

Cara Membuatnya;

1. Panaskan minyak Tumis bawang bawang merah kisar dan cili kering kisar hingga garing.

2.Masukkan rempah opor. Masak lagi sampai garing.

3.Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, halia, lengkuas, serai dan santan. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

4.Masak hingga kuah hampir kering baru masukkan ayam. Kacau.

5.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau lagi hingga sebati.

6.Akhir sekali masukkan lada merah, lada hijau dan bawang BESAR hiris. Masak seketika dan tutupkan apinya.

7.Sedia untuk dihidangkan.


DAh pun siap...ini stail aku masak. Main belasah je. Senang. Ada yang suka masak kering dan ada yang suka berkuah. Aku suka ada kuah sikit.

Oklah..cuba sampai ke negara CUBA haha resepi tu...ubah selera sekali sekala.


2 comments:

Sarnia Yahya@Sania Yasmin February 17, 2010 at 6:58 AM  

Bie, nanti akak cuba, nampak sedap. Dah masak nanti akak gitau, ya...

Bie'z February 20, 2010 at 8:27 AM  

Akk try,x try akk tak tau uhuhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP