Tuesday, April 27, 2010


Hujan ungu memenuhi palka rindu

ada rintik-rintik sendu berlagu

bermain di kalbu


Read more...

Monday, April 26, 2010

MEMBAJAK...


Kerja aku hari ni ialah menukang novel remaja yang ke2 pulak.Eh eh! macam tak percaya je kan?. Itulah...diri sendiri pun memang tak percaya boleh menukang novel. Alhamdulillah. Didoakan usaha aku tak putus di tengah jalan. KAlau jalan sehala boleh lagi kot, kalau dah ketemu jalan mati, alahai! susah2 aje...

Sambil menukang, tangan ni ligat jugak wat keje lain, mencari info untuk buku masakan, skype, emel, YM dan telinga tersumbat dengan headset dgr lagu pulak. isyz7... isyz7 macam tangan sotong je! alalalala.....

Apa-apapun Alhamdulillah...aku boleh menukang dengan selesa.

Read more...

HUJAN UNGU





Hujan ungu datang menyimbah
menusuk ke kalbu
ada rindu datang bertamu
dari titisan nota kelabu
menyimpan beribu sendu.

Read more...

Thursday, April 22, 2010

NASI AYAM PENYET NYET NYETTT...

(ringkas tapi sedap. Puas hati makan alallaa~~)

SALAM

HARI NI MAKAN NASI AYAM PENYET..PERGHHH!!! SEDAP..CUBALAH...DIJAMIN BANGUN ESOK PAGI ALALALLAA........


Read more...

Wednesday, April 21, 2010

KUIH KASWI GEBU TAK???WAHAHANCURR

(dh boleh dimakan...sedap cuma manis skit...huhu telan jelah)

Salam

Hee smlm main masak-masak lagi. Kali ni coba ko coba sampai ke negara CUBA buat kuih kaswi alalala...boleh tahan laaa...cuma manis sikit...xpe...first try...lagipun bahan-bahan dalam tu ada yang aku ubah sendiri. ALhamdulillah menjadi jugak...

Tengok jelah ya...


Read more...

Friday, April 16, 2010

KUIH LAPIS LAP LAP ABIS

(maaplah...gambar agak kabur.Memang aku lemah dalam bab2 ambik gambo nih hhuu)

Salam

Hai semua ai aii aiii aiiii aiiiii...eh brp byk aii daaa heee . Sebenarnya kuih lapis ni dh dibuat beberapa hari lepas, ntah camne hari nak masukkan entri ni, tb2 jadi no entri plak. Ada masalah apa ntah, malas nk ambik kisah asalkan kuih lapis aku menjadi wakakaka eh apa yang aku merepek ni kui7 demam ke apa?alalallaa~~~

Tgk jelah kuih lapis ni ye. Sesuai di makan bila2 saja dan walau di mana jua anda berada huhuu...

Read more...

Thursday, April 15, 2010

ROTI GEBUS BUSBUSBUS

(Yang ni dah disapu marjerin..cantik je heee)

Salam

Hr ni masak roti gebus...pergh!!! memang gebus. Thx kat abg mat gebu...pinjam resepi bro ni...memang menjadi. Seperti biasa, percubaan kali pertama Alhamdulillah menjadi dan ada sumtin yang aku fikirkan..Ting!!! idea mai..hehe InsyaAllah3...

Bila sejuk pun still lembut. Dapat cicah dengan air kopi O bes ni kan...

Read more...

Saturday, April 10, 2010

KEK COKLAT KUKUS KUSKUSKUSemangat...

Salam

Alala~~~semlm aku cuba main masak2 lagi, heee...kali ni masak kek pulak, ni pun kali pertama aku mencuba masak kek. Alhamdulillah...menjadi dan memang sedap. Resepi ni aku ambik dari MyResepi. Terima kasih kepada pemberi resepi. Tapi siapakah pemilik resepi ni, maap lupa nak tengok...alalala~~~maapkan kami wahai penunggu gua ...

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan;

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan susu cair
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan Bie..heee:
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan C:
1 cawan air panas baru mendidih

Cara membuatnya:
1. Ayak bahan-bahan Bie. Kacau rata. (Ikut resepi dia masukkan dalam pengisar, tapi aku guna tangan sendiri je n kacau rata alalala~~)

2. Campurkan bahan-bahan A dan Bie. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan air panas yang baru mendidih. Kacau lagi sampai sebati.

4. Kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak. Kalau nak tau samada kek tu dah masak ataupun belum, ambik garfu ke lidi ke dan cucuk kat kek tu. Kalau garfu atau lidi tu bersih je, tanda kek dah masak.


Yang aku masak, cuma gunakan setengah je bahan2 yg diperlukan. Itupun masih banyak jugak. Maklumlah tak ada sesiapa dalam rumah ni...Apa2 pun selamat mencuba dan selamat beramal selalu buat kek alalala~~


(Masih dalam periuk)



(Yang ni, dah siap dipotong. Memang sedap biela dimakan begitu saja ...haha apa daaa!!)


Selepas dah kenyang, ayuh kita baca-baca pulak heee...Aku baca I Luv Islam. Pertama kali jugak beli, dan memang menarik isu-isu yang diketengahkan. Jom baca. Membaca menambah ilmu pengetahuan alalalala~~~~`





Read more...

Thursday, April 8, 2010

MASAK2 PAU GEBU...GEBUHUHUHU....

SALAM

Dah lama tak update blog hehe....Tak mahu cerita banyak. Hari ni aku masak PAU AYAM. Teringin sangat nak makan PAU AYAM, dan tanpa sengaja aku telah merajinkan diri ke dapur heee. Sebenarnya aku tak pernah buat pau. Inilah kali pertama. Alhamdulillah menjadi jugak PAU AYAM aku.

Jom tgk resepinya. Cubalah jangan tak cuba alalala~~~~

PAU AYAM

Bahan-bahannya:

Untuk Doh;
4 cawan tepung gandum
3/4 paket yis mauripan
6 sudu besar minyak
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
air suam secukupnya

Untuk inti;
2 ketul isi ayam-dicincang
2 biji ubi kentang-dipotong dadu
1/2 labu bawang besar-dipotong dadu
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan atau ayam
2 sudu besar kicap manis
garam, gula dan serbuk perasa
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Untuk Doh;
1. Campurkan kesemua bahan kecuali AIR. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit.
2. Tutup doh 10 minit. Selepas itu, ambil doh dan bentukkan bulat-bulat.
3. Leperkan dan isi inti. Alas dengan plastik ataupun kertas. Biarkan selama 1 jam.
4. Kukus selama 10 minit.

Untuk inti;
1. Campurkan rempah kari dan cili kisar menjadi pes. Gaul rata.
2. Panaskan kuali. Tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan pes dan tumis hingga garing.
4. Masukkan ubi kentang, ayam dan air. Masak hingga kentang lembut.
5. Selepas itu, masukkan kicap, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
6. Biarkan kuah kering.
7. Tutup api dan sejukkan inti.



salbie.blogspot.com
(Yang ni masih duk berhimpit dalam periuk pengukus)




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP