Thursday, April 8, 2010

MASAK2 PAU GEBU...GEBUHUHUHU....

SALAM

Dah lama tak update blog hehe....Tak mahu cerita banyak. Hari ni aku masak PAU AYAM. Teringin sangat nak makan PAU AYAM, dan tanpa sengaja aku telah merajinkan diri ke dapur heee. Sebenarnya aku tak pernah buat pau. Inilah kali pertama. Alhamdulillah menjadi jugak PAU AYAM aku.

Jom tgk resepinya. Cubalah jangan tak cuba alalala~~~~

PAU AYAM

Bahan-bahannya:

Untuk Doh;
4 cawan tepung gandum
3/4 paket yis mauripan
6 sudu besar minyak
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
air suam secukupnya

Untuk inti;
2 ketul isi ayam-dicincang
2 biji ubi kentang-dipotong dadu
1/2 labu bawang besar-dipotong dadu
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan atau ayam
2 sudu besar kicap manis
garam, gula dan serbuk perasa
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Untuk Doh;
1. Campurkan kesemua bahan kecuali AIR. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit.
2. Tutup doh 10 minit. Selepas itu, ambil doh dan bentukkan bulat-bulat.
3. Leperkan dan isi inti. Alas dengan plastik ataupun kertas. Biarkan selama 1 jam.
4. Kukus selama 10 minit.

Untuk inti;
1. Campurkan rempah kari dan cili kisar menjadi pes. Gaul rata.
2. Panaskan kuali. Tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan pes dan tumis hingga garing.
4. Masukkan ubi kentang, ayam dan air. Masak hingga kentang lembut.
5. Selepas itu, masukkan kicap, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
6. Biarkan kuah kering.
7. Tutup api dan sejukkan inti.



salbie.blogspot.com
(Yang ni masih duk berhimpit dalam periuk pengukus)




6 comments:

Namaku Munirah April 9, 2010 at 3:51 AM  

wahhh bestnya pau..

mtk post sebijik :D

Bie'z April 9, 2010 at 7:11 AM  

kena pau munirah dlu br blh kasi pau
agagaggarrrr

ismi_arikays April 9, 2010 at 3:14 PM  

ehemm22,,
teruja daku melihat kegebuan pau itu,,kui9

Bie'z April 9, 2010 at 10:28 PM  

ehemm7
teruja ke?oww~~~nak lah tu! muahahahapaupau

ismi_arikays April 9, 2010 at 10:47 PM  

=p,,mau2 pau2,,pok2 pau2 gebu2,,kui9

Bie'z April 10, 2010 at 1:08 AM  

wahahaaa
pau gebu kena pok7 hbslah
terus x gebu dah
heeeee
:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP