Tuesday, May 19, 2009
Saturday, April 18, 2009
114:MAAF
Sunday, March 29, 2009
113:Oh! AKu
Tok tok tok salam...
Apsal tak ada org jwb salam aku ni? Aku tolak je sesuka hati aku pintu umah ni hahaha
Sekali tolak mak ai, berdebu, bersawang dan berhabuk sana sini geli betul aku hehe Check punya check, umah sendiri daa...huhuu alamak! termalu suda...hehehe
Terima kasih pd yg mengunjungi umh aku yg dh hampir nak di makan anai-anai ni! Aku ada...tapi kadang2 mcm takde.Macam mana tu? hehehe
AKu tgh kumpul duit nak buat umh batu, tu pasal tak muncul2 dan up date umah sendiri tu...kalau buat umah batu, anai2 takde kan?heheh
oklah...semua. Aku chow dulu. Aku tgh mood nak menulis, sbb tu hilang tu hahaha
Take care ya!
Friday, March 6, 2009
112:Lapar Pulak Wei


111:Macam2 Aznil hehehe
Aku rindukan watak2 yg aku tls tu. Oh! rindunya...Sejak 2 menjak ni aku asyik senyum sorang2 heheheh dah angau ke apa aku ni? Entahlah...yg pasti di saat ni, aku rindukan watak2 yg aku lakarkn.Oh! tdk...
Aku senyum sorg2 bkn bermakna aku sewel ya!hehehe

(2)
Aku terkenangkn salasilah keluarga aku. Bila teringat, laa...rope2nya, aku ni ada gak keturunan org asli.Yg benar dong! patutlah dlm setiap keluarga aku dan saudara mara aku, ada yg berambut kerinting hehe Yg paling kuatnya adalah datuk saudara aku. Sbb apa? Sbb mengikut urutan, keluarga dia yg berada di tangga yg teratas. Ya Ampun, rambut dia mmg kerinting sikit sbb ayah dia drp keturunan org asli. Datuk sedara aku tu ropenya org ternama kat Malaysia ni. Dulu mmglh dia ternama sekrg ni pun msh ternama lg tp kuranglah. Tak payahlah disebutkan namanya sbb pada aku biarlah rahsia hehehe Aku sendiri pun sebenarnya tak tahu yg aku ada seorg datuk sedara yg terkenal di Malaysia ni sampailah satu hari tu ada perjumpaan keluarga aku dan dr situ barulah aku tahu yg dia datuk sedara aku.Sebelum ni mak dan arwah abah aku bukannya nak bukak mulut bercerita pasal keturunan kami.
Semlm, aku cari maklumat tentang datuk sedara aku di internet.Erm...aku tahu ada buku yang ditulis pasal dia. Rasa mcm nak jumpa je dia, saja borak2 tapi segannya sbb dia org byk ilmu daa...hehe
(3)
Aku tertanya-tanya, bilalah aku nak buat perjumpaan dgn teman2 lama ketika bljr di ITM dolu. Hah...rindu jugak pada mereka tu semua. Tapi apakan daya, masing2 sibuk dgn urusan masing2, erm...dgn teman baik aku yg sorg tu pun aku tak prnh berjumpa cuma kami rajin ber SMS je! hah...boleh kalahkan Raja SMS ni heheheh
(4)
Nak bercuti-cuti Malaysia. Cadangan drp salah seorg ahli keluarga aku, hujung thn ni nak ke satu destinasi yg jauh. Entahkan jadi entahkan tidak. Takut...angan2 Minah Jenin je huhuhu
(5)
No more. Aku nak terus menulis, menulis dan menulis A sampai Z tanpa jemu dan putus angsa hehehehe Kalau tak menulis, miss soru beb! Sebab itulh sumber asli pendapatan aku. Nasib baik tak sumber org asli hehehe
Oklah...
Thursday, March 5, 2009
110: Menulis

4.15pm
Masih mencari idea utk menulis.Eh! seronok sangat hari ni sebab aku boleh menulis dgn lancar dan tenang tanpa gangguan. Suasana sunyi dan sepi begini memang memudahkan aku. Ada masanya tersekat juga ideaku. Tapi tak mengapa, ambillah buku ke atau dengarlah radio ke itupun blh mendatangkan idea,kan?. Ibu Mimie Afinie, Kak DS, Kak Seri dah angguk2 geleng2 dah tu! hehehe

4.17pm
Ermmm...dalam kepala duk fikir, bilalah agaknya dapat aku pergi bercuti. Nak ajak Fidza lah kawan lama yg dah berbelas tahun aku tak jmpa tapi kami hanya berhubung melalui sms je!. Kalau bercuti nak ke mana ya?. Aku terbayangkan Pulau yang indah. Memang aku suka pergi pulau sbb rasa tenang dan damai. Last aku pergi bercuti, Pulau Langkawi. Syok lah dpt bercuti. Yalah ada yang support tiket flight dan makan2 serta penginapan hehehe Agaknya bila nak dpt free lagi ek!.Oh! ya...aku hampir nak ke Pulau Bali tapi hampa betul sbb aku tak sempat nak buat passpot.Huh! melepas btl. Tak apalahkan, dh bukan rejeki aku sik!hehehe
Oklah...nak sambung menulis sblm seruan azan asar dtg memanggil.
Wednesday, March 4, 2009
109:Tak Lena Tidur 3
Semalam,
Aku tertanya sendiri, kenapa tdrku tak lena. Payah benar rasanya nak lelapkn mata. Di saat aku menulis untuk en3 ni, aku agak letih dan terasa mahu tidur sebentar. Tapi niat itu ku batalkan memandangkan jam sudahpun menunjukkan ke pukul 4.15 pm. Waktu asar bakal menyusul.
Hari ini,
Aku menanti dan terus menanti proposal yg dihtr namun masih jugak tak ku dapat jawapannya. Huh...nak dpt jawapan pun ambik masa satu hingga 3 bln. Emmmm...tunggu jelah! Sabar.
Esok,
Aku tak ada apa-apa perancangan nak ke mana-mana cuma duduk di rumah menulis saja. Sesungguhnya tak siapa pun tahu apa yg bakal berlaku esok kecuali DIA.
Ya ALLAH, hanya padaMU kuserahkan segala-galanya.AMIN.

