BLOG LELAKI ATAU PEREMPUAN YANG JADI PU... JAAN HATIKU?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Apa khabar semua pada hari ini? Didoakan anda semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Sudah menikmati hidangan tengah hari? Jika belum silalah ke dapur sendiri ya untuk makan dengan hati yang berbunga-bunga hehe
Pada hari ini saya masak mi sup tapi macam mi calong hehe Anda tahu apa itu mi calong? Hoho Bagi yang menetap di Kuantan terutama di sekitar Beserah, makanan tersebut cukup popular sehingga mendapat perhatian penduduk dari luar Kuantan juga. Alhamdulillah... Saya akui memang tidak rugi jika anda mencubanya. Saya cuba untuk membuat mi calong sama seperti yang dijual tapi sungguh mengecewakan ginjal saya ni! hehe
Huh! saya sudah menaip dengan banyak entah mengapa segalanya hilang dipandangan mata yang tidak rabun ni! huhuhu Cerita di atas adalah tulisan yang telah saya tulis beberapa hari lepas. Tadi semasa hendak edit, tiba-tiba hilang pula tanpa NOTIS. Aduh! hampas kelapa kering sungguh.
Sabar! Biarlah yang berlalu itu berlalu pergi janganlah dikenang lagi. Ewah! wuhaha
Okey apa yang hendak saya tanyakan pada anda semua di luar sana adalah selalu anda rajin berjalan ke blog sana sini kan? Biasanya blog kaum hawa atau kaum adam yang selalu dilawati?
Apa yang saya perasan eh, bukan kuat perasan okey! wuhahaha Saya kerap mengunjugi blog kaum adam. Erk! ya ke ni? Haah lah. Betul bukan palsu bukan juga cobaaan wuhahaha
Memang saya tidak sangka. Anda sangka tak? Keh keh keh Kebanyakan mereka ialah lulusan luar negara. Gulp! Tersenyum saya seketika. Banyak yang menarik perhatian saya tiap kali membaca hasil tulisan mereka yang bermanfaat. Adakala menitik air mata. Huhu
Kenapa pula menangis? Oh! ini disebabkan diri ini yang banyak kekurangan dan kekurangan huhuhu insaf diri. Begitu kerdilnya saya di sisi Maha Pencipta.
Di saat ini air mata bergenang. Sungguh saya sedih.
Okeylah kawan-kawan saya permisi dulu ya! Soalan saya, blog lelaki atau perempuan yang menjadi pu...jaan hati anda? ngeh ngeh ngeh
Bie:Muhasabah diri...peace!!!