Friday, September 23, 2011

EH,SUSAH NAK SABAR YA CIKPUAN SABARIAH?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Hohohoho.



Huhuhuhu.



Geram sungguh apabila hendak membayar barang-barang yang dibeli mengambil masa yang agak lama kerana hanya sebuah kaunter bayaran dibuka. Saya ulang siar, HANYA SEBUAH KAUNTER BAYARAN DIBUKA. Oh! sakitnya hati. Sudahlah barisan yang beratur terlalu panjang berjela. Panas sungguh hati saya.



Marah sungguh saya apabila orang lelaki menghisap rokok di tempat awam. Asapnya terpaksa saya sedut dengan percuma pula. Mahu saja saya maki hamun dengan berhemah {erk! boleh? hehe} Rimas dan lemas. Tak pasal-pasal saya menyumpah dalam hati. Hilang sabar terus lari lompat pagar 4 x 100 meter daripada menyedut asap rokok cap mati cepat-cepat! Huh...



'Aduh! lemah-lembutnya buat kerja,' umpat saya dalam hati.



Mahu saya tak hilang sabar. Dahlah lenguh berdiri menanti giliran untuk membuat bayaran, si casher pula ya! seorang lelaki... begitu bersopan-santun. Aduhai! sakitnya hati saya. Eee... rasa hendak cekik-cekik saja tengkuk dia. Huh!


Usai solat Maghrib, saya menulis entri ni TETAPI internet buat hal. Saya hendak masukkan gambar apabila internet buat hal dengan saya, terpaksalah saya menanti hingga ianya mampu berfungsi semula.



Huhu jemu dan jenuh.



Ingatkan setelah selesai sembahyang Isyak line akan ok! tapi hampagas Petronas sungguh, ianya masih juga begitu. Grrr.. menyampah betul. Sakit hati. Saya menulis laju-laju sambil menghentak-hentak kepala keyboard semahunya. Jika keyboard mampu berkata-kata mahu saya kena jerkah berulang-ulang kali wuhahaha.



Huh!!@Apa pun tak boleh~



Itu sebahagian saja. Tak boleh cerita banyak-banyak sebab nanti ada pula yang hilang sabar. Banyak sungguh cerita saya entah bila agaknya hendak ada TITIK NOKTAH wakakaka.



Hohohoho Adakala saya boleh bertukar menjadi Incredible Hulk Hogan{eh? pandai-pandai je! hehe} Sekali kesabaran saya hilang, habislah. Sekali meja ditepuk, rasanya tin sardin bersaiz XXX cap AYAM yang berdiri tegak itu pun bisa jatuh tergolek-golek kerana terkejut kih kih kih.



"Boleh tak tolong sabar sikit?"


"Tahu tak, sabar tu sebahagian daripada iman?"


"Acik, sabar tu sebahagian daripada iman."


"Awak kena banyak sabar."


"Bawak bersabar, bawak bersabar."


"You sabarlahhh."



Hoho Saya selalu diberi ingatan sedemikian. Kenapa? Aduh! sungguh sadis orang seperti saya ni! sudah tentulah ingatan itu diberikan kerana saya ni jenis yang mudah marah dan tak mampu berS.A.B.A.R...



Adakah saya mendengar ingatan tersebut? Melekatkah di hati ataupun di kepala? Huhu jawabannya anda boleh teka tak? Haha Ya! saya dengar. Eh, tidaklah hehe Saya hanya ingat di kepala dan lekat di hati ketika ingatan tu diberi di waktu tu saja. KEMUDIAN ingatan tu hilang bersama kipas angin yang sedang ligat berpusing ke kiri ke kanan dengan penuh hormatnya mengikut arahan. Eh, teruk bukan? wahahaha



Hohoho Saya akui memang payah untuk menjadi penyabar. Aduhlah! pecah sudah rahsia saya hehe Dan saya akui... saya perlukan seseorang untuk menyabarkan saya. Ya! saya amat memerlukannya. Saya yakin lama kelamaan, saya mampu mengubahnya. Insya-Allah.




kredit

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)




Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:

“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)



Bersabar... bersabar... Allah suka kepada mereka yang sabar.



Sebak dan sedih bermukim dalam dada. Bergenang air mata. Sungguh!




Bie: Hohoho :XD



    2 comments:

    Bie'z September 23, 2011 at 9:34 PM  

    Hadi~Hoho insyaAllah i try my best. Thank u very much :XD

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP