Friday, October 17, 2008

Buat Buku...

Hari ni aku dapat panggilan dan juga emel dari penerbit buku.Hehehe seronok dan bersyukur sangat.Sebenarnya dah lama aku tunggu dan akhirnya...dpt juga panggilan tu!.Alhamdulillah.Ada yg tertanya-tanya buku apa agaknya buku aku yg bakal terbit tu?hehehe malulah nak bagitahu kat hangpa semua, bila dah terbit nanti barulah boleh diwar-warkan.Insya Allah.
Aku dh lama sangat nak buat buku cuma tak tahu nak hantar kat penerbit mana.Ya! entahkan penerbit terima entahkan tidak buku aku tu.Akhirnya...nak tahu sama ada buku yg aku nak buat tu diterima atau tidak, aku tanyalah satu penerbitan tu.Nak tahu apa kata penerbit tu?. Dia suruh aku buat proposal.Aku pun apa lagi, sibuklah duk call kawan aku sebab nak tiru contoh proposal dia.Dia kata nanti dia akan tanya pada kawan dia pulak.Aduh! leceh betul kalau nak kena tunggu dan tunggu ni!.Kalau bab tunggu dan menunggu ni yang buat aku lemah sangat ni.Aku dah malas nak tunggu, akhirnya aku buat je proposal aku.Kalau nak tahu, proposal yg aku buat main hentam keromo je!huhuhu Akhirnya kan, tak sangka pulak, esoknya terus penerbit bagi jawapan.Ya Allah! syukur Alhamdulillah.Aku sangka dah kena reject tapi diterima rupanya.Aku pun apa lagi, semangat naiklah.
Sekarang ni aku tunggu je lah keputusan daripada penerbit bila buku aku tu akan diterbitkan kelak.Apa-apapun, kena tunggu, tunggu dan tunggu jelah!

2 comments:

seriadriani October 17, 2008 at 3:15 AM  

buat buku? buku apa? novel ke? klu dh terbit, jgn lupa btau...

Salbie S October 17, 2008 at 7:30 AM  

kak aida:heheh insya Allah bkn nvl tapi tut tut tut(kereta api lalu hehehe) segan nak sebt sebenarnya huhuh bila dh terbit insya Allah lah saya akan bagitahu akak dulu ek!insya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP