Friday, October 17, 2008

Ya Lah tu!

Aku baca artikel ni jadi bercampur baur hati ni.Ada ke patut?Patut ke?Entahlah! jangan tanya banyak-banyak, sendiri mau ingat dan Lu fikirlah sendiri hehehe


Bollywood bantu promosi Melaka

Oleh Amirullah Andi Nur




Mohd Ali perjelas keputusan beri gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan

KETIKA sedang menanti ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, di Seri Negeri, Ayer Keroh pagi Sabtu lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara berseloroh berkata kepada penulis, tangannya kebas menyambut panggilan telefon bimbitnya yang tidak pernah berhenti berdering.

"Bila saya jawab, mereka rupanya semua nak tahu kenapa kerajaan Melaka beri Datuk pada Shah Rukh Khan. Saya beritahulah, ia sebagai penghargaan atas usahanya membantu secara tak langsung memperkenalkan Melaka kepada masyarakat antarabangsa.

"Awak tahu, artis ini sudah datang ke Melaka dan merakamkan enam filem di sini tanpa kita semua sedari. Dan satu daripadanya berjudul One Two Ka Four yang dirakamkan di A'Famosa Resort pada 2001. Filem ini meletup di pawagam dan sudah disaksikan berjuta-juta penonton seluruh dunia.


"Jadi pencapaian filem ini sudah pasti turut memberi faedah kepada Melaka dari segi promosi pelancongan," katanya sebelum bergegas masuk ke Dewan Seri Negeri untuk menghadiri majlis penganugerahan anugerah darjah, tauliah, bintang kebesaran Melaka sempena hari jadi Mohd Khalil ke-70.

Jawapannya itu sedikit sebanyak merungkaikan persoalan penulis dan juga mungkin ribuan peminat Shah Rukh Khan di seluruh negara pada ketika itu.

Dan selesai saja majlis itu, Mohd Ali yang dikerumuni wakil media kemudian menjelaskan lebih lanjut mengenainya lagi. Menerusi penganugerahan itu, katanya, kerajaan negeri berharap Shah Rukh Khan akan datang lagi ke Melaka dan sekali gus mempromosikan negeri berkenaan sebagai destinasi pelancongan menarik.

Jelas beliau lagi, Shah Rukh Khan adalah satu nama besar dalam industri filem Bollywood yang kini sudah berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk Eropah dan Amerika Utara, selain Asia Selatan, Tenggara, Timur dan Australia.

"Dan terbaru, saya dimaklumkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Annuar Musa, filem ini juga sudah semakin diterima oleh penduduk Asia Barat termasuk Arab Saudi. Ini bermakna, Shah Rukh Khan adalah artis berstatus global.

"Jadi harapan kita menerusi penganugerahan ini, Shah Rukh Khan akan kembali semula ke Melaka dan merakamkan filem terbarunya di negeri ini. Kita mempunyai banyak tempat menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari dan terbaru, Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka, selain tinggalan sejarah seperti Kota A'Famosa.

"Dan sekarang ini pula, Bandaraya Melaka Bersejarah sudah pun mendapat status Bandaraya Warisan Dunia. Jadi, kita berharap menerusi sokongan Shah Rukh Khan nanti, usaha mempromosi Melaka menerusi filem dapat dipertingkatkan lagi," katanya.

Mengimbas kembali bagaimana idea untuk menganugerahkan DMSM itu timbul, Mohd Ali berkata, ia cetusan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, sebelum dipanjangkan kepada Yang di-Pertua Negeri untuk pertimbangan.

"Apabila Tun dapat tahu, Melaka dianugerahkan status Bandaraya Warisan Dunia oleh Unesco dan kebetulan pula kita pula sedang berusaha memikat lapan juta pelancong menjelang negeri ini mencapai status negeri maju pada 2010, dia mencadangkan supaya kita mendapatkan `bantuan' Shah Rukh Khan.

"Dan selepas kajian dilakukan, bintang Bollywood itu sememangnya ada kaitan dengan Melaka menerusi pembikinan enam filem di sini. Shah Rukh Khan sebenarnya sudah memberi sumbangan besar kepada usaha mempromosi Melaka di peringkat antarabangsa sejak sekian lama menerusi filemnya yang sentiasa box-office," katanya.

Mohd Ali berkata, kerajaan negeri sudah mengadakan perbincangan dengan Daim untuk membawa Shah Rukh Khan ke Melaka bulan depan bagi menghadiri majlis khas untuknya bagi dianugerahkan DMSM yang membawa gelaran Datuk itu.

Beliau menaruh harapan agar kedatangan artis berkenaan akan turut disusuli dengan perancangan untuk menjalankan sesi penggambaran filem terbarunya di Melaka kerana kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama.

"Tarikh dan masanya belum ada lagi. Kita harap dalam tempoh sebulan ini dia akan datang ke Melaka," katanya.

Sebagai `hadiah istimewa' kepada penggiat filem tanah air dan antarabangsa, Mohd Ali turut mengumumkan akan menjadikan negeri kelahiran Hang Tuah itu sebagai lokasi perkampungan filem bertaraf antarabangsa tidak lama lagi sebagai sokongan terhadap industri berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan Melaka, turut bermurah hati apabila menyediakan sebuah tapak tanah berhampiran Durian Tunggal, kira-kira setengah jam dari pusat Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai perkampungan artis, mirip ala Hollywood, sebagai tanda sokongan kepada golongan seni di Malaysia.

Dan kelmarin, apabila ditanyakan mengenai bantahan Persatuan Seniman Malaysia berhubung penganugerahan itu, Mohd Ali yang dikenali sebagai Arkitek Pembangunan Melaka memilih untuk tidak berdebat mengenainya.

FAKTA:

  • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk adalah anugerah keempat tertinggi kerajaan Melaka

  • Ia mula dikurniakan sejak 1978 kepada orang perseorangan yang memberi perkhidmatan dan bakti amat terpuji kepada Melaka.

  • Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima bagi anugerah itu bagi tahun ini

  • Antara nama besar yang turut menerima anugerah ini adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Co Ltd, Tokeo Fukui; Penasihat Perdana Menteri Thailand, Suthipan Srisrikanon dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Dr Muzahet Masruri

  • Hampir satu pertiga daripada penerima darjah ini juga membabitkan golongan korporat berjawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif

  • Tiga artis veteran tanah air turut mendapat penghargaan kerajaan Melaka, iaitu Andre Goh, Mariam Ahmad dan Jantan Osman @ Ali Mamak. Mereka menerima Darjah Seri Melaka (DSM). Anugerah ini tidak membawa gelaran

  • Sebelum ini beberapa artis tanah air turut diberi anugerah kerajaan Melaka termasuk Ziana Zain.

  • Shah Rukh Khan berlakon enam filem dengan menggunakan Melaka sebagai lokasi

  • Filem terakhir berjudul One Two Ka Four dirakamkan di pusat peranginan A Famosa pada 2001.

  • Jika perancangan kerajaan negeri berjalan lancar, Shah Rukh Khan dijangka datang ke Melaka menerima anugerah DMSM itu bulan depan.

  • Pada Februari lalu, kerajaan Melaka melancarkan Perkampungan Artis pertama di Malaysia di Melaka Pindah, Durian Tunggal, kira-kira setengah jam perjalanan dari pusat bandaraya Melaka. Ia sebagai tanda sokongan padu pada industri seni dan hiburan di Malaysia.

3 comments:

Bie'z October 17, 2008 at 7:28 AM  

haha hahah yalah kak aida apa kes sekrg ni kat malaysia? Saya cdgkn kat kerajaan, senang2 tkr je nama malaysia ni ke Datuk Malaysia hahahah sapa nak jawab tuh?

arianna adrizal October 19, 2008 at 11:52 PM  

camtu bg kat org yg terbitkn film tu jela. dia ni disuruh belakon jeee..

btw penah tgk one two kar for tu tp harammm xpasan dia wat kat melaka =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP