Thursday, October 9, 2008

kembali lagi

Salam semua
aku kembali lagi.Aku nak bercerita pasal hari ni.Tadi...petang tadi maksud aku, aku diajak oleh anak buah aku ke Carrefour Wangsa Maju.Aku pun apa lagi setuju jelah.Lagipun elok juga, aku ni tgh kering idea nak menulis.Entah kenapa tak datang pulak
idea aku ni.Agknya idea aku masih dlm mood beraya lagi huhu Bila anak buah aku ajak berjalan, aku setuju je! Aku rasa elok juga aku ambil angin luar sekejap, manalah tau kan idea akan datang.Kalau tak mencari idea mana nak datang dgn sendiri kan idea tu kan?.Eh! berapa byk kan kan kan ni kan? hehehe
Bila sampai di Carrefour taklah ramai sangat orang, selesa juga nak berjalan.Aku ke sana dengan tujuan nak beli majalah Tunas Cipta je (promosi tu!) yang lain2 aku tak nak beli hehee puas mencari di kedua-dua kedai yang menjual majalah dan buku, langsung tak aku ketemui.Hampeh betul.Letih aku berjalan, dahlah besar tempat tu, apa yg dicari dan dimahukan sangat tak berjumpa pulak, sabar jelah labu! hehehe Bila dah puas tu, rehat kejap sebab anak buah aku nak makan ais krim.Sebagai mak buah yang baik, aku ikut jelah!.Aku tak makan ais krim, sebab sejuk.Sememangnya aku tak makan benda sejuk sebab sakit kaki.Entahlah kenapa dan mengapa tak pulak aku tahu sebab musababnya.Tapikan kalau teringin nak makan, aku main belasah je, tapi taklah banyak sampai tak sedar diri yang kaki awak tu sakit nanti hehe.Bila dah habis makan, kami gerak.
Hujan turun pulak.Aku sebenarnya tak suka btl kalau berjalan masa hujan.Leceh, jalan mesti sesak punyalah.Walau apapun kena redah jugak, kalau nak tunggu hujan berhenti entahkan bila kita sendiri pun tak tahu.So...perjalanan harus diteruskan.Anak buah aku teruskan perjalanan ke destinasi kami iaitu ke Bukit Antarabangsa.Nak suruh aku memandu memang aku tak reti jangankan kereta, lesen kereta pun aku tak ada habis tu macam pulak aku nak memandu.Jangankan dlm alam nyata aku nak memandu, dlm mimpi pun blm tentu lagi huhuhu
Bila ditanya bila aku nak ambil lesen, jawapan aku senang je, tunggu lepas raya haha Insya Allah.Sebenarnya aku ni fobia sikit, seram tengok org bawak kereta.Kalau nak tahu, ni citer betul bukan main2 dan bukan juga cobaan hehe aku ni kan, basikal pun tak reti nak bawak hahaha aku tahu ada yg gelakkan aku.Anak2 buah aku memanglah kalau gelakkan aku nombor satu, ah! apa nak aku malukan, dah itu kenyataannya.Bukan aku tak cuba try test uji, dah b anyak kali tapi tak boleh jugak.Lepas ni aku kena ambik ujian basikal baru boleh ambik lesen memandu kereta.Dengan nada bergurau aku cakap kat anak2 buah aku, satu hari nanti jangankan boleh bawak kereta, segala jenis kenderaan di dunia ni aku boleh pandu tau! hehehe apa lagi aku digelakkan lah, mereka kata aku ni ada2 aje!
Hish...dh jauh aku melalut ni, hehe.Dlm kereta anak buah aku ada tanya, makcik dah nak balik ke? Aku jawab, apa kata kita gi Giant pulak.Anak buah aku on je!.Aku tahu dia tengah bosan dan tension.Hujan masih blm berhenti.Kereta dah mula banyak di atas jln raya.Dalam kesesakan yang terkawal tu, kami sampai jugak ke destinasi yg seterusnya dgn selamat.Tmpt pertama aku tujui, ke manalah lagi kalau bukan ke Kedai Buku yang terletak di tingkat atas.AKu cari apa yang aku tak jumpa masa di Carrefour tadi.Syukur Alhamdulillah yang dicari2 selama ni, ketemu jua akhirnya.Suka aku.Bila dah bayar, turun kat tingkat bawah di bahagian makanan.Perut tgh lapar, tapi bila tgk je kat makanan, selera tak ada pulak.Hampeh betul selera aku ni! hehehe Habis pusing dlm kawasan makanan dan beli apa y g dimahukan, tiba nak bayar pulak.ADuh! beratur pulak, mujur tak panjang, tapi lenguh jugak kaki aku yg dh sakit dr semalam ni berdiri menunggu giliran utk bayar.Orang tak ramai, tapi barang2 yang dibeli tu yg ramainya heheh manalah tak lama beratur.Lebih kurang dlm 15 minit, barulah dpt bayar.Kaki pun melangkah keluar.Hujan masih belum berhenti.Aku dan anak buah main redah je!
Destinasi seterusnya...stesyen rumahlah heheh mana lagi BUKIT ANTARABANGSA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP