Thursday, October 9, 2008

Menulis terus menulis

Dalam sehari kalau tak menulis rasa janggal sangat.Dah nama pun penulis, kalau tak menulis, menulis dan menulis apa aku nak makan.Bukan ke aku dah pilih nak jadi penulis sepenuh masa, kenalah menulis.Kadang-kala sakit dan pening jugak kepala aku ni nak cari idea hehehe kalau tak dapat idea atau tengah kering idea aku akan pergi berjalan-jalan, membaca ke atau keluar dari bilik sekejap tengok apa yang berlaku di sekeliling aku.Aku ni kalau dah duduk depan komputer dunia luar aku tak pandang dah.Itu belum kira soal makan minum lagi tu, memang payah sangatlah nak suruh aku keluar makan sedangkan pada masa tu aku tengah sibuk menaip sesuatu di depan komputer.Jangan harap aku akan keluar bilik hehehe bahaya tu kalau diamalkan selalu.

Oklah! aku nak semua baca cerpen aku yang dah tersiar di Mingguan Wasilah (promo sikit! hehe).Idea tu datang tiba-tiba sebab watak yang dalam cerpen tu pun tiba-tiba je call aku setelah menghilangkan diri dan senyap sunyi tanpa khabar berita.Agaknya dia dah lama tak baca akhbar hehe aku gurau je Pn Jah ye! jgn marah pulak.Kita masih dlm mood beraya ni tak baik mrh2 hehehe pandailah aku!huhu

Ops! sebelum aku chow, aku tahu cerpen aku ni tak sebagus mana tapi sekurang-kurangnya tersiar juga hehe Insya Allah aku akan perbaikkan lagi cerpen aku di masa akan datang.Doakan aku ye!

JAUH

Oleh:

Salbie S

Selepas dua minggu dia berkahwin itulah kali terakhir aku ber emel dengannya.Kalau sebelum berkahwin boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku dan dia berhubung melalui emel ataupun sms.Hanya dengan cara itu sahaja aku mampu lakukan, untuk menelefon jauh sekali kerana kekangan kewangan yang masih tidak stabil berbanding dengan dia yang punya jawatan yang tinggi.Walaupun sekejap dia menelefonku tapi aku tetap gembira.

Kini sudah masuk 3 bulan dia berkahwin, tiada khabar berita darinya.Aku hampa dan kecewa.Hati kecil ini mahu sahaja menghubunginya seperti dahulu, tiap kali papan kekunci komputer atau keypad telefon bimbit hendak ku tekan untuk menghantar emel atau sms, tiba-tiba ia menjad berat.Aku tidak faham kenapa.Adakah kerana dia sudah berkahwin dan punya keluarga sendiri maka aku tidak elok mengganggunya?.Kenapa aku berfikiran begitu?.Walaupun dia sudah berkahwin tidak semestinya aku tidak boleh menghubunginya lagi?.Tetapi kenapa tiap kali hendak ber emel atau ber sms dengannya aku menjadi berat hati?.Persoalan demi persoalan mula menerjah fikiranku.Akhirnya aku biarkan sahaja ia berlalu pergi tanpa mengingatinya lagi.Walaupun jauh di sudut hati aku terlalu merindui persahabatan kami tapi apakan daya takdir telah menentukan aku tak dapat berhubung dengannya.

Aku tahu dia kini bahagia bersama suaminya.Setelah dua minggu berkahwin aku mendapat emel daripada dia menyatakan hidupnya ceria dan gembira.Aku turut berasa gembira bila dia menceritakan tentang kehidupannya kini.Kehidupan setelah berumahtangga.Katanya lagi, dia meminta aku segera berkahwin.Aku tergelak membaca emelnya itu.Bagaimana hendak berkahwin , kekasih pun tidak ada.Dia membalas, katanya aku terlalu memilih.Sekali lagi aku tergelak besar.Dia menuduh aku begitu, pada hakikatnya aku bukanlah jenis yang memilih Cuma jodohku belum sampai.Aku hanya mampu berdoa siang dan malam agar Tuhan memberikan jodoh untuk diriku.

Pengakhir cerpen yang ku tulis semalam aku cuba langsaikan.Usai sembahyang maghrib, aku masuk ke dalam bilik dan mengunci dari dalam.Hampir sejam masa berlalu, azan Isyak pula berkumandang.Aku berhenti menaip dan komputer kututup seketika.Aku mulakan semula kerjaku yang tertangguh tadi sesudah usai bersembahyang dan menikmati makan malam.

Jam di dinding sudah menunjukkan ke jam 9.09 malam.Aku tetap meneruskan kerjaku dengan tenang tanpa gangguan daripada sesiapa.Dalam leka aku membuat kerja, tiba-tiba sahaja telefon bimbitku berbunyi.Aku berhenti menaip dan mengambil telefon bimbitku yang diletakkan di atas meja belajar.Melihat sahaja nombor yang tertera di skrin aku mengerutkan dahi dan menggaru-garukan kepalaku yang tidak gatal.Nombor yang tertulis 0309 yang tertera di skrin tidak pernah aku terima sebelum ini.Setahu aku nombor telefon yang terdapat di Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai tujuh atau lapan angka.Siapa agaknya yang menelefonku?.Dari mana pula panggilan itu dibuat?.Aku tertanya-tanya sendiri.Panggilan yang berdering-dering itu ku angkat juga.Rasa ingin tahu mula membuak-buak.

"Assalamua...lai...kum." sapa suara di hujung talian yang tersekat-sekat itu.Bunyinya agak jauh.Aku sendiri tidak pasti siapakah pemanggil tersebut.

Segera aku menjawab salam tersebut.

Masing-masing terdiam.

"Cik Som." panggil suara itu lagi

Aku tergelak kuat.Suara di hujung talian turut tergelak.Tahulah aku siapa pemanggilnya.Hanya dia yang memanggil aku dengan panggilan itu.Sudah sekian lama kami tidak berhubung, jangankan menelefon, ber emel atau ber sms juga makin jauh.Sudah puas aku mengirim emel kepadanya, tetapi hampa, alamat emelnya tidak sampai kepada penerima.Aku buntu, apa cara lagi selain itu semua yang dapat aku lakukan.Akhirnya rindu pada dia aku pendamkan sahaja.

"Apa khabar?." soalnya mesra.

"Sihat Alhamdulillah."

"Tengah buat apa?." saolnya tetap mesra.

"Buat kerja depan komputer."

"Mana you menghilang?." tanyaku separuh menjerit.

Dia tergelak.

"I kat Amerika." jawabnya.

Aku tak percaya.Benarkah dia berada di sana atau sengaja mahu bercanda?.

"You cakaplah betul-betul, mana you menghilang selama ini?." soalku semula kerana tidak berpuas hati dengan jawapannya.

"Betullah I di Amerika.Cuba you tengok nombor tu?."

Tanpa banyak bicara, aku melihat semula nombor tersebut.Betullah, kalau dia berada di Malaysia pastilah nombor yang tertera mempunyai kod kawasan dan seterusnya diikuti pula dengan 7 atau 8 angka.Walaupun sememangnya dia suka bergurau tapi kali ini dia tidak bergurau, dan kini berada jauh meninggalkan aku dan bumi Malaysia.

"Bila you pergi?.Buat apa di sana ?.Berapa lama?." soalku berbakul-bakul.

"I pergi 28 Mei lepas, naik di KLIA.Kapal terbang pagi."

Aku terkejut mendengar jawapannya.

"You hantar mak pergi umrah ke?." soal dia pula.

"Iya!" aku mengiyakan pertanyaan dia.

"Oh! kebetulan pula.Tapi sayang tak dapat berjumpa."

Tepat jam 5.10 petang, aku dan juga sanak saudara tiba di KLIA kerana menghantar emak, kakak, abang ipar, anak saudara dan saudara mara sebelah abang ipar untuk mengerjakan umrah di tanah suci.Berjam-jam juga aku di KLIA kerana mereka menaiki kapal terbang hanya pada jam 9.15 malam.Mahu atau tidak, penat atau tidak, terpaksa juga.

"Laa...nasib kita tak baiklah ni!."

"Kenapa you tak telefon I awal-awal?." tanyaku sedikit hampa.

"I hubungi telefon bimbit you berkali-kali tapi tak dapat.Telefon rumah pula tak ada siapa yang menjawab."

"I dah pergi KL." jawabku ringkas.

"You pergi sana atas tujuan apa?."

"Ikut suami I kerja kat sini."

"Berapa lama?."

"3 tahun."

"Nanti you kirimlah gambar ye!." pinta dia.

Aku dengan yakin sekali berkata, " selepas I siapkan kerja-kerja penulisan, I terus hantar emel kat you ok!.”

“You jaga diri di tempat orang ye!.” Kataku pada dia.

“You juga.Kirim salam pada keluarga you.Assalamualaikum.”

Setelah salam bersambut, aku mematikan talian.Aku tersenyum sendirian.Entah mengapa senyuman itu kulemparkan aku sendiri tidak mengerti.Mungkin juga terkenangkan persahabatan kami atau juga teringatkan dirinya yang sepi setelah segala cara untuk menghubunginya menemui jalan mati.Aku bersyukur kepada Tuhan, kalau tanpa izin_Nya tak mungkin dia akan menghubungiku..Aku bersyukur tak terhingga.Setelah selesai cerpen kutulis, aku panjatkan kesyukuran pada_Nya.Seperti yang telah kujanjikan pada dia, mahu menghantar emel kepadanya.Apa sahaja yang terlintas di fikiran, aku ceritakan kepada dia.Adakalanya aku ketawa sendirian dengan apa yang kutulis kepadanya.Setelah hampir sejam, aku terus menghantar emel tersebut kepadanya.Aku berharap agar dia segera membalas emelku itu.

Hari berlalu meninggalkan aku bersama kenangan yang terindah.Andai ada rezekiku dan ada keizinan dari Yang Esa, aku mahu bertemu dia di sana.Memang agak lama aku dan dia tidak bertemu.Sejak berhenti kerja 5 tahun lepas, aku tidak lagi bertemu dengan dia.Ketika dia melangsungkan perkahwinannya aku juga tidak berkesempatan menghadirkan diri kerana pada hari yang sama kakak sulungku membuat kenduri kesyukuran.Aku rasa terkilan tapi apakan daya keluarga harus diutamakan dulu.Aku sudah memberitahu dia tentang perkara itu melalui sms, tapi dia tidak berkata apa-apa.Aku sendiri tidak tahu apa sebabnya, marahkah atau terlupa untuk menjawabnya.Pada fikiranku, mungkin dia terlupa.Aku sudah masak benar dengan sikap pelupa dia.Tapi aku tidak menyalahkan dia, mungkin dia benar-benar terlupa.Apa yang pasti dia tidak marah pada aku, itu sudah mencukupi.

Memang agak lama aku dan dia tidak bertemu.kami hanya berhubung melalui sms sahaja.Walaupun begitu kami tetap rapat.Kami bertambah rapat lagi setelah aku mengetahui dia mempunyai bakat dalam bidang penulisan.Sejak daripada itu, aku sentiasa mendorong dia agar bakat yang dikurniakan oleh Yang Esa jangan disia-siakan.Sebagai sahabat, dia mendengar nasihatku.Aku pula tidak lokek memberikan dia tip-tip yang berguna yang boleh digunakan sebagai panduan penulisan.Walaupun aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang penulisan tapi sedikit sebanyak ilmu yang kuperolehi ketika menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka atau juga penerbit buku swasta, aku kongsi bersama dia.Pernah aku melihat sajak-sajak dia tersiar di akhbar dan majalah.Aku bangga dengan usaha yang dilakukannya.

Lewat balasan emel yang aku terima daripadanya 3 hari lepas, dia mengatakan bahawa dia mendapat tawaran menulis skrip drama pula.Itu rezeki dia.Aku turut berasa seronok dan gembira.Banyak juga cerita yang ditulis dalam emel tersebut.Yang nyata, aku puas membaca emel daripada dia.Aku berjanji kepada dia, andai ada rezeki aku mahu ke sana, melawat dia dan pada masa yang sama melihat bumi orang.Aku tahu dia pasti gembira mendengar khabar itu.Hingga ke hari ini, rinduku pada dia terlerai jua dan kami sudah berjanji akan berhubung melalui emel sahaja.Dia melarang keras aku menghantar sms kepadanya, kerana kosnya agak mahal.

Sudah 13 belas hari dia di sana , aku tetap mendapat emel daripadanya dan aku doakan agar hubungan kami tidak terputus lagi.Walaupun dia jauh, tapi ingatan persahabatan aku dan dia tidak jauh.Kata orang biarlah jauh di mata tapi dekat di hati.

1 comments:

defina June 29, 2009 at 12:26 PM  

kak bie, pn jah pesan kat cik som, nnt dia balik msia nak mintak cik som blanjer coz crite ni dah tersiar...hehehe...

pn jah pun sayang persahabatan dia ngan cik som...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP