Monday, June 29, 2009

140:AL KISAHNYA...

Salam

Hari ni aku nak update pasal kisah minggu lepas:

Photobucket

Apa yang bagusnya? Hehehe Bukan bagus, tapi syukur Alhamdulillah. Mss nvl remaja aku diluluskan dan sesuai untuk diterbitkan. Baguslah tu kan.

Dan Sebenarnya;


hjjk

Hari semalam, mss Novel Dewasa aku ditolak mentah-mentah hihihi yalah tu! suka main-main tau! hihihi Aik...org akan sedih kalau ditolak, tapi aku sebaliknya pulak.Hihihi sebenarnya mmg aku suka sangat kalau ditolak sbb aku dh tahu kenapa aku suka bila ditolak mss aku tu. Tak perlulah aku jelaskan sebabnya. Aku tak mahu memburukkan orang. Aku terima segalanya dengan hati yang terbuka. Teruk dan bagus.



pnlis



Walauapapun, aku tetap aku, mahu teruskan perjuangan dalam bidang penulisan. Aku sanggup hadapi cabaran yang mendatang.




~STRESSED IS DESSERTS~hihihi best betul3 bila stressed. Lepas stressed blh mkn desserts. Korang faham tak ni. Baiklah! hihihi aku akan bagitahu, mungkin ada yg dh tahu kot. Maksud aku perkataan STRESSED kalau dieja terbalik akan jadi DESSERTS betul tak?. Yalah...stressed itu pd sesetengah org menyakitkan, menyusahkan, memeritkan dan pahit. Tapi pd aku sebaliknya, aku stressed sbb blh buatkan aku menjadi aku. Banyak fikir, kurang mkn, byk merenung diri. Bukankah selepas mengalami kepahitan kita akan merasa kemanisannya. So STRESSED IS DESSERTS itu betul sekali hihihi

Read more...

Sunday, June 28, 2009

139:SAMPAI SYURGA~FAIZAL TAHIR

Inilah update aku hari ni. Kak LizaBujang suruh aku update blog, maka inilah hasilnya hihih masa tgh YM dgn akk, lagu ni yg saya asyik pasang berulang kali kak. Entahlah nape...kepala ni rasa mcm2 rasa lah pulak. Aduh...
Part lirik yg saya suka, masa ni:

"AKU LEMAH TANPA KAMU
KU INGINMU DAMPINGIKU
AKU FAHAMI AKU BKN TERBAIK UTK DIRIMU
SAMPAI SYURGA KU MENUNGGU
SAMPAI SYURGA KU CINTAMU
HANYA SATU...
HANYA KAMU..."
Kenapa dan apa yg ada pd lirik tu hingga aku jadi tak bermaya karin. Aduhai...nape ya?Hah...apa kata kalau aku ubah lirik jadi camni,"AKU KUAT TANPA KAMU..." hihiihi bahaya gak. Kang tak pasal2 aku jd kuat makan, kuat buat kerja tanpa mkn, kuat fikir, kuat mcm2 kuatlah. Doakn yg baik2 jelah kan hihi...
Oklah...zasss, layannn...


Read more...

Monday, June 22, 2009

138:SEDANG MENGUNYAH

nvl
Aku tgh membaca sambil duduk di tengah kerusi hahahah membaca novel adik manis ni!. Yalah...mmglah manis sbb suka sgt minum MILO campur dgn susu manis, mau dia tak manis hahahahah
Aku coba dan coba...tapi bkn cobaaan tau nk hbskan baca nvl ni secepat kilat itupn kalau hari tak mengguruh hahaha...tak sabar rasanya hihihihi
To Adra, tunggu...
Adra balas...Baiklah!hahahaha
22 JUN 2009~Hr jadi ank buah aku hari ni, Sufi Nur Ardini Azmi, genaplah usiamu 6 thn. Budak yg nakal, mulut mcm org tua, byk btl tanya itu ini, bijak, terang hati dan yg plg best...kalau aku naik angin dgn dia...snng je nk sakat, sbt je ivaaaaa...hantu hehehe sureheboh dia trdiam hahaha
To Sufi...Hepi Meal Birthday to U. Dh, smlm acik dh bagi duit, jgn mintak apa2 lagi...minta maaf blh..hahahah

Read more...

Friday, June 19, 2009

137:AWARD DARI PAK PENABAHARI

hj

Photobucket
Anugerah persahabatan di atas saya terima daripada seorang orang dewasa yg saya panggil PAK sbb dh anggap mcm abah sndiri. Dan Sebenarnya... saya rasa begitu terharu atas pemberian ini. Dan sebenarnya...saya hanya dapat ucapkan berbanyak terima kasih buat PAK , kerana mengingati saya. Mengikut apa yang disarankan saya perlu ambil langkah-langkah berikut untuk melaksanakan penerimaan anugerah ini:

1.Poskan gambar anugerah di blog~telah disempurnakan

2.Sebutkan siapa yang memberi anugerah ini dan sertakan pautan blog pemberi anugerah~
Pak Penabahari: http://pharo7a.blogspot.com/

3.Beri anugerah ini kepada lima orang sahabat
1.Adra
2.Kak Seri
3.Antie Zie
4.Kak Sarnia
5.Nora Isa

4. kunjungi blognya dan beritahu dia ada anugerah untuknya~Baiklah~hahaha

5. Lakukan perkara yang sama ( bagi penerima anugerah)

Sekali lagi, terima kasih PAK atas pemberian yang amat bermakna ini. Sungguhku terharu biru dibuatnya.Hukhukhuk...

Read more...

Sunday, June 14, 2009

136:"KIAN DAN SEKIAN"

Saya tunaikan permintaan Kak Azah Khalida yg berada di Kuala Terengganu yang meminta dibacakan sajak yg bertajuk "Kian dan Sekian"...kahkahkah mcm DJ lah plak...mcm2 aku ni...hihihihi

Akk AK nak baca sajak "Kian dan Sekian" yg prnh tersiar di Majalah Dewan Sastera (DBP)~Sisipan Tunas Cipta Mei 2007. Aduh kak...segan sebenarnya sbb sajak tu taklah bagus sangat pun, tapi boleh plak tersiar gitu. Yalah...saya bdk baru belajar kak, bukan mahir sgt pun. Nak menulis pun masih terkial-kial. Heheheh udah rejeki saya kok! Yalah...tersiar dlm bulan Mei, bulan tu adalah bulan hari jadi saya. Alhamdulillah.
Ups! tajuk asalnya "Kian dan Sekiannya" tapi editor dh ubah jadi "Kian dan Sekian". Nasib baiklah tak di kian dan sekiannya ke dalam tong sampah sbb sajak yg tak puitis tp petis tu huhuhuhuhuhuhu

KIAN DAN SEKIAN
Dia menanti tiba saat utk berundur
dari masa silam yang menyesakkan nafas hidup
kais pagi makan pagi kais petang makan petang
penuh kehibaan.
Zaman kini kian rakus dalam arus kemodenan
mengejar harta terburu-buru
dia jemu dan buntu.
Lantas dia berusaha
siang ke malam bekerja tanpa sudah
menutup lubang kemiskinan yang sempit dan
curam penuh liku.
Kisah manusia tak kenal putus asa
kini, dia menuju puncak
punya kereta mewah, rumah besar dan wang berjuta
makin lama kian dia berjaya
harga diri entah ke mana
keangkuhan
ketamakan yang menggila
kian takbur
kian lupa diri
dan sekian lama menanti
aku bertanya diri sendri
bilakah kewarasan itu wujud kembali?
Sekian...hehehehe

Sebenarnya sajak ni terhasil dan berbuah bila teringat kat seorg artis tu...tak payah sebutlah sbb saya tak minat pun dia, saya minat nk mengutuk dia je hahahhaa gurau je!...Kesian itu anak...

Ok...diharapkan Akk AK berpuas hati dgn permintaannya itu. Sekian sahaja...hihihihi

Read more...

Saturday, June 13, 2009

135:ILUViSLAM

hgf

~Kelibat kita langsung tidak kelihatan. Namun mengapa kita masih sombong dengan Tuhan?~

Read more...

134:PULAU MEMULAU

Heheh dan sebenarnya...ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu? Hisy...senyuman siapa pulak ni? hehehe Bukan senyuman sesiapa pun, senyuman panggilan pulau je hehhe

Eh! ayat di atas takde kaitan langsung dengan kes pulau memulaukn org ni hehhehe

Dan sebenarnya...aku nk sgt pergi bercuti ke pulau.Rasanya dh lama sgt tak pergi bercuti-cuti kat pulau.

Bilalah agaknya dpt pergi ke--->>> ( sila sambil duduk bersila lihat gmbr di bwh hihihi)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Read more...

133:HITAM ITU MENAWAN

Photobucket

Hitam boleh ditakrifkan sebagai kesan penglihatan yang dialami sewaktu tiada cahaya nampak tiba di mata. Oleh itu, hitam ialah lawan putih yang merupakan kesan yang dihasilkan oleh mana-mana satu gabungan cahaya warna yang sama-sama merangsangkan ketiga-tiga jenis reseptor lihat yang peka warna.
Pigmen-pigmen yang menyerap tanpa memantulkan cahaya balik ke mata "kelihatan hitam". Bagaimanapun, pigmen hitam boleh dihasilkan daripada gabungan pelbagai pigmen yang bersama-sama menyerapkan kesemua warna. Jika ketiga-tiga pigmen warna dasar dicampurkan dengan jumlah yang sesuai, hasilnya akan memantulkan amat sedikit cahaya supaya boleh dikira sebagai "hitam".
(COPY DR WIKIPEDIA BAHASA MELAYU)


Hitam berkilat : warna hitam yg berkilat
Hitam legam (pekat) : warna yang sangat hitam
Hitam manis : warna hitam kemerah-merahan
Hitam tampuk manggis : hitam seperti kulit buah manggis
Hitam usam : hitam yg tidak berseri (kotor)
Hitam itu menawan

Aku mmg suka sgt dengan warna hitam. Apa yg menariknya dengan warna hitam ni?. Hisy...kalau pakai apa2 pun mmg kena je dgn warna hitam ni, kan?

Peribahasa bahasa Melayu
Hitam-hitam gula Jawa ialah peribahasa bahasa Melayu yang bermaksud: Sungguhpun hitam tetapi manis dipandang.
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih: Jangan disangka sesuatu yang buruk itu selamanya kurang harganya, malahan yang cantik itu adakalanya kurang berharga.
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya: Orang dalam percintaan tidak mudah dipisahkan.

Apa-apapun, HITAM itu menawan.

Read more...

132:MERAPU KERAPU KERABU GARPU?HEHE

Ingtkn nk smbung citer merapu kita tapi tak jadi plak sbb....sbb hari ni kita tak mkn ikan kerapu mahupun kerabu dgn garpu hahahha kalau mkn, haruslah kita sambung citer merapu tu! hehehe

Hari ni best, syukur Alhamdulillah, sbb pergi makan kenduri di rumah kakak sulung kita. Means kita off day masak dan off line jugak hahahahhaha apa2 aje di tv3.

Apa ya?. Hmmm...itu ajelah kisah kita.Dah...panggil yg lain pulak heheheh (mcm dialog pilim P Ramlee daaa...hehehe)

Photobucket




Photobucket




Photobucket

Read more...

Friday, June 12, 2009

131:MERAPU AJE...

KISAH INI ADALAH SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA(AKU YG SUKA BERDONGENG DAN BERFANTASI). SUKA-SUKA SAJA. TAK ADA KENA MENGENA DGN ORG LAIN KECUALI AKU DAN ORG BRKENAAN. (Sebuah cerita dongengan semata-mata. Sbt psl mata, teringin pulak nk mkn telur goreng mata kerbau hehe kalau tk dpt mata kerbau, mata adra pn ok jerk!hahaha sakat menyakat mmbawa berkat)
Walaupun suami isteri, tapi si suami suka menyakat si isteri. Mereka duduk di bilik bersebelahan. Masing-masing menggunakan komputer riba sendiri sambil meribanya.Hahaha
Begitulah setiap hari, lps mkn malam dan bersolat isyak, si suami akan terperuk dalam bilik dan tak suka diganggu kecuali
dia mengganggu isterinya dengan YM. Biarkan YM Bersuara nakal.
Ammar dh sedia nk ber YM dgn Adra. Bukak je YM, di tepi nama Adra ada tertls~a yokatta ne . Apa lg, Ammar yg dh mmg suka menyakat mulalah mengambil peluang.


Ammar (21:10) : Hai sayang. Apa khbr? Hahaha
Adra (21:11) : muahaha
Ammar (21:13) : msk yolk ek?
Adra (213:13) : hahaha
Adra(21:13) : Abg ni
Adra(21:13) : a yokatta ne
Adra (13:13) : tu bagusnya!
Ammar (21:15) : Apa? Apa yg bagus? Siapa yg bagus?.
Ammar dh mula nak naik angin. Ammar gelakkan Adra yang sudah pasti kebingungan dgn soalan yg berbunyi marah tu!.
Adra (21:16) : 'ni kes nak menyakat bini lah ni,' bisik adra dlm hati
Adra (21:16) : suaminya ni memang nk kena ni
Adra (21:16) : "abang, abang ni janganlah perasan. sy tgh ckp di telefon ni,"
Adra (21:16) : lalu adra pun gelak guling- guling.
Ammar (21:18) : "Klu dh ckp di telefon, knapa pndg muka abg? . Awk samakn abg dgn muka telefon ya? " marah Ammar. Adra yang sdg berguling- guling tiba2 bgn.Kmdian berguling smula.
Adra (21:18) : "ha ah. ada lah iras2 sikit" Adra gelak lagi. Puas hati dapat kenakan suami yang suka menyakat.

~sambung merapu~

Read more...

130:CUTI SEKOLAH

cUTI SEKOlaH...

eMMM..aLAHAI Anak2 buahku...melayan kerenah korang, buatkan acik pening dan lemas. Korang ni mmg banyak betul songeh dan adakala membuatkan acik sakit hati, geram, marah dan hilang sabar dgn perangai masing2 yg pelbagai perisa tu hehehehehe
Walaupun bgitu, kehadiran korang menceriakn suasana. Acik marah2 pn sbb korang tak dgr kata, degil, keras hati, kepala batu dan sewaktu dgnnya. Dan sebenarnya...acik mrh2 syg je, bukan marah sungguh2 pun. Acik nk mengajar korang je supaya jadi manusia sikit.
Korang ni, kan...bila nak main game di PC mulalah mcm2 kerenah. Suka sgt berebut-rebut. Acik mrhlah. Yg itu menangis, yg ini mengacau bila yg ni tgh syok main. Yg itu merengek-rengek nk pulak main. ADuh...aciik naik pening tau!. KOrang ni...
Dan...yg makan hatinya akulah, heheheh byk keje trtangguh. Tapi...aku tak kisah. Biarlah. Aku blh kejar masa kemudian bila korang dh blk. Kdg kala aku gertak jugak diorg. Asyik2 wat keje tak berfaedah, main game main game je...cubalah cari maklumat ke pulak?. Tapi...yalah, dh budak2 degil, mau diorg nk dgr. Korang ni takut bila...acik naik angin (mcm Ammar heheheh). Masa tu baru muka masing2 takut. Dan...acik snyum sndiri bila korang jd takut mcm tu! Haha dlm hati, rasakan. Korang jgn main2.
Oklah...cuti sekolah tgl 2 hr je lagi. Lps ni korang dh takde, masing2 balik rumah sndiri. Korang tglkn kenangan je nanti dan acik pun akan senyum sorg2 di dpn PC mengingati kenakalan korang semua yg mcm2 perangai tu!.
(sebahagian je ni...ada lagi...tak muat kolum hahaha
Yg kecik2 lg berderet-deret dan mcm2 kerenahnya)
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Read more...

129:RUANG RINDU 11



Eee...rindunya? Pada siapa aku merindu? Hehehe aku pn tak tahu. Bila terlalu rindu, adakala mcm bosan pulak hehee Blh ke gitu? Mcm2 aku ni...Adakah aku mrindui watak gila2 Adra dan Ammar yang aku gubah tu?. Hisk...siapalah mereka berdua tu ya?. Aku pun tak tahu, jgn tnya lebih2. Hanya aku dan dia saja yg tahu. Haish...tiap2 mlm duk merapu dlm YM akhirnya terbit matahari eh! hehehe bkn terbit matahari la...terbit idea yg membuatkan aku tersenyum sndirian.Hisy...hisy...hisy

"Tak pernh ku ragu

dan slalu ku ingat

kerlingan matamu

dan sentuhan hangat

Ku saat itu takut

mencari makna

tumbuhkan rasa yg

sesakkan dada"

Hah! mmg sesak pun dada aku ni hehehe


Rindu pada kwn2 lama kot? Entah...haishhh...susah btl aku ni. Merindu tapi tak tahu pd siapa. Haishhhhh...

Zam zam ala kazam...salam

Hakhakhakhak

Read more...

Thursday, June 4, 2009

128:ME(LUKIS) , (TULIS) , (LALUT)

Kisah 1


Aku mmg suka melukis tp taklah cantik sgt mcm Pak Jaafar Taib tu atau kartunis2 lain. Aku suka lukis kartun sebenarnya...selain kartun, aku suka lukis potret...aku ni kalau melukis ikut mood jugak, kalau rasa nk mlukis, habis krtas A4 jadi mangsa huhhuhu
Kdg2 tu, bila dh siap lukis, aku bagi kat kwn2...FOC bkn suruh bayar pn, jgn takut ar hihii
Jadi, kalau rasa nk dapat hadiah lukisan yg buruk dr aku, cpt2 bagitahu, tawaran masih dibuka. Eh! kalau namanya tawaran jadi tawar lah ek?hehehe aku nk tkar TAWARAN jd MANISAN , blh tak?heheheheh suka hati je...hihihihi

Ini antara lukisan yg aku prnh lukis, aku dh tepek kat blog dolu... (Pd sesiapa yg suka & berminat, blhlh tempah skrg...hahaha tempah maut)



Photobucket
Photobucket
Kisah 2
Aduhai...mss aku masih tergantung. Entah bila nk siap. Aku rasa macam nk gi berenang kat laut cina selatan je cari ilham. Hah! gila apa? Cari ilham? AKu takut aku tak dpt ilham tp dpt tenggelam huhuu Mcm mana tu?
Aku doa, cptlah aku siapkan nvl ni!.
Dan sebenarnya...aku takdepengalaman mnlis nvl, tapi aku cabar diri sndiri je utk mnlis. Berani krn benar je!hehehe Takut krna salah. Kalau salah, blh betulkn. Kan?kan?kan? hehehe
Photobucket
Kisah 3
Kalau takde idea tls nvl, aku tls sajak pulak hehehe senang cerita. Seblm tls cerpen, aku mulakn dgn mnlis sajak. Erm...kadang kala, sajak jadi tajak hahaha Mulalah nak edit itu ini. Kalau time aku ok...dlm satu hari 2 @3 buah sajak aku blh siapkan. Alhamdulillah. Aku bersyukur dgn bakat yang DIA kurniakan pada aku. Bila dh start mnlis, mulalah nk mnlis je sampaikn makanminum pun terabai...Hisy! hisy! hisy...
Kisah 4
Aku suka melalut. Erm...yalah tu kot? huhuhu
Dh pagi ni, kalau ada yg tak tdr lg, best gak melalut. Tadi aku dh melalut dgn azRIN...alahai...esk dia nk ke IPOH. Kat sapalah aku nak jamming melalut ek?
Oklah...jom me(lukis, tulis dan lalut) hihihi
S-saya
A-akan
L-lebih
A-ambil
M-masa
siapkan mss hukhukhuk

Read more...

127:SERBA SALAH ???

Erm...serba salah. Pening lalat aku dibuatnya. Naik angin ribut taufan kelam kelibut aku kang, susah org. Aku malas nak ckp byk, sekali angin aku dtg, so...jgn menyesal. Lbh baik jari tu tunjuk kat diri sendiri daripada asyik tuding kat org je!.

Buat itu salah, buat ini salah. Semuanya serba salah.
Ckp salah, tak ckp salah juga. Semuanya serba salah.
Tegur salah, tak tegur salah juga. Semuanya serba salah.
Diam salah, tak diam salah juga. Semuanya serba salah.
Jalan2 salah, tak jalan2 salah juga. Semuanya serba salah.
Makan salah, tak makan salah juga. Semuanya serba salah.
Tolong salah, tak tolong salah juga. Semuanya serba salah.
Kawan salah, tak kawan salah juga. Semuanya serba salah.
Marah salah, tak marah salah juga. Semuanya serba salah.
Tanya salah, tak tanya salah juga. Semuanya serba salah.

Hah! Bak kata, apa yang aku buat semuanya serba salah. Batas sabar aku yg serendah pokok renek tu aku dah cantas, yg ada sekrg...adalah batas sabar setinggi lalang atau KLCC.

Siapa yang harus dipersalahkan?. Ermmm...bukan salah ibu mengandung.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP