Saturday, June 13, 2009

133:HITAM ITU MENAWAN

Photobucket

Hitam boleh ditakrifkan sebagai kesan penglihatan yang dialami sewaktu tiada cahaya nampak tiba di mata. Oleh itu, hitam ialah lawan putih yang merupakan kesan yang dihasilkan oleh mana-mana satu gabungan cahaya warna yang sama-sama merangsangkan ketiga-tiga jenis reseptor lihat yang peka warna.
Pigmen-pigmen yang menyerap tanpa memantulkan cahaya balik ke mata "kelihatan hitam". Bagaimanapun, pigmen hitam boleh dihasilkan daripada gabungan pelbagai pigmen yang bersama-sama menyerapkan kesemua warna. Jika ketiga-tiga pigmen warna dasar dicampurkan dengan jumlah yang sesuai, hasilnya akan memantulkan amat sedikit cahaya supaya boleh dikira sebagai "hitam".
(COPY DR WIKIPEDIA BAHASA MELAYU)


Hitam berkilat : warna hitam yg berkilat
Hitam legam (pekat) : warna yang sangat hitam
Hitam manis : warna hitam kemerah-merahan
Hitam tampuk manggis : hitam seperti kulit buah manggis
Hitam usam : hitam yg tidak berseri (kotor)
Hitam itu menawan

Aku mmg suka sgt dengan warna hitam. Apa yg menariknya dengan warna hitam ni?. Hisy...kalau pakai apa2 pun mmg kena je dgn warna hitam ni, kan?

Peribahasa bahasa Melayu
Hitam-hitam gula Jawa ialah peribahasa bahasa Melayu yang bermaksud: Sungguhpun hitam tetapi manis dipandang.
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih: Jangan disangka sesuatu yang buruk itu selamanya kurang harganya, malahan yang cantik itu adakalanya kurang berharga.
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya: Orang dalam percintaan tidak mudah dipisahkan.

Apa-apapun, HITAM itu menawan.

2 comments:

djND June 16, 2009 at 4:58 PM  

pink itu lagi menawan..hahaha..hola..

Bie'z June 18, 2009 at 4:12 AM  

Yalah tu ND,Lala...hihihi pink?eee mcm pompuan.Tp awk mmg suits la dgn warna tu, macho hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP