Sunday, June 14, 2009

136:"KIAN DAN SEKIAN"

Saya tunaikan permintaan Kak Azah Khalida yg berada di Kuala Terengganu yang meminta dibacakan sajak yg bertajuk "Kian dan Sekian"...kahkahkah mcm DJ lah plak...mcm2 aku ni...hihihihi

Akk AK nak baca sajak "Kian dan Sekian" yg prnh tersiar di Majalah Dewan Sastera (DBP)~Sisipan Tunas Cipta Mei 2007. Aduh kak...segan sebenarnya sbb sajak tu taklah bagus sangat pun, tapi boleh plak tersiar gitu. Yalah...saya bdk baru belajar kak, bukan mahir sgt pun. Nak menulis pun masih terkial-kial. Heheheh udah rejeki saya kok! Yalah...tersiar dlm bulan Mei, bulan tu adalah bulan hari jadi saya. Alhamdulillah.
Ups! tajuk asalnya "Kian dan Sekiannya" tapi editor dh ubah jadi "Kian dan Sekian". Nasib baiklah tak di kian dan sekiannya ke dalam tong sampah sbb sajak yg tak puitis tp petis tu huhuhuhuhuhuhu

KIAN DAN SEKIAN
Dia menanti tiba saat utk berundur
dari masa silam yang menyesakkan nafas hidup
kais pagi makan pagi kais petang makan petang
penuh kehibaan.
Zaman kini kian rakus dalam arus kemodenan
mengejar harta terburu-buru
dia jemu dan buntu.
Lantas dia berusaha
siang ke malam bekerja tanpa sudah
menutup lubang kemiskinan yang sempit dan
curam penuh liku.
Kisah manusia tak kenal putus asa
kini, dia menuju puncak
punya kereta mewah, rumah besar dan wang berjuta
makin lama kian dia berjaya
harga diri entah ke mana
keangkuhan
ketamakan yang menggila
kian takbur
kian lupa diri
dan sekian lama menanti
aku bertanya diri sendri
bilakah kewarasan itu wujud kembali?
Sekian...hehehehe

Sebenarnya sajak ni terhasil dan berbuah bila teringat kat seorg artis tu...tak payah sebutlah sbb saya tak minat pun dia, saya minat nk mengutuk dia je hahahhaa gurau je!...Kesian itu anak...

Ok...diharapkan Akk AK berpuas hati dgn permintaannya itu. Sekian sahaja...hihihihi

6 comments:

Penabahari June 15, 2009 at 9:43 AM  

Nak Salbie,
Pak sukalah sajak nie.Nanti kalau birthday pak, Sal baca sajak buat pak pula ye...

Bie'z June 15, 2009 at 10:16 PM  

Kihkih aduhai, saja je tau! saya ni budak lagi pak, membaca pn masih pelat hahahaha Bila hr jadi pak tu ek?

aZaH kHaLiDa June 16, 2009 at 2:28 AM  

aduh, dik bie. kan sedap sajak kian dan sekian tu. sape cakap tak best? memang bes ape? akak memang sukakan sajak tu. dah tengok. dah baca. dah dengarpun bie bersajak. hmm, memang power gitu.
lepas ni, dah boleh berlari dlm bidang penulisan dah. bukan bertatih lagi. bukan budak baru belajar. budak dah mahir belajar gitu. he..he...

Fly June 16, 2009 at 8:01 AM  

waduh...x keruan gue kerana terkesima...

Bie'z June 18, 2009 at 4:16 AM  

Bro cer~Yalah syair, banyaklah ko hehhe

Kak AK~Best ya? tk la...pada akk best, pd saya yg mnlis biasa2 saja. Saja nk mengenakan si artis tu hakhakhak makhluk plg jht
Yalah kak, tk.InsyaAllah, saya akn bljr mnjadi bdk yg mahir itupn kalau akk yg ajarkn hihihi

Bro Fly~Hahahah yalah tu...tak keruan?ko mkn je ikan haruan hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP