Thursday, December 31, 2009

186:SELAMAT TAHUN BARU 2010

LOADING.........75%

LOADING.........100%

SELAMAT

TAHUN

BARU

2010
`````````````
`````````````
`````````````
`````````````
`````````````
`````````````
`````````````

Read more...

Thursday, December 17, 2009

185:SALAM MAAL HIJRAH 1431 H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

Tuesday, December 15, 2009

184:KUAH KACANG NASI HIMPIT







Makan nasi himpit dgn kuah kacang. Huh lama tak makan. Bila teringin je baru buat isy3
Kuah kacang is very much synonym with satay. Ewah tulis bhsa org putih beb agagrrrr buang tebiat ke ni?isy3

Semula semula......kuah kcg is very much synonym with satay but dalam kes aku ni kuah kcg is a must hoho a must tu...during festive seasons especially during hari raya. IT feels tak lengkap tanpa kuah kcg sbb di mana ada nasi himpit di situ mesti ada kuah kcg to eat along with rendang daging/ayam. Cmpur aduk bhsalah plak isy3....

Tgklah gmbar kat atas tu...hr ni rasa mcm nak makan lagi lah kuah kacang, eh makan kuah kacang plak...rasa nk mkn nasi himpit dgn kuah kacang huhu

Oklah....zasssss





Read more...

Monday, November 30, 2009

183:UPDATE UPDATE UPDATE






SALAM SEMUA



APA KHABAR? DIDOAKAN SEMUA SENTIASA BERADA DI BAWAH lindungan-NYA. Dah lama pulak tak update atau kemaskini rumah sendiri. isy3 apa nak jadi ni?

Oklah...malas nk tulis banyak. So, tengok jelah buku kat atas tu. Aku baru je beli. Isy3 seronok membaca ni, dapat ilmu. DUit habis untuk buku tak mengapa...

Ok....permisi dulu.





Read more...

Tuesday, November 10, 2009

182:ALHAMDULILLAH

SALAM SEMUA

DAH BRP HARI PULAK TAK UPDATE BLOG ISY3 ASYIK DUK BARING2 JE SAMBIL HBSKN MASA DGN MEMBACA, MERENUNG DIRI DAN BERFIKIR APA YG PATUT DIFIKIRKAN.

ALHAMDULILLAH,HR ISNIN DAPAT JUGA KE BANDAR WALAUPUN DALAM KEADAAN HUJAN LEBAT. SYUKURLAH. SEBAB DAH LAMA SUNGGUH TAK KELUAR KE MANA-MANA. ISY3

KALAU KELUAR KE BANDAR, TAK SAH KALAU TAK MASUK KEDAI BUKU. KALAU TAK MASUK, RASA MACAM LAIN MACAM SANGAT2 ISY3

AKU BELIKAN MAJALAH DEWAN PELAJAR UTK ANAK BUAH AKU, AKU PULAK TERGERAK HATI NAK BELEK MAJALAH PELITA BAHASA, AGAK LAMA JUGAKLAH TAK BELEK2 MAJALAH PB TU...SELALUNYA MAJALAH TUNAS CIPTA ATAU DEWAN SASTERA JE LAH YG AKU SUKA BELEK. DALAM DUK BELEK2 TU, TIBA2 TERNAMPAK NAMA SENDIRI TERUKIR DI BAHAGIAN 2,3 HELAI DARI BELAKANG. MEMANG STAIL AKU, KALAU BACA PAPER KE MAJALAH KE, MMG SUKA BUKAK BAHAGIAN BELAKANG DULU ISY3 MACAM2 YE!. ALHAMDULILLAH KELUAR SAJAK AKU YG AKU DAH HTR TAHUN LEPAS..ISY3 LAMBATNYA TERSIAR YE! INGATKAN DAH SELAMAT DLM BAKULSAMPAH. RUPANYA MASIH ADA YE, ALHAMDULILLAH...

NAK BACA KE SAJAK AKU YANG TAK SEBERAPA TU?. NAK..BAIKLAH KEJAP YE! AGAGAGA...

KALAU ADA SESIAPA NAK BAGI KOMEN, SILAKANLAH...

CERITA TEMAN TENTANG BAHASA
Kata sahabatku:
Aku bukan seorang pujangga
bukan juga seorang penulis
yang mampu mengukir bicara
dengan puitisnya bahasa.
Yang nyata aku tidak pandai
berbicara dalam lenggok bahasaku
kerana terlalu bangga berbahasa asing
menjadi pertuturanku sehari-hari
hingga lupa aku melayu
punya bahasa yang menjadi jati bangsaku.
Aku malu pada diriku sendiri
yang tak pernah kenal nahu dan tatabahasa
bahasa baku juga bahasa suku.
Balasku pula:
Matahari tersenyum di pagi hari
ceria tergambar menyinari bumi
berkembang bunga tanda riang di hati.
Tanah subur rahmat Ilahi
usah khuatir wahai sahabatku
andai bunga bahasa tak kau ketahui
belajarlah daripada gurumu
yang sering membaja ilmu
tanpa jemu.
Di situ kau tahu
taman ilmu
menyambut tetamu
tak mengira
warna kulit juga bangsamu.

Read more...

Friday, November 6, 2009

181:TERMENUNG PULAK...

SALAM SEMUA

BANGUN PAGI NI...LAMA AKU TERMENUNG KAT PC...ISY3 APA YANG AKU FIKIRKAN YA?ISY3 MCM2...ENTAHLAH...SEJAK AKHIR-AKHIR NI RASA PENAT BETUL OTAK NI...ISY3 MACAM2 BENDA NAK BUAT, TAPI...TAKUT APA YANG NAK DIBUAT TU TAK MENJADI, PENING JUGAK KEPALA AKU NI..

SEMALAM HUJAN TAK HENTI-HENTI, NAMUN...PAGI NI MATAHARI TERSENYUM BERSERI-SERI. CADANGNYA NAK KE BANDAR HARI INI, ENTAH JADI ENTAHKAN TIDAK...LAMA JUGA TAK KE BANDAR. LAMA JUGA TAK BELI BUKU

INSYAALLAH3X YOU'LL FIND YOUR WAY..BEST LAGU MAHER ZAIN NI..DENGARLAH YE...

OK....CUKUPLAH ITU SAJA...ASALKAN UPDATE YE TAK?AGAGAGA

Read more...

Thursday, November 5, 2009

180:HUJAN YG TURUN

Salam semua

Tgh buat apa semua? Masih tidurkah? isy3 bangun2...tahulah musim hujan sekarang,kalau baring2 atas katil memang beh woooo huhu Pagi tadi terjaga dalam pukul 3 pagi, hujan dah mula turun.HInggalah blog ini dibasahi (hihi), hujan masih belum berhenti. Kalau hujan terus turun tanpa henti, tak mustahil banjir akan berlaku. Isy3 Maka bersiap sedialah.

Photobucket

Perancangan selepas ini, dah beres buat kerja rumah...nak menulislah...Semalam berborak di YM dgn seorang penulis, wah semangat aku makin berkobar-kobar sampai ke Segamat hahaa Syok sangat berborak, setelah sekian lama melupakan dia...(bukan lupa tapi takde mood utk berborak hal2 menulis hihi) banyak pula yang diceritakan.Alhamdulillah...tak sia2 menegur dia di YM...rupanya ada cerita menarik yg dapat kami kongsikan bersama. Walaupun diri ini hanyalah penulis yang tak bernama penulis (hehe blhkan?) berbeza dengan dia yang sudah ada novel, diri ini tetap dilayan dengan baik. Yelah...kalau kita buat baik ,pasti baik jugalah balasannya. Ya, tak?

Dan...gambar dan kata2 di bawah ini membuatkan aku lebih menghargai erti sebuah persahabatan. Dan...isy3 tetiba rasa rindu pada dia mula membanjiri hatiku. Bila agaknya dapat berjumpa?. DAn...tetiba tekak teringin makan keropok lekor..isy3 apalah aku ni...lama betul tak makan tau!. Sabar jelah...

Photobucket

Oklah...malas nak panjang2 nanti diri ini juga yang pening. Hujan oh hujan...titis-titismu bernyanyi merdu, menyampaikan ada rindu membawa kepadaku...ewah...merepek pulak pagi2 ni...isy3

Salam...permisi dulu...

Read more...

Tuesday, November 3, 2009

179:KEMBALIKAN DAKU

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

APA KHABAR AGAKNYA ANDA DI LUAR SANA. DEN DI DALAM NI SHT ALHAMDULILLAH...

ISY...
ISY...
ISY...
HAHACUMMMMM TERBERSIN DIBUATNYA HEHE EH!MEMANG RASA NAK SELSEMA JE HIDUNG NI...

LAMA TAK KEMASKINI BLOG NI. AGAK-AGAK SENGET JUGA KEDUDUKANNYA HUHU...

KEMBALIKAN DAKU KE SINI...ALHAMDULILLAH SEKIAN LAMA MENYEPI,BUKAN KE MANA-MANA PUN,MEMANG SENGAJA NAK MENDIAMKAN DIRI BUAT SEKETIKA...MENULIS? BOLEHLAH SEADANYA...MEMBAJAK PENA MEMANG SERONOK...ISY3 HASILNYA NANTI DAPAT JUGA DIGUNAKAN UTK KE SESUATU TEMPAT YANG INDAH...INSYAALLAH

OKLAH...JAGA DIRI SEMUA...HARAP DAPAT BERSIARAN LAGI SECARA TERUS MENERUS ISY3...

SALAM...

Read more...

Sunday, October 4, 2009

178:NAK MENULIS

Photobucket

Kita suDAHpun melangkah masuk ke hari Isnin hari ni. CPt dan efisennya masa berlalu meninggalkan kita ek? hehehe ALhamdulillah, kita masih diberi nafas dan usia subsidi ini oleh Allah untuk terus bernyawa dan menikmati apa yang ada di muka bumi ini. Maka syukurilah...

HAri ni aku nak menulis je sampai letih kih3 Sebenarnya dah 2,3,4 hari aku semak cerpen aku ni. Naik lenguh mata. Hari ni insyaAllah aku hantar ke Tunas Cipta. Rasa macam dah hilang skill menulis cerpen sebab dah lama sungguh aku tak mnulis cerpen. Mulalah rasa terkebil-kebil bang bil bayar bil hahahaha Tapi walau apapun dugaan dan cabarannya, aku sanggup hadapi. Jangan putus angsa tau hahaha Aku ingat satu lirik lagu daripada kumpulan nasyid ni,,,tapi aku tak ingat nama kumpulan nasyid ni...Liriknya lbh kurang mcm ni,

"Ujian adalah tarbiah dari Allah..."

Ada siapa2 yang tahu tak?. Lagipun aku dah lama tak dgr lagu ni diputar dan menang (hahaha) ke udara. ATau...akukah yang terlepas?

Hari ini, memang aku nak menulis dan kalau dapat aku nak menulis 2 bab novel remaja yg dah lama terbengkalai. Isy...macam duduk dalam rumah terbengkalai pulak kihkih

Ok...salam semua. Aku perMISI dulu. Jaga diri semua.

jfty

Read more...

177:BACA APA LAGI?


Photobucket
Sinopsis Buku JILID 1
Novel ini menggambarkan masyarakat Tanah Melayu di sekitar tahun 1954-57 iaitu suasana hampir mencapai kemerdekaan. Penulis secara teliti menceritakan corak kehidupan lima golongan anggota masyarakat waktu itu; pentadbiran British, pejuang kemerdekaan, anggota tentera, rakyat jelata dan pengganas komunis. Novel ini juga mengimbas kembali suasana perjuangan menuntut kemerdekaan dan memaknakan kemerdekaan itu bagi bangsa dan tanah air."

(diambil dari laman sesawang Dawama

Photobucket
Sinopsis Buku JILID 2
Novel ini mengembangkan watak-watak utama iaitu Kazman, Izma dan Jasin. Kazman menghadapi pergolakan dan suka duka seorang remaja; Izma telah menjadi seorang dewasa yang matang dan bertanggungjawab dalam menempuhi hidup baru setelah kehilangan kekasih; Jasin telah mengubah corak hidupnya dan ini telah memberi kesan yang besar terhadap diri dan rumahtangga."

(diambil dari laman sesawang Dawama)

Mahar Asmara~EMIESHA NUR MK (rhythm publishing)

Mengisahkan seorang gadis bernama Arwani yg jatuh hati pd Harris Hakimi, jejaka yg dikenalinya menerusi emel. Namun dia hanya membiarkan perasaan itu terpendam di lubuk hati kerana takut dikecewakan...Apakah kesudahan cerita ini,sama2lah kita nantikan!)


Ok ya! itulah antara buku yang aku baca dan masih membaca walaupun adakalanya terlekalah juga hahaha

Pesan aku pada semua, rajin-rajinlah membaca. Org yang membaca luas pengetahuannya. Membaca itu jambatan besi ilmu hihii pandai2 je tambah sendiri...inilah akibatnya kuat membaca. Ewahhhhh...

Kalau malas membaca buku, bacalah papan tanda takpun baca diri sendiri...supaya anda semua tak sesat jalan dan hilang pedoman. Aku tahu mcm ada yg tak faham je...takpelah, lu pikirlah sendiri...daaaaaa


jfty

Read more...

Friday, October 2, 2009

176: BACA APA?

Photobucket



Sinopsis:
Anis, minatnya pada ikan hanya mengundang amarah mamanya. Namun, jauh di sudut hati, dia tahu mamanya amat menyayanginya. Papanya, Mak Cik Ayu dan teman-teman baiknya sentiasa menyokongnya. Peristiwa-peristiwa menarik menjadi kenangan terindah dalam hidupnya. Yang paling penting, tidak salah untuk minat dalam sesuatu perkara asalkan tahu batasannya serta tahu perkara yang diminati itu boleh memberi manfaat kepada diri. Dan... yang paling penting, minat perlu berdasarkan ilmu pengetahuan yang berguna, barulah minat akan menjadi impian dan impian membuahkan kejayaan.

(Di ambil drp blog KARNADYA)

`Alhamdulillah...aku dah habis baca buku kawan baik aku ni. Tak rugi beli sebab banyak info yg boleh kita dapat dan pelajari. Aku sendiri pun seronok baca SI BELANG ni...

Pada yg ada anak2 tu, aku syorkan anda beli. Memang berbaloi-baloi hehehe Eh! bukan sebab dia kawan baik aku maka aku puji lebih2 tp kenyataan seperti di papan kenyataan buku ni memang banyak memberi pengetahuan kepada kita semua. Soal buku hati tak boleh bohong hehehe (mcm iklanlah plak kan...tp aku tak sure iklan gapo gak kui3-Yie btl ke perkataan negeri ko tu?kih3)



Photobucket

Tun Lepat disumbat dalam tahanan?
Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di Istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah budaya dan pemikiran.Pokok bicara bukan sekadar jalan-jalan cari makan kita nanti, tetapi apa falsafah pada makanan itulah yang bermakna sekali. Tapi kenapa Tun Lepat ditangkap?

(Diambil dari blog iklan buku~sorry aku tak sempat ambik tahu td kah3)

~Aku tak hbs baca lagi. Hari raya org makan ketupat, sedangkan aku duk baring ats katil sambil kunyah ketupat cinta mamat ni. Aku mmg respek habis kat pengarang muda seperti FT ni. Aku galakkan beli, memang tak rugi. Oit...kata tak hbs baca lagi, tapi promote srh beli.Hehehehe...alah...aku yakin anda semua akan puas baca. Sebab, novel2 dia sebelum ni pun buatkan aku puas hati baca dan kena bukak minda luas2. Kena byk fikir oooo...

Buku terakhir yang aku sedang baca KOMPILASI DUA BUAH NOVEL CINTA...TIADA AKHIRNYA DAN DURI dari penulis hebat dan aku kagumi, Kak Fauziah Ashari.

Ok ya...kalau aku dah habis 'kunyah' KETUPAT CINTA DAN novel Kak Fauziah tu, aku tulis di entri akan datang. Eh! bila ntah agaknya akan datang tu ek? kih3 Tunggu jelah...tak sabar2...

Read more...

Sunday, September 27, 2009

175:MASIH BERAYA LAGI KE?

saLAM sEMUA...

Masih beraya ke? Rasa sunyi pulak bila kawan-kawan semua takde. Semua org pulang beraya di kampung, sdangkan aku setiap tahun beraya di bandar. Bosannya...

Tapi...biarlah asalkan beraya dan dapat duit raya kahkahkah apa pulak dapat duit raya, memberi atau menghulur adalah...nak bagi banyak2 tu tdklah, bagi setakat yang termampu dek poket aku je kihkihkih

Oklah...jom layan ni, bayangkan kalau pergi beraya macam ni...dari satu ke satu rumah...hehehehe

Get graphics at NackVision.com
Free images from NackVision

Read more...

174:TGK TU...

Get graphics at NackVision.com
Free images from NackVision

Read more...

Sunday, September 13, 2009

173:HARI NI NAK BUAT APA EK?

Apa aku nak buat hari ni ye? Senaraikan apa menu nak dimasak hari ni?.Hisy...hisy...takpayah kut sebab aku kan jenis suka main belasah je kalau nak masak. Tak ada senarai pun nak masak apa, masuk dapur tengok apa bahan2 yang ada, pastu terus belasah je apa yang aku rasa aku nak masak.
Kalau ikut menu aku, apa menu yang aku nak buat ialah menuLIS, menuMBUK, menuMIS kih3 ada2 je LAH kan...

Photobucket
Bila tgk gmbr kat atas, pokok berdaun UNGU, teruja aku dibuatnya. Mulalah timbul Kau Ilhamku Man Bai nak hasilkan sajak kih3 Moga terhasillah sajak tu dengan jayanya. Doakan aku ya kawan2...
Photobucket
Pastu aku memang gila kalau tgk ni. Hah...tgklah kat bawah ni, apa yang aku gilakan kih3
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Oklah...aku perMISI dulu. Salam

Read more...

Saturday, September 12, 2009

172:KAD RAYA DARI KAK IEDA

gg

Kad Raya Yang Cun ni datangnya daripada KAk Ieda Dari Kuantan. Eh! senegeri rupanya kah3 Bie, ko saja nk ngusik orang ek?. Apa-apapun terima kasih daun saderi ya kak, tahun depan bagi lagi tau! kah3 Bie, kenapa ko suka ngusik orang ni!. Nakal ko ek?. Kih3

Kak Ieda, sekali lagi terima kasih daun saderi tahun depan bagi lagi huhuu Di kesemptan ini saya nak ucapkan ampun dan maaf dari hujung tudung hingga ke hujung sandal ye kak kih3 Selamat berhari raya di samping keluarga terchenta. Berhati-hati sentiasa walau di mana jua akak berada.

Bie, ko ni kan...nape lah suka sangat nyakat org kih3

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ucapan ikhlas drp:

jfty

Read more...

Thursday, September 10, 2009

171:PANDANGLAH...JANGAN PANDANG BELAKANG HE3

Photobucket

PandangLAH dengan mata hati

pandang dan lihatLAH

semuanya dapat menembusi

tanpa sempadan.

Pandanglah dengan mata hati

dapat kau telusuri

sebuah destinasi hakiki.

Read more...

170:TAG DRP KAK SARNIA

Kak Sarnia, ni tag raya namanya...he3 Sempat lagi tu dalam sibuk2 nk beraya kena jawab tag...Baiklah kak, akan saya tunaikan permintaan akk itu...

Apakah soalan2nya :

1. Anda rasa anda Hot?

Kih3 agak2? Memang hot pun, mau tak Hot...Saya suka mkn makanan Hot (masakan panas he3), dgr Hot.fm kih3


2. Upload gambar kesukaan/kesayangan anda

fgghg


3. Kenapa anda suka/sayang dengan gambar ini?

Sebab ungu warna kesukaanku. Tak blh hdp tanpa UNGU sebab UNGU itu tandanya cemburu kah3 Ada2 je!. Tapikan kak, saya tak suka bunga tau...tapi kalau bunga angkasa yang akk bg kat saya dlm YM tu saya sukalah kih3

4. Bila kali terakhir anda tak puasa?

beberapa hari yg lalu lalang tanpa diundang huhuhu

5. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?

Makan nasi je kih3 Hisy..hisy..tdklah kak. Saya YM je...sambil dgr lagu

6. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?

Nama? Ntah...datin kot?kah3

7. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan...

aduhai...ni yg saya longgar lutut ni...sapa ek?Hah...dapat dah...kih3

1.R-Rah man..

2.A-Ab dul

3.H-Hus sein

4.M-Maha thir

5.A-Abdul LAH

6.N-Na jib

7.R-Ra him

Kui3 kah3 lengkap sudah 1tag 1Malaysia huhuhuu

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

169:JANGAN MERAPU...

FYT

Adui...apsal ketuk kepala aku pulak ni?. Apa salah aku wei? Hisy...kot ya pun tak suka dengan merapu aku ni, jgnLAH sampai ketuk kepala aku. Kepala aku ni nak guna lama tau...lebih2 lagi isi dlm kepala tu=OTAK hehe Hisy...tgk tu merapu je...siapa yg bilang aku merapu hah? bilang 123 cepat...merapukah aku?.

Makna MERAPU dlm kamus dewan edisi 4 = 3. Melakukan sesuatu (berkata-kata, berkelakuan, dll) dgn tdk menentu, merapik :jangan ~ sangat, cakap betul sedikit.

Aku no komen...tapi kata kawan aku, kalau dlm YM aku ni merapu yang tak merapu tapi merapu yang ada ilmu. Cth di bawah yang aku copy paste dlm YM td;

??:alah, merapu tp berilmu xpe ??: cthnya tgk kita dua merapu ??: ko prasan n ingt x ko prnh ckp dlm diri kita blh buat cerita ??: mcm mana ko blh nmpak ??: sbb the way kita ckp ??: bg aku org yg dikatakan merapu tp bkn yg melucah ??: maknanya org tu kreatif ??: pentinglah utk org2 mcm kita nih ??: dulikkan apa org kata

Hah? hehehehe aku no komen sbb itu dia yang kata begitu. Hanya dia yang tahu. Tak mengapa, apa jua orang kata pada aku, aku terima dengan hati dan otak terbuka banyak.

Ok...cikgu merapu mohon mengundurkan diri

PERMISI dulu ya! SALAM

Read more...

Thursday, September 3, 2009

169:BUKU MASAK HIDANGAN BAJET CARAKU

millionaire

Kalau nak ikut selera makan, memanglah nak yang sedap-sedap. Tapi, nak makan sedap-sedap, duit pun kenalah ‘sedap-sedap’ juga. Barulah kena dengan cita rasa.
Dalam ekonomi yang tengah tak stabil dan peluang kerjaya yang semakin mencabar, janganlah sampai selera makan kita pun tertutup. Biarpun terpaksa berdepan dengan bahan yang sama, tapi kalau pandai menggubahnya, memang akan bertambah selera makan.
Nikmati pelbagai hidangan dengan harga yang terendah mengikut kemampuan kita dan buat mereka yang ingin belajar memasak, buku ini memang sesuai untuk anda. Biar ringkas, asalkan sedap!

(Di ambil dari laman sesawang KARNADYA)

~Macam tak percaya...tapi kena percaya juga sbb memang dah ada di depan mata. Syukur Alhamdulillah akhirnya terbit juga buku masakan aku yang pertama dengan KARNADYA. Tak sangka pulak dlm bulan yang mulia ni diterbitkan. Terima kasih KD sbb sudi terbitkan.

~Walaupun hanyaLAH sebuah buku masak, tapi dugaan yang terpaksa aku lalui terlalu banyak. Kalau aku tak tahan sabar, rasanya mahu kuali, periuk belanga, sudu, senduk terbang melayang dari tingkap kahkahkahkah

~Kalau nak tahu, buku ni siap ada promosi lagi di KL Convention Centre masa hari merdeka baru-baru ni. Sebab tuLAH aku kata aku ada program kat situ, kalau tdk takLAH aku sampai ke KL dan siap beli novel lagi.

~Debar di dada usah dikata, saat amoi tu bacakan biodata aku, aku dah semacam tapi tetap tersenyum. Walaupun kat depan aku tu takLAH ramai sangat orangnya, guna jari pun boleh kira hehehe tapi malu lebih menguasai diri. Ewahhh...apa2 pun aku bersyukur sebab semuanya dah selesai dengan 'aman'.

gdfasdf

~Lepas ni aku nak jadi seperti rama2 , terbang menjelajah mencari sesuatu yang pasti. Hidup aman dan bebas, berani mengharungi pelbagai ujian dan cabaran hidup di dunia dengan cara yang benar.

jfty

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

168:MOOD MEMBACA

Photobucket


ft

Kedua-dua buku ni aku dapatkn di POPULAR BOOKFEST kat KL Convention Centre masa Hari Merdeka hari tu. Nasib aku ada program je kat situ, kalau tak, memang tak sampailah aku ke KL hehehe

NORA ISA sori baru dapat nak beli nvl awak~NAMA SAYA MILO, padahal dh lama nk beli tapi tak terbeli-beli. Last2 beli sepeket MILO je utk anak2 buah kah3 Novel ni dah separuh dibaca. KIraan terkini ewahhh siap buat kiraan maths lagi hihihihi, tinggal lagi 27 ms nk habiskan.

Read more...

167:DALAM

fgfh

Renung dan fikirkanlah seDALAM-DALAMnya lukisan di atas.

Sedalam manakah fikiranmu?

jfty

Read more...

166:BANGUN DR KOMA...KIH3

Salam

Apa khbr? Sht tak? Didoakan semuanya berada dlm keadaan yg sht hendaknya. Eh! mcm tulis warkah pulak hehehe

Dah lama tak update blog. Nasib baik tak angkat sumpah nak jadi blogger tegar kui3 Kalau tdk...nahas je!

Ada yg kata aku ni mcm biskut...kejap ada kejap hilang hihihihi Aku ada je...igt je kat kwn2 yg dtg singgah di sini walaupun cik puan rumahnya mcm biskut.TAkpe, dtg je...mlm ke siang ke...sudi2 lah dtg tau....pastu jgn lupa tinggalkan tapak kaki kat muka pintu aku tu...muka pintu rumah aku tau, bukan kat muka aku...melampau tu...tapi...kalau kat mukabuku @ org putih ckp facebook...hah! blh je...dialu-alukan kahkahkahkah

Oklah...bila bangun dari koma ( , ) blm dot lagi ( . ) kira oklah kan kih3

jfty

Read more...

Friday, August 14, 2009

165:PERGI TAK KEMBALI

ptk

moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman.Al Fatihah

Pergi Tak Kembali
Artist: Rabbani Song Category: Nasyid

Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca

Sayunya alunan suara

Cemas di dada...lemah tak bermaya

Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua

Berpisahlah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana

Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan

Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara

Soal-bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiring doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi

jfty

Read more...

164:MEMELUK KASIH-NYA

Entry terbaru aku adalah mengenai sebuah sajak aku yang telahpun tersiar di Majalah Tunas Cipta keluaran Bulan Julai 2009. Silalah baca sajak daripada seorang penulis kerdil seperti aku ini.

Memeluk Kasih-Nya

Malam penghujungnya sepi

ada sungai air mata yang mengalir

menenggelamkan warna kolam derita

yang pernah subur mencalit mimpi ngeri.

Tuhan, di kamar dada yang kosong ini

berikan aku sehelai selimut kasih-Mu

menjadi lilitan untukku beradu

memeluk kasih seharum kasturi dari syurga-Mu.

jfty

Read more...

Sunday, August 9, 2009

163:KEMBALI HEHE

SALAM SEMUA

Sebelum tu aku nk gelak dulu hehehe...sbb apa pulak aku nk gelak ni?. Sbb ada yg tanya, ke manakah hilangnya diriku ini?.

Ada yg bertanya aku ni pergi melencong atau melancong ke mana? Kahkahkah lawak betul.

Aku sakit ke? Jauh sekali. Setakat ni keSIHATan aku ok je alhamdulillah.

Habis tu ke manakah aku pergi. Ya Ampun donk, aku masih di sini, berpijak di bumi yang nyata. Aku sengaja je membiarkan anda semua tlg sapukan habuk di rumahku ini.

So, hari ni aku kembali. Kembali semula ke rumahku yang tak seberapa ni...itu kata kwn aku yg sorang tu. Byk btl dia pnya bebel.

Ok...moga hari ini lebih baik daripada hari semalam. APa lagi zassssss balas semua pesanan di shoutbox kwang3

Read more...

Friday, July 31, 2009

162:TAG DAN AWARD DRP UMAIRA DZUL WIDAD

Hehehe terkena suda...dh jadi mcm org popular pulak ya walaupun menulisnya tak seberapa hahaha Apa-apa pun terima kasih daun saderi, kalau ada bagilah lagi. Saya sudi berjuta-juta kali, jangan serik-serik lagi hihihihi Wah! pantun segala donk. Ok UMAIRA...enjoy! harap tugasan ni memuaskan hati dan membuatkan awak ketawa tak kering gusi. KAlau kering gusi minum air alkali banyak-banyak ya hihihi

g


qwe


yui


jjj





Nyatakan 6 Fakta tentang pemberi award ini :

1) Seorang mama yg cun,cute
2) Seorang isteri dan ibu yg baik dan penyayang
3) Seorang peramah rasanya huhuhu
4) Suka tersenyum & kadang2 ketawa sendiri bila org buat lawak hahahaha
5) Suka berangan-angan hahahahaha
6) Peminta warna ungu. Ungu tanda CEMBURU huhu Adakah anda seorg yg cemburu? Jwb jgn tak jwb hihhihihihi



Nyata 9 fakta mengenai diri sendiri :

1) cEREWEt dan cerewet yg amat...hahahahaha

2) Utk ceria...ceriakn org lain, utk bhgia...bhgiakan org lain dan utk gembira...gembirakn org lain.
3) Serius tahap gaban kalau tgh mnlis hihihihii Susah nk tgk aku tersenyum


4) Suka buat lawak guling3 dan spontan

5) Siapa aku tanpa DIA

6) Suka membaca, menulis dan mengira. Mcm kat sklh dulu2 hahahahha

7) Tak suka bau asap rokok, bas, kereta, kilang

8) Orang kata aku bdk pelik hahahahahahaha

9) Bljr menjadi sorg yg penyabar dlm segala hal huhuhu




Mangsa utk wat keje ni ialah hahaha :

1) Naimah
2) Mummy Hannan
3) Antie Durrah Fatiha
4) Antie Zie
dan mereka yg sewaktu dgnnya hahaha

Kian dan sekian dulu ya. Selamat berhujung minggu pd UMAIRA dan rakan2 yg lain.Moga ceria selalu...

Read more...

Sunday, July 26, 2009

161:AWARD DAN TAG YG SAMA LAGI

dAN SebEnarNya...aku dah pun terima award dan tag ni. Tapi tak apalah, jangan kuciwakan sahabat sendiri hihihi

Kali ni dpt daripada Azrin dan Umaira. Azrin tu biasalah, shbt YM yg suka layannn je merapu aku huhu. Yg paling aku tak sangka pulak UMAIRA DZUL WIDAD ni sudi bagi sedangkan aku baru je kenal dia. Alahai...bertuahnya diri ni. Oit! mana ada popular...biasa je. Peminat pun jauh sekali huhuhu Eh eh...itu bkn peminat tapi pemenat. Pemenat tenaga aku jwb dan buat seme ni HAHAHAHAHA oit! gurau je tau...no heart attack feeling huhuhuhu

dgfh

Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini :Ok, dimulakan dgn bismillah hehehe Kena mula dgn UMAIRA ar...AZRIN jgn marah ye! hormati kaum wanita huhuu

Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini :

UMAIRA DZUL WIDAD:

1) Cute hihihi Agaknyalah...tapi rasa2nya mcm dh betul huhuhu

2) Suka menulis, menulis dan menulis

3) Dia suka color purple - samalah kita hehe. Huh...taman violet ungu,ungu tandanya CEMBURU.eh ye ke ni? ya erk?

4) Suka makan kot?huhu

5) Suka melancong

6) Suka makan coklat hehee

UMAIRA...buah durian di luar pagar, jgn dijolok nanti bahayakan diri, kalau salah tlg tunjukkan sbb saya bdk br belajar nk mengenali diri awak hihihi Apa pnya pantun daaa...hihihi

Azrin:

1) Peramah tu!suka blogwalking even dlm mimpi hahaha

2) Bakal cikgu

3) Seorg lelaki yg sukakan warna merah.Hehe agak jelah! kalau salah jgn marah huhu

4) Sanggup kene sakat dgn aku. Mmg tak serik2 dia ni hihihi

5) Dia tak suka kucing mcm aku huhuhuh

6) Suka membaca nvl chenta

Azrin, diharapkan dapat full marks ar. Ya erk? Iyalah! Baiklah! huhuhuhu

jfty

Ok...harap puas hati dgn keje sekolah ni tau! Hahaha

Read more...

Friday, July 24, 2009

160:AWARD LAGI DRP NAIMAH

Hehehe Naimah kasi award lagi dan lagi. Thx ar my fren...dh rasa diri ni mcm artis plak dah...kahkahkah perasan lebih pulak dah.Taklah...gurau je! takde maknanya....

Oklah...layan, zasssss cuci mata


gj

sfry

Ok, rules utk terima award ini...

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

- (done)

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award (yer, nanti akan diberitakan)Okay, orang-orang yang dapat awards sekaligus kerja sekolah ialah:

1...Makcik Zara Aluwi

2...Mummy Hannan

3...Bapakku...Pak PenaBahari

Ntah ar sapa lgi, ambik jelah kalau singgah2 mesra kat sini. Kalau bg, ada yg ambik...ada yg tdk...Ada yg aku tak bagi, merajuk bila aku tak kasi kat diorang. Ada yg bagi, tak nak ambik pulak.So...malas nak pening2 kepala aku yg tengah pening ni, ambik jelah. Aku memang tak kisah, ambik saja. Jgn malu2 kucing.

Award ni pula khas untuk rakan-rakan yg jd follower:)

sdfsdf

Photobucket

bn

DGJJJ

Photobucket

lo;[p'

r

fh

Alhamdulillah, kerja copy, paste & edit dah selesai....hihihi........Naimah, thx sekali lagi.

jfty

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP