Buku-buku
Berbalik pada cerita buku ni, aku memang tak boleh atau pantang kalau nampak kedai buku.Lagipun kalau pergi kompleks beli-belah yang ada kedai buku, memang situlah tumpuan aku.Aku akan serbu ke kedai buku dulu lepas dah puas tengok buku, sekalipun kalau tak membeli haha barulah aku keluar.Aku ni kadang kala ikut mood juga, kalau time nak beli buku, beli je tak kisah dah berapa banyak duit habis sekalipun.
Alah...baru2 ni Alaf21 buat jualan buku dengan potongan yang banyak, menarik dan tertarik tapi tertolak oleh aku hahaha manalah tak menolak tuah tu, aku dah terlepas Lah jualan tu.YaLah nak buat macam mana lagipun hari akhir jualan, aku baru bertolak dari Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.Andailah aku tahu...Melepas aku nak beli novel-novel daripada penulis yang aku minati siapa lagi kalau bukan Kak Seri dan beberapa orang penulis daripada Alaf21 iaitu Durra Fatiha, Nia Azalea dan seterusnya sekadar menyebut beberapa nama.Yang lain jangan marah ya!.
Buku-buku kat atas tu pulak aku beli masa Creative Enterprise buat jualan murah di Giant, Kuantan.Dah rezeki aku nampaknya.Aku pun apa lagi, bila dah namanya murah aku beli saja.Memang murah bangat dong hahaaha Aku dah tak peduli dah, aku tinggalkan saja kakak-kakak aku yang tengah beratur nak bayar barang-barang yang mereka beli dalam Giant.Aku tarik tangan anak buah aku, bila nampak booth Creative kat luar.Aku serbu.Aku pilih mana yang aku tak baca lagi.Bayangkanlah...harga setiap satu tu cuma RM2 saja.Murah tu!Aku beli 5 buah.Tapikan...aku baruu sentuh saja, bacanya belum lagi hehehe tunggulah aku siapkan kerja orang yang telah diamanahkan pada aku.Insya Allah nanti habis juga menekuni buku-buku tu.
Ok...rajin-rajinlah baca buku ya! usah malas-malas.
3 comments:
dulu sy pun mcmtu.
la ni da kurang sket.. malas kot.hehe..
eh u jangan malas2 Arianna.Tak elok tu! yalah kadang-kala kekangan waktu yang membatasi segalanya kan?Sebenarnya kita boleh curi masa, lagipun curi masa takpe sebab tak ada siapa nak tangkap kita, kita yg kena tangkap masa tu hehehe ada2 aje! moga cepat sembuh ya!
SAPE SCAN TU ? LAWA NYAAAA :D
Post a Comment