SenyumLah
Manisnya oh manisnya senyumanmu.Manis dlm senyuman tak apa, jangan manis dlm minuman sudahlah.Sebab apa? sebab nanti dpt kencing manis.Kencing manis ya? Apa yg dimaksudkan dgn penyakit kencing manis atau diabetis ni?. Hah! ada yang tahu tu sampai terangkat tangan tu! hehehe kata org kalau 'ter' tu kan perbuatan yang tak sengaja hahahahah
Jaga2 pemakanan kita.Tapi bila dah ada penyakit tu jgnlah asyik senyum je sedangkn ubat tak makan?.Hisy...macam mana tu! Apa maksud senyumannya itu?. Hah aku tahu...senyum org takut mkn ubat hahahaha
Kata org senyum itu penawar duka.Jadi bagi mereka yg tgh berduka KERANA TERLUKA (macam pernah tengok kan Kak Seri hehehe pinjam jap! tak salahkan? heheh)jom bergurau dgn saya sampai tak kering gusi dan bila dah terlebih suka, galak dan gedik sangat tu sampai terkencing manis dlm seluar pulak nanti? Hah! terkencing manis ke? EEee...tak mahuLah...hahahah
Jom kita tgk apakah diabetes tu? Adakah sama penyakitnya dengan sakit betis? hahaha Ada2 aje!
DIABETES MELITUS
Definisi
Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali (secara tidak tepat) sebagai kencing manis.
Terdapat 2 jenis diabetes:
* Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
* Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)
Diabetes Jenis I dan II dapat dibezakan seperti berikutnya:
Diabetes Jenis I (IDDM)
Diabetes Jenis II (NIDDM)
jarang berlaku tetapi keadaannya lebih teruk
biasa berlaku
terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun.
terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa yang berumur 35 tahun ke atas.
terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).
terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat).
tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
mempunyai sejarah keluarga
tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesiti.
kejadian kegemukan sangat tinggi
pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala amaran yang serius.
merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.
rawatan: pemakanan + suntikan insulin
rawatan: pemakanan + senaman (menurunkan berat badan) + ubat makan + suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu).
(Petunjuk yang baik untuk menentukan atau mengesahkan penyakit diabetes ialah apabila paras glukosa melebihi 140gm/ml pada 2 kali pengambilan yang berbeza atau keputusan yang diambil dalam keadaan pesakit tidak berpuasa menunjukkan paras glukosa 200mg/ml atau lebih tinggi).
Tanda-tanda dan gejala amaran
* Kerap membuang air kecil
* Terasa amat dahaga
* Kabur penglihatan
* Nafas berbau manis
* Penurunan berat badan
* Keletihan
* Luka yang lambat sembuh
0 comments:
Post a Comment