Thursday, November 6, 2008

Gadis Melayu

Siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati, tiada memikat.Hah? siapa bilang?. Biar aku aje lah yg bilang 1,2,3,4 hahahaahahaha ada2 aje! Sebelum rancangan tu bermula aku dah start melekat kat tv, eh! apa ke jadahnya pulak aku melekat kat tv kan, maksud aku duduk depan tv.Macam tak sabar pulak nak menyaksikan gadis-gadis cantik melayu buat aktvt yg diberikan kepada mereka.Sebenarnya aku sebelum ni taklah tertarik sgt nak tgk rancangan ni, aku tertengok, sekali lagi kata org 'ter' tu kan tak sengaja hehehhe bila anak buah aku datang rumah dan dia yang buka siaran tu!.Aku pun join join lah dia.Bila dh tgk tu rasa seronok pulak.
Bila mereka jalankan aktiviti di sebuah kampung di Bentong,Pahang tu aku dapat rasakan betapa seronoknya mereka.Banyak benda baru yg dpt mereka pelajari.Secara tak langsung aku sendiri dpt belajar walaupun aku sendiri pun tak pernah buat kerja kampung macam tu semua sekurang-kurangnya dapat juga aku belajar dr tv kan? betul tak Arianna???.Kukur kelapa dengan mesin, erm...biasanya aku kukur kelapa kat kedai je! hahaha suka Sara ya?. Kacau dodol jauh sekali, seperti biasa kacau dodol kat kedai je!hehehe masak secara gotong royong untuk kenduri tak gunakan katering seperti yg org bandar selalu buat tu pun aku tak pernah rasa.Aku dapat bayangkan kalauLah aku dapat lakukan tu semua alangkah seronoknya.Tahu sajalah, aku bukan ada kampung pun, dan tak tahu macam mana nikmatnya org yg duduk di kampung tu!. Sekala sekali pergi menjenguk sedara mara di kampung tu pernah lah itupun atas urusan rasmi hahaha kalau tak ada urusan jgn haraplah nk balik kampung.Ala...kalau balik pun setakat 1, 2 hari je apa kes?.Bilalah agaknya aku dpt balik kampung berlama-lama.Eh! apa susah2 bawak je kain baju aku lari jarak jauh hahaha Kak Seri dan Kak Dewi juga Kak Syimasyawal dh terguling-guling macam filem hindustan ketawakan aku hahahahah tinggalkan bandar yg membosankan ni yg penuh dgn...dgn? Ah! segalanya membosankan, tak best langsung.Duduk je kampung.
Aku doakan gadis2 melayu kat tv9 tu semua manfaatkan apa yg dh mereka pelajari begitu juga gadis2 melayu di luar sana.Tapi...entahlah aku malas nak teruskan, biarkanlah aku simpan saja...
Agaknya siapakah Gadis Melayu yang aku undi nanti?.Hah? Ayu? ambik dari 3 huruf terakhir drp perkataan melayu ya? heheh bukan bukan jawapannya...tunggu selepas iklan ini hehehe mana boleh beritahu sebab undi adalah rahsia hahahaha
Apa-apapun aku harap dan doakan sangat bahawa gadis2 melayu masih mengekalkan identiti mereka.Takkan melayu hilang di dunia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP