Eh!Betul ke ni?
Aku petik daripada Harakahdaily.Kita tunggu dan lihat saja.Jika betul itu sdh dikira bagus dan jika sebaliknya, hampeh.Akan turunkah harga barang, kalau turun pun mungkin sikit atau...tak mungkin turun langsung.
Harga minyak turun-harga barang turun,PAS akan pastikan
WanKay
Sun | Nov 09, 08 | 6:23:21 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 9 Nov (Hrkh) - Kerajaan Pusat tidak serius menangani masalah kenaikan harga barangan yang dihadapi oleh rakyat, meski pun harga minyak dunia mulai turun.
Justeru itu, PAS akan memastikan kerajaan akan mengambil tindakan proaktif bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan tersebut.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata penurunan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan terlalu kecil dan tidak sepadan dengan penurunan harga minyak dunia hari ini.
"Saya lihat kerajaan tidak serius tangani masalah kenaikan harga barang meski pun harga minyak dunia sudah turun dengan banyak dan kerajaan perlulah proaktif.
"Rakyat amat terasa terbeban dengan kenaikan itu walau pun Pak Lah (Perdana Menteri) telah turunkan harga minyak tetapi tidak padan dengan masa minyak dikenaikan," ujarnya yang dipetik oleh Buletin Online.
Menurut Mustafa, dengan penurunan harga minyak dunia hari ini kerajaan sepatutnya dapat menurunkan harga minyak negara lebih banyak lagi.
Katanya, kerajaan juga perlu bijak menangani krisis ekonomi terutama berkaitan harga minyak agar tidak membebankan rakyat.
"Kita (PAS) mahu pastikan kerajaan dapat turunkan harga barangan selari dengan penurunan minyak.
"Kerajaan perlu hati-hati membuat jangkaan berhubung dengan harga minyak dan tidak menaikkan harga minyak secara mendadak kerana 'takut' (bimbang) nanti dikatakan tidak pandai meramal,"ujarnya.
Menurutnya, kerajaan perlu mengambil pengajaran dan pengalaman daripada apa yang berlaku sebelum ini akibat tidak membuat jangkaan tepat terhadap kenaikan harga petrol dan diesel pada April 2008 lalu.
Kesannya, kata beliau rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang dalam tempoh yang lama.
Oleh itu, katanya kerajaan pusat juga perlu serius dalam menangani masalah kenaikan harga barang dan krisis ekonomi.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 4 November 2008 lalu telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter. -
0 comments:
Post a Comment